Kawasan Cina, Birmingham

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Chinese Quarter, Birmingham)
Restoran China Court, Kawasan Cina

Kawasan Cina di Birmingham, England ialah kawasan yang dipengaruhi terutamanya oleh orang Cina, hasil daripada penumpuan perniagaan, pertubuhan, dan kelab sosial Cina. Kawasan ini kini merangkumi kawasan kejiranan yang merangkumi Hurst Street, Ladywell Walk, dan Pershore Street.

Banyak bangunan di Kawasan Cina mencirikan seni bina dan seni Cina, termasuk juga bumbung dan mural dinding gaya Cina, di Pusat Arcadian yang menggambarkan pemandangan sejarah Laluan Sutera yang tipikal.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Kawasan Cina di Birmingham muncul buat pertama lagi sebagai satu kelompok tak formal yang terdiri daripada pertubuhan komuniti, kelab sosial, dan perniagaan Cina pada dekad 1960-an di sekitar Hurst Street. Perkembangannya dirangsangkan oleh pendatang Cina dari Hong Kong selepas Perang Dunia II. Kawasan Cina diiktiraf oleh kerajaan pada dekad 1980-an.

Mercu tanda[sunting | sunting sumber]

Pagoda di Sarkas Holloway.

Kawasan Cina memilik satu mercu tanda yang paling menonjol dalam bentuk pagoda granit tujuh-tingkat yang dikelilingi oleh taman dan arca gaya Cina. Dibina pada 1998, ia terletak di pinggir Kawasan Cina di Sarkas Holloway. Pagoda itu yang biasanya juga dirujuk sebagai "Pulau Pagoda" didermakan oleh Kumpulan Wing Yip, sebuah perniagaan milik Cina yang mempunyai hubungan dengan Birmingham.

Kawasan berhampiran[sunting | sunting sumber]

Kawasan Cina terletak di antara:

  • Kompleks Membeli-belah Bullring di utara;
  • Kawasan Orang Ireland di Digbeth dan Daerah Theatre di timur; dan
  • Pusat Arcadian dan Desa Gay di selatan.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Bacaan tambahan[sunting | sunting sumber]

  • "Chinese People in Birmingham: A Brief History by Dr. David Parker". BBC Birmingham. Dicapai pada September 30. Unknown parameter |accessyear= ignored (|access-date= suggested) (bantuan); Check date values in: |accessdate= (bantuan)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Koordinat: 52°28′31″N 1°53′48″W / 52.47516°N 1.89670°W / 52.47516; -1.89670