Chingiz Mustafayev

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Chingiz Mustafayev
Çingiz Mustafayev
Kelahiran
Chingiz fuad oğlu Mustafayev

28 Ogos 1960
Meninggal dunia15 Jun 1992 (umur 31)
WarganegaraAzeri
PekerjaanDJ, jurnalis, jurukamera
Terkenal keranaANS TV
AnugerahHero Kebangsaan Azerbaijan

Chingiz Mustafayev (Azeri: Çingiz Fuad oğlu Mustafayev; 29 Ogos 1960 - 15 Jun 1992) adalah pemberita bebas Azerbaijan yang menonjol, yang dianugerah Wira Kebangsaan Azerbaijan oleh negara selepas kematiannya.[1] Mustafayev, tanpa latar belakang rasmi atau ijazah dalam kewartawanan kecuali setahun latihan semasa kerja, mencipta anthologi video semasa peringkat awal Perang Nagorno-Karabakh, sebahagian besar dokumentari perlu dirakam di perbatasan hadapan yang akhirnya menyebabkan kematian mengejutnya akibat kecederaan akibat terkena motar.[2]

Dia merupakan orang yang merakamkan kekejaman demi kekejaman dalam Pembunuhan beramai-ramai Khojaly pada tahun 1992. Untuk merakamkan penyembelihan tersebut, Mustafayev mengembara menggunakan helikopter tentera yang kebanyakan masa menerima tembakan hebat musuh. Dia berjaya merakamkan gambar yang menjadi bukti kepada kekejaman yang menunjukkan beratus-ratus mayat terbaring di padang diselitupi salji di Khojaly.[3] Filem tersbut diikuti dengan ulasan dengan tangisan dan esakan beremosi Mustafayev ketika dia menggambarkan kekejaman yang dia lihat ketika membuat rakaman.

Akhbar rasmi Azerbaijani cuba menyembunyikan fakta bahawa bandar tersebut telah dihapuskan bersama wanita, kanak-kanak dan orang tua yang tidak berdaya oleh pasukan Armenian, sungguhpun akhirnya filem Mustafayev menunjukkan bukti yang tdiak dapat disangkal bahawa penyembelihan besar-besaran telah berlaku. Pemerhati Hak manusia dan persatuan Peringatan Rusia meletakkan penyembelihan tersebut pada pasukan Armenian.

Menurut saudara lelakinya Vahid Mustafayev, dalam tempoh lapan bulan Mustafayev telah merakam dan dikredit bagi 18 buah dokumentari mengenai perang di Karabakh, meninggalkan dokumentasi sejarah yang banyak.

Kematian[sunting | sunting sumber]

Pada 15 Jun 1992, Mustafayev sedang merakam pertempuran antara pasukan Azerbaijani dan Armenian berhampiran kampung Nakhichevanik apabila terkena tembakan motar.[4] Menurut saudara lelakinya Vahid Mustafayev, dia cedera teruk apabila peluru motar meletup bersebelahan dengannya dan serpihan dari peluru tersebut mengenai arteri utamanya. Menjelang Mustafayev diterbangkan ke hospital, dia mati akibat kehilangan darah. Saat-saat terakhirnya dirakamkan dengan kameranya sendiri.[5]

ANS CM 102 FM Syarikat Penyiaran Radio pertama di Caucasus yang motonya "Kami ditakdirkan untuk berusaha" ("We are fated to struggle") telah menamakan stesyennya sempena namanya bagi menghargainya.

Satu Yayasan telah ditubuhkan bagi menghormati Chingiz Mustafayev oleh ANS bagi tujuan mengatur pertandingan kewartawanan dalam pelbagai bidang.[6] Stesyen radio Azerbaijani ANS CM 102 FM turut dinamakan sempena namanya dan membawa slogannya Döyüş alnımıza yazılıb (Berjuang tertulis di dahinya).[7]

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Keluarga Mustafayev digambarkan sebagai keluarga Azerbaijani biasa. Bapanya dalam tentera dan bekerja bagi peluru berpandu dan roket di USSR. Ibunya datang dari bandar Shaki, Azerbaijan; Berkahwin ketika berusia 19, Chingiz merupakan anak pertama, dilahirkan pada tahun 1960 dan dia memiliki dua adik lelaki, Seyfulla Mustafayev, lahir pada 1962, dan Vahid Mustafayev, lahir pada tahun 1968.[8]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Çingiz Mustafayev kimdir? Diarkibkan 2009-08-30 di Wayback Machine (Azerbaijan)
  2. ^ Чингиз Мустафаев - человек и пароход. Телевидение на стыке двух эпох (Rusia)
  3. ^ Романов Ю. «Я снимаю войну…» (Rusia)
  4. ^ bbc.co.uk:Главы из русского издания книги "Черный сад" (Rusia)
  5. ^ Chingiz Mustafayev in Action by Vahid Mustafayev
  6. ^ "Azerbaijani Painter receives Man of the Year award". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-22. Dicapai pada 2013-08-27.
  7. ^ Qan Turalı: ANS efirində urapatriotizm sədaları Diarkibkan 2011-07-23 di Wayback Machine (Azerbaijan)
  8. ^ Our Own Voices, Our Own Minds:Stalin Crushes Would-Be Student Activists

Pautan luar[sunting | sunting sumber]