Chloë Grace Moretz

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Chloë Grace Moretz
Moretz pada tahun 2014
Kelahiran (1997-02-10) 10 Februari 1997 (umur 27)
Atlanta, Georgia, Amerika Syarikat
PekerjaanPelakon, model
Tahun aktif2004–kini
Laman web rasmichloemoretz.com

Chloë Grace Moretz [klo-wi gréis mo-rets] (lahir 10 Februari 1997) merupakan seorang pelakon dan model yang berasal dari Amerika. Beliau memulakan kerjaya lakonannya semasa berumur tujuh tahun dalm seberapa produksi filem serta siri televisyen seperti The Amityville Horror, (500) Days of Summer, Diary of a Wimpy Kid, Big Momma's House 2, Desperate Housewives, dan Dirty Sexy Money (di mana beliau menerima beberapa pencalonan untuk Young Artist Awards); namun beliau mula masyhur di seluruh dunia melalui pemeranan wataj Hit-Girl dalam filem aksi Kick-Ass pada tahun 2010.[1] Pujian turut diberikan kepada beliau kerana pernah memegang watak dalam filem yang terkenal yang bertajuk Let Me In dan Hugo.

Awal hidup[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan di Atlanta, Georgia. Ibunya Terri (nama keluarga asal: Duke) merupakan seorang jururawat manakala bapanya McCoy Lee Moretz merupakan seorang pakar bedah plastik.[2][3] Beliau mempunyai empat abang iaitu Brandon, Trevor, Colin, dan Ethan. Beliau juga pernah mentakrifkan keluarganya sebagai "kuat pegangan agama Kristian".[4] Salah seorang abangnya, Trevor "Duke" merupakan pelatih bagi bidang lakonan dan menemaninya dalam perjalanan ke sesuatu tempat serta bertemu media apabila ibu bapanya tidak dapat hadir.[5] Beliau berpindah dari Cartersville, Georgia ke New York pada tahun 2002 bersama ibunya dan seorang abang, Trevor kerana abangnya diterima masuk ke Professional Performing Arts School. Perkara ini juga menimbulkan minatnya untuk berlakon.[6] Kariernya di Los Angeles (LA) bermula apabila beliau bersama dengan keluarganya yang lain berpindah ke LA pada tahun 2004.

Kerjaya lakonan[sunting | sunting sumber]

Moretz di Comic-Con, 2010

Beliau memegang watak pertama di Hollywood sebagai Violet dalam dua episod siri televisyen The Guardian manakala filem yang pertama pula sebagai Molly dalam filem Heart of the Beholder. Kemudian, beliau memulakan kemunculan kedua di layar perak pada tahun 2005 bersempena dengan pembikinan semula filem The Amityville Horror yang menjadikan beliau dikenali ramai sebagai salah satu calon dalam Young Artist Award.[7] Selepas filem Amityville, beliau meneruskan lagi kerancakan karier lakonannya apabila menerima beberapa peranan sebagai tetamu istimewa di televisyen dan juga watak kecil dalam filem Big Momma's House 2. Antara watak di televisyen yang paling dikenali sehingga sekarang ialah sebagai Kiki George dalam Dirty Sexy Money dan juga sebagai Sherri Maltby dalam Desperate Housewives. Beliau juga pernah merakamkan suara sebagai karekter Darby untuk siri televisyen versi AS, My Friends Tigger & Pooh. Beliau juga pernah memegang watak sebagai pelakon pembantu yang bernama Cammie, seorang kanak-kanak yang didera dalam filem The Poker House bersama-sama dengan Selma Blair dan Jennifer Lawrence.[8] Selepas tayangan perdana filem pertama beliau iaitu The Amityville Horror, beliau telah kerap diundang sebagai tetamu dalam tayangan perdana.

Pada tahun 2010, Moretz muncul sebagai Hit-Girl dalam filem aksi Kick-Ass yang diarahkan oleh Matthew Vaughn berdasarkan pada novel grafik dengan menggunakan nama yang sama oleh Mark Millar dan John Romita, Jr.. Di samping kontroversi yang melanda mengenai peranannya dalam sebuah filem yang dianggap ganas, beliau juga menerima pujian secara kritis dengan meluas. Roger Ebert[9] meletakkan kategori filem tersebut sebagai satu daripada empat bintang dan menulis: "Say what you will about her character, but Chloë Grace Moretz has presence and appeal". Moretz juga berlatih dengan krew pelagak ngeri yang pernah bekerja dengan Jackie Chan untuk tiga bulan sebelum penggambaran filem Kick-Ass dan melakukan hampir semua lagak negerinya sendiri pada sesi penggambaran di lokasi.[10] Pada tahun yang sama, beliau memainkan watak sebagai Abby, seorang pontianak yang berumur 12 tahun dalam Let Me In,[11] sebuah filem pembikinan semula daripada filem Sweden Let the Right One In yang dikeluarkan pada 1 Oktober 2010.[12] Beliau juga pernah memainkan watak sebagai Ann Sliger dalam cerita jenayah yang berunsurkan negeri iaitu Texas Killing Fields yang dikeluarkan pada 14 Oktober 2011.[13]

Moretz di tayangan perdana Earth, April 2009

Moretz juga memainkan watak sebagai Isabelle dalam filem Hugo yang diarahkan oleh Martin Scorsese hasil daripada adaptasi The Invention of Hugo Cabret[14] dan juga membintangi filem Hick hasil daripada adaptasi novel oleh Andrea Portes.[15] Beliau pernah muncul dalam filem tahun 2012 iaitu Dark Shadows oleh Tim Burton yang merupakan pembikinan semula hasil daripada drama lipur lara yang terkenal dengan memainkan watak sebagai Carolyn Stoddard,[16][17] seorang anak remaja yang memberontak. Moretz juga telah menangatangani perjanjian untuk memainkan watak utama dalam Emily the Strange. Projek tersebut telah diperkatakan pada tahun 2010 apabila presiden Mike Richardson daripada Dark Horse Entertainment mengumumkan rancangannya untuk mengangkat karekter tersebut kepada layar yang lebih besar. Karekter tersebut dimulai sebagai imej ikonik pada tahun 1991 yang digunakan untuk mempromosi jenama fesyen daripada syarikat Cosmic Debris. Karekter ini menampilkan seorang remaja Goth serta dibangunkan penceritaannya mengenai siri Dark Horse Comics yang telah diterbitkan semenjak 2001.[18]

Pada Mac 2012, Moretz menandatangani kontrak untuk watak dalam filem The Drummer, sebuah biopik mengenai kehidupan enam tahun terakhir Dennis Wilson iaitu seorang pemain drum untuk The Beach Boys. Beliau dibintangi bersama pelakon seperti Aaron Eckhart, Rupert Grint dan Vera Farmiga.[19] Pada tahun 2013, Moretz akan menggambarkan watak judul dalam adaptasi semula daripada novel Carrie oleh Stephen King. Filem tersebut akan diarahkan oleh Kimberly Peirce dan diterbitkan oleh MGM.[20][21] Filem ini dijadualkan untuk keluar pada 15 Mac.[22] Moretz akan mengulangi peranannya sebagai Hit-Girl dalam filem susulan yang akan datang pada tahun 2013 iaitu Kick-Ass 2.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Peranan dalam filem
Tahun Tajuk Peranan Nota
2005 Heart of the Beholder Molly
2005 The Amityville Horror Chelsea Lutz
2005 Today You Die Perempuan di Hospital St. Thomas
2006 Big Momma's House 2 Carrie Fuller
2006 Room 6 Melissa Norman
2006 Wicked Little Things Emma Tunny
2007 The Cure Emily
2007 The Third Nail Hailey
2007 Hallowed Ground Sabrina
2007 Super Sleuth Christmas Movie Darby Suara latar
2008 The Eye Alicia
2008 The Poker House Cammie
2008 Bolt Young Penny Suara latar
2009 Tigger and Pooh and A Musical Too Darby Suara latar
2009 Not Forgotten Toby Bishop
2009 (500) Days of Summer Rachel Hansen
2010 Diary of a Wimpy Kid Angie Steadman Menang – Central Ohio Film Critics Association (untuk Breakthrough Film Artist)
Dicalonkan – Central Ohio Film Critics Association (untuk Actor of the Year)
2010 Kick-Ass Hit Girl / Mindy McCready Austin Film Critics Association Award (untuk Breakthrough Artist Award),
Central Ohio Film Critics Association Award (untuk Breakthrough Film Artist),
Constellation Award (untuk Best Female Performance in a 2010 Film, TV-Movie, or Mini-Series),
IGN Movie Award (untuk Best Actress),
Phoenix Film Critics Society Award (untuk Breakout Performance – On Screen)
Dicalonkan - Broadcast Film Critics Association Award for Best Young Performer,
Dicalonkan - Central Ohio Film Critics Association (untuk Actor of the Year),
Dicalonkan - Detroit Film Critics Society Award (untuk Breakthrough Performance),
Dicalonkan - Las Vegas Film Critics Society Award (untuk Youth in Film),
Dicalonkan - Phoenix Film Critics Society Award for Best Supporting Actress
2010 Jack and the Beanstalk Jillian Terus kepada format DVD
2010 Let Me In Abby Menang - Austin Film Critics Association Award (untuk Breakthrough Artist Award),
Central Ohio Film Critics Association (untuk Breakthrough Film Artist)
Dicalonkan - Broadcast Film Critics Association Award for Best Young Performer,
Central Ohio Film Critics Association (untuk Actor of the Year),
Detroit Film Critics Society Award (untuk Breakthrough Performance),
Phoenix Film Critics Society Award (untuk Best Youth Performance – Female)
2011 Hick Luli McMullen
2011 Texas Killing Fields Little Ann Sliger
2011 Hugo Isabelle Dicalonkan - Phoenix Film Critics Society Award (untuk Best Performance by a Youth in a Lead or Supporting Role – Female),
Dicalonkan - Washington D.C. Area Film Critics Association Award (untuk Best Cast)
2012 Dark Shadows Carolyn Stoddard
2013 Carrie Carrie White
2013 Movie 43
2013 Kick-Ass 2 Hit Girl / Mindy Macready Dalam proses penggambaran
Moretz ketika tayangan perdana Let Me In, September 2010
Kemunculan dalam televisyen
Tahun Tajuk Peranan Nota
2004 The Guardian Violet Episod: "The Watchers" dan "Blood In, Blood Out"
2005 My Name Is Earl Candy Stoker Episod: "Broke Joy's Fancy Figurine"
2006 The Emperor's New School Furi Suara latar
Episod: "Kuzcogarten/Evil and Eviler"
2006-07 Desperate Housewives Sherri Maltby Episod: "The Miracle Song" dan "Come Play Wiz Me"
2007–08 Dirty Sexy Money Kiki George 7 episod
2007–10 My Friends Tigger & Pooh Darby Suara latar
2010-12 The Ellen DeGeneres Show Beliau sendiri 2 episod
2011-12 30 Rock Kaylie Hooper 2 episod
2012 Punk'd Beliau sendiri Episod: "Dax Shepard"
Video muzik
Tahun Artis Lagu
2010 The Soft Pack "Answer to Yourself"
2011 Best Coast "Our Deal"
2011 Dionne Bromfield dengan menampilkan Mz Bratt "Ouch"
Permainan video
Tahun Tajuk Peranan Nota
2012 Dishonored[23] Emily Kaldwin Suara latar

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Filem Hasil
2006 Young Artist Award Best Performance in a Feature Film – Young Actress Age Ten or Younger The Amityville Horror Tercalon
2007 Big Momma's House 2
Best Performance in a TV Series (Komedi atau Drama) – Guest Starring Young Actress Desperate Housewives
2008 Best Performance in a Voice-Over Role – Young Actress My Friends Tigger & Pooh
Best Performance in a TV Series – Recurring Young Actress Dirty Sexy Money
2010 Best Performance in a Feature Film – Supporting Actress (500) Days of Summer
Teen Choice Awards Choice Movie: Female Breakout Kick-Ass
Scream Awards Best Fantasy Actress
Best Superhero
Best Breakthrough Performance – Female Menang
2011 Young Artist Award Best Performance in a Feature Film - Leading Young Actress[24] Tercalon
MTV Movie Awards[25] Best Breakout Star Menang
Biggest Badass Star
Best Fight (dikongsi bersama Mark Strong) Tercalon
Critics' Choice Awards Best Young Actress/Actor
Let Me In
Saturn Award Best Performance by a Younger Actor[26] Menang
Scream Awards Best Horror Actress[27]
Young Artist Award Best Performance in a Feature Film - Young Ensemble Cast [24] Tercalon
Diary of a Wimpy Kid Menang
Empire Awards Best Newcomer[28] Let Me In / Kick-Ass
2012 People's Choice Awards Favorite Movie Star Under 25 Hugo
CinemaCon BSA Awards Diarkibkan 2012-03-11 di Wayback Machine Female Star of Tomorrow Award[29]
Young Artist Award Best Performance in a Feature Film - Leading Young Actress[30]
Saturn Award Best Performance by a Younger Actor[31] Tercalon

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Chloë Moretz on Different Spin on Vampires in 'Let Me In'". Bloody-disgusting.com. Dicapai pada 8 Februari 2011.
  2. ^ "Meet Chloe Moretz, the precocious teen star of 'Kick-Ass'". USA weekend. Dicapai pada 9 April 2010.
  3. ^ Itzkoff, Dave (8 April 2010). "Just a Sweet Young Actress?". The New York Times. Dicapai pada 8 April 2010.
  4. ^ Garcia, Chris (13 Mac 2010). "SXSW: Live with that 'Kick-Ass' girl, Chloe Moretz". Austin360.com. Dicapai pada 24 September 2010. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  5. ^ Pols, Mary (11 Oktober 2010). "Young Blood". Time. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-11-19. Dicapai pada 11 Oktober 2010.
  6. ^ "Rising Star: Chloe Grace Moretz". Access Hollywood. Dicapai pada 30 September 2010.
  7. ^ "Official Chloe Grace Moretz fansite – Biography". chloemoretz.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-08-31. Dicapai pada 10 April 2007.
  8. ^ "Lori Petty Debuts as Director with THE POKER HOUSE". allvoices.com. 16 Ogos 2009. Dicapai pada 23 Mac 2012.
  9. ^ Ebert, Roger (14 April 2010). "Kick-Ass". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-02-07. Dicapai pada 10 Mei 2012.
  10. ^ "Meet Breakout Star Chloe Grace Moretz". Yahoo! Movies. Dicapai pada 16 April 2010.
  11. ^ "Let Me In First Look: Chloe Moretz as Vampire Abby". KOKLoo.com. Dicapai pada 8 Februari 2011.
  12. ^ "Let Me In's Vampire Chloe Moretz Speaks". Dreadcentral.com. 21 Januari 2010. Dicapai pada 8 Februari 2011.
  13. ^ "From 'Let Me In' to 'The Killing Fields'". Bloody-disgusting.com. Dicapai pada 8 Februari 2011.
  14. ^ "Chloe Moretz and Asa Butterfield Join The Invention of Hugo Cabret".
  15. ^ "Chloe Moretz to star in 'Hick'".
  16. ^ "Jonny Lee Miller, Chloe Moretz and Helena Bonham Carter Join Johnny Depp in 'Dark Shadows'". The Hollywood Reporter. 14 Mac 2012. Dicapai pada 15 Mac 2012. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  17. ^ "Chloe Moretz Joins 'Dark Shadows'". 14 Mac 2012. Dicapai pada 15 Mac 2012.
  18. ^ "Chloe Moretz Cast as Emily the Strange".
  19. ^ Borys Kit (14 Mac 2012). "Chloe Moretz, Rupert Grint Join Beach Boy Biopic The Drummer". The KOKLoo. Dicapai pada 15 Mac 2012. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  20. ^ "Chloe Moretz picked for 'Carrie' remake". CNN. 27 Mac 2012. Dicapai pada 28 Mac 2012.
  21. ^ "'Carrie' Remake: Chloe Moretz Chosen As Lead For Horror Reboot". Huffington Post. 27 Mac 2012. Dicapai pada 28 Mac 2012.
  22. ^ "Release Date Confirmed For 'Carrie' Remake". The Hollywood News. 16 April 2012. Dicapai pada 17 April 2012. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  23. ^ "Dishonored's All Star Voice Cast Includes Chloe Moretz, Carrie Fisher and Susan Sarandon". gameranx.com. 3 Ogos 2012. Dicapai pada 12 Ogos 2012. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  24. ^ a b "32nd Annual Young Artist Awards – Nominations / Special Awards". The Young Artist Foundation. 2011. Dicapai pada 14 Mac 2011.
  25. ^ 2011 MTV Movie Awards Winners
  26. ^ Saturn Awards 2011 - Movie Winners in full
  27. ^ Scream Awards - Best Horror Actress
  28. ^ Posted by filmbook in Film Awards (2011-03-27). "Jameson Empire Awards 2011". Film-book.com. Dicapai pada 2011-05-06.
  29. ^ "CHLOË GRACE MORETZ TO RECEIVE "CINEMACON® 2012 FEMALE STAR OF TOMORROW" HONORS". Boxoffice.com. 20 Mac 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-03-22. Dicapai pada 22 Mac 2012.
  30. ^ "33rd Annual Young Artist Awards". YoungArtistAwards.org. Dicapai pada March 31, 2012.
  31. ^ "Nominations for the 38th Annual Saturn Awards". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-02-29. Dicapai pada 2012-11-13.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]