Edmund Chong Ket Wah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Chong Ket Wah @ Chong Ket Fah)
Yang Berhormat Datuk Ir.

Edmund Chong Ket Wah @ Chong Ket Fah

PGDK (Sabah)
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Batu Sapi, Sabah
Dalam jawatan
2004 – 9 Okt 2010
Didahului olehKonstituensi baharu
Digantikan olehLinda Tsen Thau Lin
Butiran peribadi
Lahir9 April 1956
Sandakan, Borneo Utara
Meninggal dunia9 Oktober 2010(2010-10-09) (umur 54)
Kota Kinabalu, Sabah
Parti politikPBSBarisan Nasional
PasanganLinda Tsen Thau Lin
Anak-anak4
PekerjaanAhli Parlimen

Datuk Ir. Edmund Chong Ket Wah @ Chong Ket Fah (Bahasa Cina: 蔣國華pinyin: Jiǎng Guó Huà​) (9 April 1956–9 Oktober 2010) merupakan ahli politik Malaysia dari Parti Bersatu Sabah (PBS), sebuah parti komponen Barisan Nasional. Beliau adalah Ahli Parlimen bagi kawasan Batu Sapi[1] apabila memenanginya dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2004 tanpa bertanding dan Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 mengalahkan calon bebas. Beliau juga memegang jawatan ketua bahagian Elopura dan bendahari agung PBS.

Chong dilahirkan pada 9 April 1956 di Sandakan dan merupakan seorang jurutera mekanikal bertauliah dan jurutera perunding.[2] Beliau juga merupakan pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan Negeri Sabah.[3] Beliau meninggal dunia pada usia 54 tahun di dalam satu kemalangan jalanraya apabila motosikalnya bertembung dengan sebuah kereta di jalan Sembulan-Tanjung Aru, Kota Kinabalu, Sabah pada 9 Oktober 2010.[4][5]

Pilihan Raya Umum Malaysia[sunting | sunting sumber]

Chong buat kali pertama dipilih ke Parlimen dengan memenangi kerusi Batu Sapi yang baru diwujudkan dalam proses persempadan semula dan dipertanding ulung kali pada Pilihan raya umum Malaysia 2004 tanpa bertanding setelah calon lawannya menarik diri.[6] Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Chong mempertahankan kerusinya dengan mendapat undi sebanyak 9479 untuk mengalahkan calon bebas Chung Kwong Wing yang hanya mendapat 5,771 undi. Peratus pengundi yang keluar ialah 63.06% . Undi rosak sebanyak 730.

Parlimen Malaysia: Batu Sapi, Sabah[7]
Tahun Barisan Nasional Undi % Pembangkang Undi %
2004 Edmund Chong Ket Wah (PBS) Menang Tanpa Bertanding
2008 Edmund Chong Ket Wah (PBS) 9,479 58% Chung Kwong Wing (Bebas) 5,771 35%

Kematian mengejut Chong telah menyebabkan Pilihan raya kecil Batu Sapi 2010 merupakan pilihan raya kecil ke-13 yang diadakan di Malaysia selepas pilihan raya umum ke-12 pada 4 November 2010. Balunya Datin Linda Tsen Thau Lin, sebagai calonnya Barisan Nasional dan telah berjaya mempertahankannya kerusi yang dipegangnya semasa hidup.

Parliament of Malaysia: Batu Sapi, Sabah[8]
Tahun Barisan Nasional Undi % Pembangkang Undi % Pembangkang Undi %
2010[9] Linda Tsen (PBS) 9,773 64% Ansari Abdullah (PKR) 3,414 22% Yong Teck Lee(SAPP) 2,031 13%

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Edmund Chong Ket Wah @ Chong Ket Fah, Y.B. Datuk Ir" (dalam bahasa Malay). Parliament of Malaysia. Dicapai pada 2 April 2010.CS1 maint: unrecognized language (link)
  2. ^ "Profile: Hon. Mr Edmund Chong Ket Wah MP". Parti Bersatu Sabah. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-04-20. Dicapai pada 2 April 2010.
  3. ^ "Biodata Pengerusi LPKP Sabah". Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan Negeri Sabah. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-09-08. Dicapai pada 10 Oct 2010.
  4. ^ Vanar, Muguntan (2010-10-09). "Batu Sapi MP Edmund Chong dies in road accident". The Star. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-10-11. Dicapai pada 2010-10-09.
  5. ^ "Batu Sapi MP dies in road accident". The Malaysian Insider. 9 October 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-10-10. Dicapai pada 9 October 2010.
  6. ^ "Who those early birds were". Daily Express (Malaysia). 20 March 2004. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-06-21. Dicapai pada 2 April 2010.
  7. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 2 April 2010. Percentage figures based on total turnout.
  8. ^ "Batu Sapi: Linda Tsen wins by whopping 6,359 majority". The Star. Star Publications. 4 November 2010. Dicapai pada 8 January 2011. Percentage figures based on total turnout.
  9. ^ A SAPP candidate, Yong Teck Lee, received 2,031 votes.