Christoph Kramer

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Christoph Kramer
Maklumat peribadi
Nama penuh Christoph Kramer[1]
Tarikh lahir (1991-02-19) 19 Februari 1991 (umur 33)
Tempat lahir Solingen, Jerman
Ketinggian 1.89 m (6 ka ​2 38 in)
Posisi permainan Pemain tengah bertahan
Maklumat kelab
Kelab terkini
Borussia Mönchengladbach
Nombor 6
Kerjaya remaja
1995–1999 BV Gräfrath
1999–2006 Bayer Leverkusen
2006–2008 Fortuna Düsseldorf
2008–2010 Bayer Leverkusen
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2010–2011 Bayer Leverkusen II 27 (0)
2011–2016 Bayer Leverkusen 28 (0)
2011–2013VfL Bochum (pinjam) 61 (4)
2012VfL Bochum II (pinjam) 1 (0)
2013–2015Borussia Mönchengladbach (pinjam) 63 (5)
2016– Borussia Mönchengladbach 87 (5)
Pasukan kebangsaan
2009–2010 Jerman B19 5 (0)
2010–2012 Jerman B20 4 (1)
2014– Jerman 12 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 31 Mei 2020
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 30 Mac 2016 (UTC)

Christoph Kramer (lahir 19 Februari 1991) merupakan pemain bola sepak profesional Jerman yang kini bermain untuk kelab Borussia Mönchengladbach dan pasukan bola sepak kebangsaan Jerman di posisi pemain tengah bertahan.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Leverkusen[sunting | sunting sumber]

Kramer sertai kelab tempatan, BV Graefrath pada tahun 1995 sebelum diikat oleh Bayer Leverkusen pada usia lapan tahun. Tetapi Kramer diikat oleh Leverkusen pada usia 15 tahun iaitu ketika 2006 kerana ketinggiannya yang agak rendah. Selepas dua tahun bersama kelab remaja Fortuna Duesseldorf, Kramer kembali ke Leverkusen pada tahun 2008. Beliau menandatangani kontrak senior pertamanya pada tahun 2010 dan ditawarkan ke skuad Bayer Leverkusen II untuk musim 2010-11. Beliau akhirnya dipinjam ke kelab VfL Bochum untuk musim 2011-12 yang beraksi di 2. Bundesliga.

VfL Bochum[sunting | sunting sumber]

Kramer membuat debut untuk VfL Bochum pada 18 Julai 2011 selepas menggantikan Andreas Johnson ketika tewas 2-0 kepada Fortuna Düsseldorf. Beliau menjaringkan gol pertamanya untuk kelab pada 25 Februari 2012 semasa menjaringkan gol saguhati ketika tewas 6-2 kepada Greuther Fürth. Ketika musim 2012-13, Kramer telah terlibat dalam 852 selitan, pemain yang paling banyak melakukan sedemikian pada liga dan 50& daripada Kramer. Dalam proses, beliau telah membuat 73 faul tetapi hanya dilayangkan lapan kad kuning. Dalam dua musimnya pada divisyen kedua bersama Bochum, Kramer telah membuat 61 kemunculan liga dan menjaringkan empat gol.

Borussia Mönchengladbach[sunting | sunting sumber]

Selepas menghabiskan dua tahun bersama Bochum di divisyen dua, Kramer sertai kelab Borussia Mönchengladbach pada Julai 2013 selepas dipinjam selama dua tahun. Beliau membuat debut Bundesliga pada 9 Ogos 2013 ketika skuad Gladbach tewas 3-1 kepada juara bertahan, FC Bayern Munich. Beliau menjaringkan gol pertamanya untuk Gladbach pada perlawanan berikutnya. Beliau menjaringkan gol kedua Gladbach untuk menang 3-0 ke atas Hanover 96. Kramer menjaringkan gol ketiga buat Gladbach semasa melakar kemenangan 3-1 ke atas 1. FSV Mainz 05 pada 3 Mei 2014 dan berjaya meletakkan kelab di saingan Liga Europa pada musim berikutnya. Pada perlawanan liga terakhir musim, Kramer menjaringkan gol ketiganya di Bundelsliga ketika skuad Gladbach menundukkan Wolfsburg dengan jaringan 3-1.

Kramer kembali ke Gladbach selepas beliau pulang dari sainga Piala Dunia FIFA 2014. Beliau membuat debut pada musim ini dengan menjaringkan gol pada lewat perlawanan selepas keluar dari bangku simpanan untuk mengikat VfB Stuttgart 1-1. Pada 9 November, beliau menjaringkan gol sendiri untuk memberikan kemenangan 1-0 kepada Borussia Dortmund.

Pada 22 Disember 2014, Leverkusen mengumumkan bahawa Kramer akan kembali ke Leverkusen dari Gladbach pada musim panas 2015 dan dirancang akan melanjutkan kontraknya lagi sehingga 30 Jun 2019.

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Sebentar sebelum tamatnya musim pertamanya di Bundesliga, Kramer telah dipanggil pada 8 Mei 2014 untuk perlawanan pasukan kebangsaan Jerman menentang Poland di Hamburg. Pada perlawanan persahabatan pada 13 Mei, beliau bermain sehingga tamat perlawanan dengan keputusan seri 0-0. Sehari kemudian, beliau telah ditawarkan ke skuad utama. Beliau bermain pada perlawanan keduanya untuk Jerman pada 1 Jun dan memasuki padang pada separuh masa kedua ketika seri 2-2 bertemu Cameroon. Pada hari berikutnya, Kramer termasuk dalam senarai akhir 23 pemain oleh Joachim Löw ke Piala Dunia FIFA 2014.

Kramer membuat kemunculan pertamanya di Piala Dunia pada perlawanan pusingan 16 menentang Algeria dan menggantikan Bastian Schweinsteiger pada minit ke-109. Beliau juga bermain pada perlawanan akhir Piala Dunia 2014 selepas menggantikan Sami Khedira yang mengalami kecederaan sebelum sepak mula. Walau bagaimanapun, Kramer dipaksa untuk meninggalkan perlawanan pada separuh masa pertama dan André Schürrle diminta untuk menggantikan beliau.

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Jerman

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "2014 FIFA World Cup Brazil: List of Players" (PDF). FIFA. 11 June 2014. m/s. 16. Dicapai pada 11 June 2014.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]