Christopher Gorham

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Christopher Gorham
Kelahiran
Christopher Gorham

(1974-08-14) 14 Ogos 1974 (umur 49)
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1997-kini

Christopher Gorham merupakan pelakon kelahiran Amerika Syarikat. Gorham, pernah memasuki Roosevelt School of the Arts dan graduan dari UCLA menerusi jurusan Filem & Seni Teater dan pernah terbabit dalam rancangan televisyen berbentuk cereka sains Odyssey 5, Jake 2.0, Party of Five dan Felicity. Gorham turut terbabit dalam beberapa buah filem dan pernah menyumbangkan suaranya kepada beberapa permainan video dan komputer. Gorham pernah memegang watak "Harrison John" di dalam siri televisyen Popular, dan "Dr. Miles McCabe" untuk drama Medical Investigation. Beliau turut terbabit dalam drama Relative Chaos. Pada 2006/2007, beliau dilamar untuk terbabit di dalam siri drama komedi Ugly Betty sebagai Henry, yang turut menyimpan perasaan terhadapBetty Suarez (lakonan America Ferrera). Gorham telah berkahwin dengan pelakon tambahan siri Popular, Anel Lopez-Gorham, dan dikurniakan dua orang anak.

Pautan Dalaman[sunting | sunting sumber]