Chua Jui Meng

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Chua Jui Ming)

Chua Jui Meng
蔡锐明 (Cina)

SIMP (Pahang); DPMS (Selangor)
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Bakri, Johor
Dalam jawatan
3 Ogos 1986 – 13 Mac 2008
Didahului olehKonstituensi baharu
Digantikan olehEr Teck Hwa
Menteri Kesihatan Malaysia
Dalam jawatan
Mei 1995 – 23 Mac 2004
Didahului olehLee Kim Sai
Digantikan olehChua Soi Lek
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (Lantikan)
Dalam jawatan
2010–2014
Berkhidmat dengan N. Surendran dan Baru Bian
PresidenWan Azizah Wan Ismail
Pengerusi PKR Johor
Dalam jawatan
2010–2014
Digantikan olehHassan Abdul Karim
Naib Presiden
Persatuan Cina Malaysia
Dalam jawatan
1990–2005
Butiran peribadi
Lahir(1943-10-22)22 Oktober 1943
Muar, Johor Johor
Meninggal dunia3 Disember 2023(2023-12-03) (umur 80)
Hospital Sultan Idris Shah Serdang, Selangor, Malaysia
Sebab kematianSerangan jantung
Parti politikMCA - (1986-2008)
PKR (2008-2023)
PasanganDatin Indera Honey Hum Chim Pang
Anak-anak5 anak
PekerjaanAhli politik
ProfesionPeguam
Laman web rasmihttp://www.chuajuimeng.com/

Dato' Indera Chua Jui Meng Bahasa Cina: 蔡锐明; (22 Oktober 1943 – 3 Disember 2023) merupakan bekas Naib Presiden Persatuan Cina Malaysia (MCA) dan kini menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR). Di peringkat akar umbi, beliau adalah Ahli Majlis Tertinggi PKR.

Chua boleh berbahasa Jawa kerana lahir dan membesar dalam masyarakat Jawa di Muar, Johor dan Tanjung Karang, Selangor.

Politik[sunting | sunting sumber]

Chua adalah bekas menteri kesihatan paling lama di Malaysia dan seorang peguam, mengetuai bahagian Bakri sejak 1986.

Chua bertanding jawatan timbalan presiden MCA tetapi tewas kepada Datuk Seri Ong Ka Ting 2005 dan Datuk Seri Ong Tee Keat pada 2008.[1]

Menyertai PKR[sunting | sunting sumber]

Pada 18 Julai 2009, Datuk Chua Jui Meng menyertai PKR tanpa syarat.Tiada kerusi tertentu dijanjikan sebagai satu syarat menyertai PKR. Chua mengumumkan keluar dari MCA dan menyertai PKR ketika berucap di majlis forum anjuran PKR di Sunway. Beliau melepaskan jawatan ketua MCA bahagian Bakri, di Johor bersama-sama bekas senator MCA, David Yeoh dan bekas ahli Parlimen Lumut turut menyertai PKR.[2]

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Isu Kalimah Allah[sunting | sunting sumber]

Pada 7 Februari 2010, beliau berkata penggunaan kalimah Allah sehingga tercetusnya insiden pembakaran gereja dan rumah ibadat adalah "isu politik bukannya isu agama". Beliau mendakwa Umno cuba menggunakan isu ini untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat. Bagaimanapun katanya, apa yang diharapkan oleh Umno berlaku sebaliknya apabila PAS dan Pakatan Rakyat membuat keputusan untuk mempertahankan penggunaan kalimah ini.[3]

Gelaran Dato' ditarik balik[sunting | sunting sumber]

Pada 10 Jun 2010, beliau telah diarahkan memulangkan dua darjah kebesaran negeri Johor yang masing-masing membawa gelaran Dato'.[4] Jumaah Majlis Diraja Johor yang diwakili oleh Setiausahanya Datuk Abdul Rahim Ramli mengesahkan penarikan balik dua darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk terhadap anggota Majlis Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Chua Jui Meng tetapi menafikan ia berpunca daripada tekanan politik, malah ia dikatakan "melampaui politik.[5]

Namun Chua masih mengekalkan gelaran Datuk yang pernah dianugerahkan kepadanya oleh Sultan Pahang dan Sultan Selangor.

Fitnah bakal Menteri Besar Johor[sunting | sunting sumber]

Pada Ogos 2010, kain rentang memaparkan Pengerusi Perhubungan PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng sebagai bakal Menteri Besar Johor semasa ceramah PKR di Rengit, Batu Pahat, Johor. Potret Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tuanku Sultan Johor turut disertakan dan menimbulkan kemurkaaan baginda dan kemarahan orang Melayu. Kain rentang itu dipasang sepanjang Kembara Mahkota Johor. Polis Johor menerima 40 laporan polis yang berang dengan kain rentang itu . Datuk Chua Jui Meng mendapati kain rentang itu ada beberapa kesalahan dan bertujuan menimbulkan kemarahan orang Melayu Johor kepada PKR dan Anwar Ibrahim.[6] Kain rentang itu dipercayai dicetak di sebuah syarikat di Johor Bharu membabitkan bekas Menteri Besar Johor. Chua memberi kenyataan polis diiringi peguamnya, Sankara Nair di Balai Polis Batu Pahat. [7]

Ceramah PKR di Rengit pada 31 Ogos 2010 diserbu oleh 50 anggota unit simpanan persekutuan (FRU) dan polis. 9 orang ditangkap dan dibawa ke Balai Polis Rengit.

Keputusan Pilihan Raya[sunting | sunting sumber]

Parlimen Malaysia [8][9]
Thn Kerusi Kerajaan Undi Prts Pembangkang Undi Prts Pembangkang Undi Prts Jum Undi Majoriti % Undi
1986 P.122 Bakri, Johor Chua Jui Meng (MCA) 14,818 48.22% Song Sing Kwee (DAP) 13,713 44.62% Hassan bin Hussein (PAS) 1,437 4.68% 30,729 1,105 71.32%
1990 Chua Jui Meng (MCA) 18,730 52.68% Lee Ban Chen (DAP) 15,619 43.93% 35,556 3,111 74.94%
1995 P.132 Bakri, Johor Chua Jui Meng (MCA) 22,162 60.15% Tan Kok Kwang (DAP) 9,844 26.72% Mohd Huridin Samuri (PAS) 3,541 9.61% 36,842 12,318 73.71%
1999 Chua Jui Meng (MCA) 25,676 65.02% Lim Sey Wee (DAP) 12,316 31.19% 39,486 13,360 74.15%
2004 P.145 Bakri, Johor Chua Jui Meng (MCA) 29,320 70.34% Azhari Ismail (DAP) 10,261 24.62% 41,684 19,059 73.85%
Parlimen Malaysia
Thn Kerusi Pembangkang Undi Prts Kerajaan Undi Prts Jum Undi Majoriti % Undi
2013 P.140 Segamat, Johor[10] Chua Jui Meng (PKR) 18,820 47.28% Subramaniam Sathasivam (MIC) 20,037 50.34% 39,807 1,217 84.68%

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Chua Jui Meng akan sertai PKR?", Malaysiakini.com, 16 Julai 2009.
  2. ^ "Anwar: Chua masuk PKR tanpa syarat", Malaysiakini.com, 18 Julai 2009.
  3. ^ "Chua dakwa Umno guna isu Allah pecahkan Pakatan", Malaysiakini.com, 7 Feruari 2010.
  4. ^ "Johor tarik balik gelaran Datuk Chua Jui Meng", Malaysiakini.com, 10 Jun 2010.
  5. ^ "Istana Johor nafi ada tekanan politik", Malaysiakini.com, 11 Jun 2010.
  6. ^ Chua: Bekas MB dalang kain rentang Chua: Bekas MB dalang kain rentang
  7. ^ Chua: Bekas MB dalang kain rentang
  8. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai pada 17 March 2010. Percentage figures based on total turnout.
  9. ^ "2013 Malaysia General Election". Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-02-15. Dicapai pada 5 May 2013. Results only available from the 2004 election.
  10. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai pada 8 May 2016.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]