Chuah Teong Ban

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dato'

Chuah Teong Ban

D.P.M.P., K.M.N.
Duta Besar Malaysia ke Peru
Dalam jawatan
2016–2019
Didahului olehAyauf Bachi
Digantikan olehFenny Nuli
Duta Besar Malaysia ke Ukraine
Dalam jawatan
2011–2016
Didahului olehAbdullah Sani Omar
Digantikan olehAyauf Bachi
Butiran peribadi
LahirChuah Teong Ban
KerakyatanMalaysia
ProfesionDiplomat

Chuah Teong Ban ialah seorang diplomat Malaysia. Beliau pernah dilantik sebagai Duta Besar Malaysia ke Ukraine dan Peru.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Chuah memulakan kerjaya dalam perkhidmatan awam Malaysia pada 1988 sebagai Pembantu Setiausaha (Bahagian Ekonomi) di Kementeri Luar Negara Malaysia. Pada 1991, dia telah dilantik sebagai Setiausaha Kedua di Kedutaan Besar Malaysia ke Korea Selatan. Dari 1996 hingga 1999, dia bertugas sebagai Pembantu Kanan Setiausaha di Bahagian Asia Selatan, Kementerian Luar Negara Malaysia.[1]

Dari 1999 hingga 2011, beliau bertugas sebagai Setiausaha Pertama dan Kaunselor di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Zombabwe, Kaunselor Menteri di Kedutaan Besar Malaysia di Perancis dan Penolong Ketua Pengarah Sekretariat Kebangsaan ASEAN-Malaysia di Kementerian Luar Negara Malaysia.[1]

Beliau telah dilantik sebagai Duta Besar Malaysia ke Ukraine pada 2011 hingga 2016,[1] sebelum dilantik sebagai Duta Besar Malaysia ke Peru pada 2016 hingga 2019.[2]

Semasa menjadi duta Ukraine, beliau berhadapan dengan tugas mengendalikan tragedi pesawat MAS milik Malaysia, MH17 yang ditembak dan terhempas di Donetsk,Ukraine pada 17 Julai 2014. Pesawat malang itu membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal . Pesawat jenis Boeng 777-2000 itu dipercayai ditembak jatuh.[3]

Selepas pulang ke tanah air pada 2019, beliau dilantik sebagai Ketua Pengarah Pusat Serantau Asia Tenggara Bagi Mencegah Keganasan (SEARCCT) Kementerian Luar Negeri sehingga bersara pada 2021.[4]

Anugerah dan pengiktirafan[sunting | sunting sumber]

  •  Malaysia
    • Kesatria Mangku Negara (K.M.N.) - 2013
  •  Perak
    • Darjah Dato' Paduka Mahkota Perak (D.P.M.P.) - Dato' (2020)[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c "Chuah Teong Ban | Speakers | Kyiv International Economic Forum". forumkyiv.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-03-20.
  2. ^ "Farewell to H. E. Mr. Chuah Teong Ban, Ambassador of Malaysia in Peru". สถานเอกอัครราชทูต ณ กรุงลิมา (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-03-20.
  3. ^ MH17: Liow, delegasi Malaysia tiba di Kiev
  4. ^ "22 January 2021 – Retirement of Director General Of SEARCCT, Dato' Chuah Teong Ban, after 32 years of services". SEARCCT. 2022-11-24. Dicapai pada 2024-03-20.
  5. ^ Zahari, Balqis Jazimah (2020-11-06). "147 penerima darjah kebesaran, pingat ulang tahun keputeraan Sultan Perak". Harian Metro (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-03-20.