Chuseok

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Rencana ini adalah tentang Hari Kesyukuran di Korea. Untuk kegunaan lain, sila lihat Hari Kesyukuran (nyahkekaburan).
Chuseok
چوسوك
Chuseokچوسوك
Jesasang, penyediaan meja pada hari Chuseok.
Nama rasmi Chuseok (추석, 秋夕)
Nama lain Hangawi (한가위)
Diraikan oleh orang Korea
Jenis Kebudayaan
Kepentingan Disambut selepas musim menuai ketika musim luruh
Tarikh Hari ke-15 pada bulan ke-8 (kalendar Korea)
Tarikh 2011 22 September
Tarikh 2012 12 September
Tarikh 2013 30 September
Amalan Menziarahi kampung halaman, penyembahan roh nenek moyang, jamuan tuaian, songpyeon dan arak beras.
Berkaitan dengan Pesta Pertengahan Musim luruh (Perayaan Kuih Bulan), Hari Kesyukuran

Upacara makanan Chuseok.
Nama Korea
Hangul 추석
Hanja
Perumian Semakan Chuseok
McCune–Reischauer Ch'usŏk

Perayaan Chuseok (Korea: 추석), Jungchujul, Gabe atau Hangawi (Korea: 한가위, nama dalam bahasa Korea purba untuk "pertengahan hebat") merupakan perayaan hari kesyukuran penting bagi masyarakat Korea. Perayaan Chuseok disambut pada hari ke-15 dalam bulan ke-8 menurut kalendar lunar masyarakat Korea. Chuseok bererti hari kebesaran dalam pertengahan bulan Ogos sebagai menyambut musim menuai. Perayaan ini mempunyai erti istimewa bagi masyarakat Korea di mana pada hari itu mereka kembali ke kampung halaman (bon-ga) untuk berziarah di makam para nenek moyang.


Isi kandungan

[sunting] Tradisi

Aturan hidangan yang disusun bagi tradisi Charye.

Pada masa kini di Korea Selatan, masyarakat Korea yang tinggal di bandar besar seperti Seoul dan Incheon akan pulang ke kampung halaman masing-masing. Mereka melakukan upacara penyembahan nenek moyang pada awal pagi. Antara tradisi menyambut perayaan Chuseok adalah bulcho, sungmyo dan charye. Selain itu, salah satu makanan utama yang disediakan pada hari perayaan Chuseok ialah Songpyeon (송편). Songpyeon merupakan sejenis kek nasi berbentuk bulan sabit yang dikukus pada jarum pain.

[sunting] Bulcho dan sungmyo

Tradisi ini dilakukan di kawasan perkuburan. Tradisi bulcho merupakan satu tradisi dimana masyarakat Korea akan menziarahi kubur ahli keluarga mereka sepanjang musim panas serta membersihkan kawasan kubur seperti mencabut rumput. Sungmyo pula adalah tradisi memberi penghormatan kepada kubur ahli keluarga. Tradisi ini dilakukan dengan memberi tunduk hormat dan menyediakan hidangan seperti alkohol, buah-buahan, daging dan shikhye.

[sunting] Charye

Charye adalah suatu tradisi menyediakan meja dengan makanan untuk dipersembahkan kepada nenek moyang di rumah. Terdapat pelbagai langkah teliti diambil kira bagi menyediakan meja seperti menyalakan lilin sebelum minuman beralkohol di tuang ke dalam tiga cawan yang berbeza dan tunduk hormat sebanyak dua kali selepas itu. Setiap hidangan juga mempunyai tempat tertentu untuk dihidangkan pada atas meja.

[sunting] Tarikh Chuseok (takwim Gregory)

Berikut merupakan tarikh perayaan Chuseok mengikut kalendar Gregory. Sehari sebelum dan selepas Chuseok adalah hari kelepasan umum di Korea Selatan.[perlu rujukan]

Tahun Tarikh
2006 6 Oktober
2007 14 September
2009 3 Oktober
2010 22 September
2011 12 September
2012 30 September
2013 19 September
2014 8 September
2015 27 September
2016 15 September
2017 4 Oktober
2018 24 September

[sunting] Pautan luar

Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain