Cinelesure Damansara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Koordinat: 3°09′21″N 101°36′41″E / 3.1559303°N 101.611417°E / 3.1559303; 101.611417 e@Curve atau nama sebelumnya Cinelesure Damansara terletak di Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor. Bangunannya terletak bersebelahan dengan pusat membeli-belah The Curve.

Kumpulan Cathay serta pemaju penempatan ini telah membangunkan pusat beli-belah dan hiburan yang mengambil tanah seluas 19,000 meter persegi sebagai penghuni utama ketiga di kawasan niaga Mutiara Damansara, iaitu e@Curve atau nama sebelumnya Cinelesure Damansara. Pusat beli-belah ini yang dibuka pada pertengahan tahun 2006 khusus sebagai tempat pawagam iaitu Cathay, dilengkapi pusat boling 60 lorong, disko, arked permainan video dan kedai peruncit bahan hiburan, serupa dengan Kompleks Cineleisure di Orchard Road, Singapura.