CinemaScope

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

CinemaScope merupakan serantaian kanta pengembang (atau anamorfik) yang dicipta oleh presiden 20th Century-Fox pada tahun 1953, dan digunakan hingga tahun 1967 untuk merakam filem layar lebar sebagai alamat bermulanya era penggambaran dan penayangan filem dalam format anamorfik moden. Kanta pengembang ini seharusnya membolehkan proses menghasilkan imej bernisbah bidang sebesar 2.66:1, iaitu hampir dua kali luas nisbah 1.37:1 yang digunakan dalam format Akademi yang laris sebelum ini. Walaupun sistem kanta CinemaScope semakin lapuk kerana perkembangan teknologi baru, terutamanya oleh Panavision, namun format anamorfik masih kekal hingga hari ini. Dalam peristilahan perfileman, kata singkatannya iaitu 'Scope masih banyak digunakan oleh pembuat dan penayang filem pada hri ini untuk memaksudkan mana-mana filem bernisbah 2.35:1 atau 2.39:1, ataupun penggunaan kanta atau tayangan anamorfik itu sendiri. Bausch & Lomb memenangi anugerah Oscar pada tahun 1954 kerana membangunkan kanta CinemaScope.

Asal-usul[sunting | sunting sumber]

Seorang profesor Perancis bernama Henri Chrétien membangunkan dan mempatenkan proses filem baru yang dinamakannya Anamorphoscope pada akhir 1920-an. Proses inilah yang menjadi asas kepada CinemaScope. Proses Chrétien ini berdasarkan kanta yang menggunakan teknik optik yang menghasilkan imej yang dua kali besar yang dihasilkan dengan kanta biasa.[1] Kemudian, di New York, tayangan perdana proses baru Chrétien ini mengagumkan studio filem terbesar di Hollywood ketika itu yang ingin merampas balik penonton yang semakin tertarik oleh televisyen.[2]

Twentieth Century-Fox membeli hak untuk Anamorphoscope, tetapi formatnya perlu dibangunkan lagi supaya lebih sedia untuk digunakan. Kanta Chrétien yang pertama segera diangkutkan ke Hollywood untuk analisa selanjutnya. Dari analisa inilah terbentuknya asas CinemaScope. Kerja pra-penerbitan The Robe oleh Twentieth Century-Fox ditunda agar filem tersebut boleh beralih kepada penerbitan CinemaScope yang dikatakan oleh presiden Fox Spyros Skouras sebagai "masa depan perfileman." Dengan kelahiran CinemaScope, Fox dan syarikat-syarikat lain diharapkan mampu menyerlahkan lagi kelainan wayang gambar dari pesaing terdekatnya iaitu televisyen.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. CinemaScope: A Concise History
  2. 2.0 2.1 Bijl, Adriaan (2002) The Importance of Panavision: In the Beginning. The 70 mm Newsletter, 67, Mac 2002.

Templat:Film formats