Cinta Buat Emelda

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Cinta Buat Emelda
Poster promosi
GenreDrama, cinta, konflik
Berdasarkan daripada
Kasih Antara Kita oleh Aleya Aneesa
PenciptaPanel MiG
Dibangunkan oleh
Panel MiG
Ditulis olehPanel MiG
Pengarah
Dibintangi oleh
Lagu pembukaanHatiku Milikmu - Nera
Lagu penutupHatiku Milikmu - Nera
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod24
Penerbitan
PenerbitDavid Teo
PenyuntingMiG Sound Factory
Sinematografi
  • Khairrunizam Abd Manan
  • Naqib Othman
Pemasangan kamera
Tetapan multi-kamera
Tempoh siaran40–41 minit
Syarikat penerbitan
MiG Production
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambarDolby Digital
Format audio
Siaran asal26 Mac 2012 – 3 Mei 2012
Kronologi
MengikutiAtas Nama Cinta
Diikuti olehSeindah Sakura

Cinta Buat Emelda merupakan sebuah siri drama televisyen Malaysia 2012 dibintangi oleh Almy Nadia, Erry Putra dan Fizo Omar. Diadaptasi dari novel 2006, Kasih Antara Kita karya Aleya Aneesa, drama ini memulakan tayangan perdana di slot Akasia TV3 dsri 26 Mac 2012 hingga 3 Mei 2012 menggantikan Atas Nama Cinta.[1]

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[2]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan mengenai kehidupan Emelda yang mula berubah sejurus kehadiran Dania yang merupakan anak kepada arwah kembarnya, Emira. Sejak Dania di sisi Emelda, hubungan Emelda dengan adik lelakinya, Emeriz mula renggang. Tanpa diduga, Emelda bertemua Aril Fattah yang merupakan seorang doktor yang memberi ceramah di tadika Dania.

Sejak pertemuan itu, Aeril sering termenung sambil teringatkan kenangan bersama Emira. Rupa paras Emelda seiras kekasihnya Emira yang meninggal dunia akibat kanser. Aeril begitu berminat untuk mengenali Emelda. Bagi Emelda, dia sangat mengenali Aril dan masih menyimpan gambar lelaki itu sejak tujuh tahun lalu. Pada masa sama, Emelda gusar jika Aril akan merampas Dania daripadanya.

Akhirnya Emelda mengaku yang Dania ialah anak luar nikah Aril. Lama-kelamaan hubungan Aril dan Dania menjadi semakin rapat sehinggakan Dania memanggil Aril, Papa. Lantas Aril mengambil keputusan untuk mengahwini Emelda. Emelda akhirnya rela memperjudikan nasibnya bersama lelaki yang bernama Aril Fattah, demi Dania, dia tetap mencuba sedaya upaya yang boleh.

Bahagiakah perkahwinan yang dibina bukan atas dasar cinta? Mampukah Aril menawan hati Emelda? Apakah rahsia yang disimpan oleh Aril mengenai kehidupan silamnya tujuh tahun lalu?

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Budiey (26 Mac 2012). Drama Cinta Buat Emelda Lakonan Fizo Omar & Almy Nadia Sensasi Selebriti. Dicapai pada 9 Julai 2012.
  2. ^ Cinta Buat Emelda (2012): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 22 Jun 2018.
TV3: Akasia, Isnin–Khamis, 6.30 petang
Sebelumnya Cinta Buat Emelda Berikutnya
Atas Nama Cinta Seindah Sakura