Cinta Fitri (Musim Ramadhan / Musim 4)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Cinta Fitri
Bilangan episod115 episod (8.30 - 10.00 Malam)
Penerbitan
Tempoh siaran90 minit
Penyiaran
Saluran asalSCTV
Siaran asalIsnin, 20 Julai 2009 – Minggu, 15 November 2009
Kronologi
MengikutiCinta Fitri (Musim 3)
Diikuti olehCinta Fitri (Musim 5)

Cinta Fitri (Musim 4 atau Cinta Fitri Musim Ramadan) ialah sebuah sinetron Indonesia terbitan MD Entertainment yang ditayangkan pada 20 Julai 2009 jam 19.25 WIB di SCTV. Sinetron ini diarahkan oleh Encep Masduki dan dibintangi oleh Teuku Wisnu, Shireen Sungkar, dan Dinda Kanya Dewi.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon Utama

Pelakon Pembantu

Alur Cerita[sunting | sunting sumber]

Fail:FIFARA S4.jpg
Farrel, Fitri dan Raffa

Bayi Farrel dan Fitri lahir dengan selamat dan diberi nama oleh Bu Lia, "Raffa Emeraldy Hutama". Kini Farrel dan Fitri tinggal di rumah keluarga, meskipun ada tekanan dari Maya, Bram, Faiz, dan Mischa.

Sementara itu, teror dari Tristan ke Moza berjaya diatasi oleh Aldo dan Fitri, meskipun Fitri kemudian terus diteror oleh Tristan. Akhirnya Tristan ditangkap oleh polis dan dimasukkan ke penjara setelah berusaha membunuh Fitri di rumah Hutama.

Kembali ke Farrel, kerana Farrel telah kembali ke keluarga, maka Bu Lia kembali mempercayakan Retro kepadanya, dan Faiz bekerja di bawahnya. Farrel terus berusaha mendidik Faiz.

Di sisi lain, Bram telah berjaya mengambil rakaman CCTV pembunuhan Pak Hutama, yang menunjukkan bahawa Faiz dan Mischalah yang membunuh Pak Hutama. Bram menyimpan rakaman itu di kotak keselamatannya. Tetapi, Maya yang melihat dan curiga lalu memberanikan diri untuk membuka kotak keselamatan itu. Dalamnya, Maya mengetahui kejadian pembunuhan Pak Hutama yang sebenarnya dan menuduh bahawa Bram terlibat.

Maya segera menelefon Farrel dan berlari terus ke jalan menjauhi Bram namun kemudian dilanggar lari oleh sebuah kereta. Maya mengalami pendarahan yang teruk di kepalanya, dan memengaruhi otaknya. Maya tidak dapat merespon, melihat, serta menggerakkan tangan dan kakinya. Atas usulan Fitri, Maya diterapi. Dengan sabar, semua berdoa untuk kesembuhan Maya. Farrel terus berusaha mengajar Maya berjalan dengan sabar.Tidak lama kemudian, Faiz yang sudah tersangkut lalu mengakui perbuatannya membunuh Pak Hutama. Hal ini membuat Bu Lia tidak mau mengakui keberadaan Faiz lagi. Faiz dan Mischa dihalau dari rumah.

Setelah Maya sembuh, Maya tidak mengingat isi rakaman CCTV itu. Melihat Faiz dan Mischa dihalau, Maya merasa pelik dan menyuruh mereka kembali. Farrel dan Fitri berusaha menjelaskan kenyataannya, namun takut jika Maya nantinya terkejut. Di sisi lain, Bram yang masih merasa bersalah dengan keluarga lalu menyatakan diri bahawa ia juga terlibat dalam pembunuhan Pak Hutama. Ia yang menyimpan rakaman CCTV itu yang bererti menyelamatkan Faiz dan Mischa. Pengakuan Bram itu membuat Maya kembali mengingat semua yang dialaminya. Bram kemudian pergi dari rumah.

Sementara itu, Mischa dan Faiz berusaha menarik perhatian Bu Lia supaya mereka boleh diterima kembali di keluarga Hutama dengan perbagai cara yang ada. Tapi sayangnya, Bu Lia tetap membenci Faiz dan Mischa.

Suatu hari ketika Fitri melihat Faiz dan Mischa berada di hospital, Fitri mendengar ucapan mereka, bahawa mereka masih menyembunyikan suatu rahasia yang sangat besar. Maka dari itu, Fitri bekerjasama dengan Pak Hartawan, melakukan penyiasatan. Mischa yang mengetahui hal ini kemudian membayar Bu Doli, seorang PSK,untuk mengaku bahawa Mischa pernah menitipkan anaknya pada Dinita, sehingga rahasia besar yang ditemukan Fitri bukanlah mengenai Faiz bukan anak kandung Hutama, melainkan mengenai "Ibu kandung Farrel" masih hidup.

Bu Doli akhirnya memasuki keluarga Hutama, ini membuatkan Fitri dan Oma curiga dengan kelakuannya. Akhirnya Fitri berjaya mengambil sampel darah Bu Doli, dan terbukti bahawa Bu Doli bukan ibu kandungnya Farrel. Sayang, Bu Doli sudah lari. Farrel, Fitri, Oma, dan Bu Lia menuduh Mischa dan Faiz, kerana menyangka bahawa merekalah dalang dari semua ini. Tapi ternyata bukan mereka yang melakukannya. Sampai mereka pulang, Fitri mendapati Bu Lik, Bibik, dan Maya terlentang pingsan di dapur, Fitri menjerit. Lia, Oma, dan Farrel pun datang ke dapur, sampai semuanya sedar, bibik pun berkata bahawa Raffa telah hilang. dengan segera, Fitri dan Farrel, dengan bantuan Pak Hartawan, mencari Raffa.

Semua keluarga sangat sedih dengan hilang Raffa. Fikiran Farrel hanya tertuju pada satu arah iaitu Mischa. Mischa dan Faiz tidak mahu mengaku, sampai Bram dan Farrel bekerjasama untuk melibatkan Mischa. Dalam usaha melibatkan Mischa serta mengawasi gerak-gerik Mischa, Keluarga Hutama membawa Mischa dan Faiz untuk tinggal kembali ke rumah Hutama. Akhirnya Mischa masuk kembali ke keluarga Hutama. Disana, Mischa dan Faiz dipaksa untuk mengaku. Tapi ternyata yang menculiknya adalah Bu Doli. Mischa kemudian mengetahui hal ini lalu membuat perjanjian dengan Bu Doli untuk menukar Raffa dengan wang, tapi sayangnya, di tempat yang dijanjikan, Bu Doli meninggal dan Raffa tidak diketahui keberadannya.

Raffa yang tertidur di jalan diambil oleh dua anak, Sari dan Surya. Raffa akan dijual oleh keluarga mereka, namun mereka tidak gila harta dan membawa lari Raffa untuk mengembalikannya. Di sisi lain, Fitri dan Farrel pun masih dengan giat mencari Raffa. Namun Mischa mendapatkan Raffa terlebih dahulu dan menyekat Sari dan Surya. Faiz merasa pelik kerana sebentar lagi dia akan mempunyai anak. Akhirnya Faiz bersetuju mengembalikan Raffa ke Farrel dan Fitri. Namun saat Faiz menggendong Raffa dan menyeberang jalan, ia dilanggar oleh kereta Farrel yang sedang mencari Raffa.

Inti cerita, Raffa berjaya ditemukan. Tetapi Mischa terus berbuat jahat terhadap keluarga Hutama. Ia mengadu domba Bram dan Maya dengan mengatakan bahawa Maya berhubungan dengan Pak Hartawan. Bram tidak terima dan akhirnya keluar dari rumah. Ia juga mengadu domba Maya dan Farrel. Sementara itu, Dinita kembali hadir. Ia berkenalan dengan Maya ketika menolong Alif yang jatuh sakit. Dinita menyamar sebagai Sandra. Namun, Fitri merasa curiga dengan Maya dan Sandra (Dinita) yang berhubungan dekat. Intinya, Fitri mengetahui bahwa Dinita bersubahat dengan Mischa.

Kerana hampir diketahui keluarga Hutama, Mischa menyuruh Dinita untuk pergi jauh-jauh dari Jakarta, iaitu ke Yogyakarta. Sayangnya, Bu Lia mendapat undangan pernikahan di Yogyakarta dan kebetulan, Dinita juga menghadiri pernikahan itu. Bu Lia melihat Dinita dan sangat marah dengannya, lalu memintanya mengaku tentang semuanya. Bu Lia akhirnya mengetahui bahawa Farrel ialah anak kandungnya. Namun di tempat kejadian terjadi gempa bumi dan Bu Lia harus berjuang untuk memberi tahu kepada Farrel bahawa Farrel adalah anak kandungnya.

Rujukan luar[sunting | sunting sumber]