Circuito Permanente de Jerez

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Koordinat: 36°42′30″U 6°2′3″B / 36.70833°U 6.03417°B / 36.70833; -6.03417

Circuito de Jerez
Jerez.svg
Lokasi 4 batu ke timur laut Jerez de la Frontera, Sepanyol
Zon masa GMT +1
Acara utama Formula Satu; Formula Ford; MotoGP
Jarak litar 4.428 km (2.751 mi)
Selekoh 13
Rekod pusingan 1:23.135 (Bendera Jerman Heinz-Harald Frentzen, Williams, 1997)

Circuito de Jerez (Jerez Speed Track) dahulu dikenali sebagai Circuito Permanente de Jerez, ialah sebuah litar berukuran 4,428 m (2.752-batu) yang terletak di bandar Jerez de la Frontera, di selatan Sepanyol. Litar ini dibina oleh Alessandro Rocci yang juga terlibat dalam projek Circuito Permanente del Jarama.

Litar ini dibuka pada 8 Disember 1985. Pada tahun 1986, litar ini mengadakan acara motosikal antarabangsa pertama di Sepanyol pada bulan Mac dan Grand Prix Sepanyol Formula Satu pertama pada bulan April. Lokasi litar yang agak terpencil menjejaskan kehadiran penonton walaupun boleh menampung sebanyak 125,000 orang. Oleh yang demikian, acara F1 Sepanyol beralih ke Barcelona selepas perlumbaan tahun 1990.

Sempena mengacarakan Grand Prix Eropah pada tahun 1994, litar ini melaksanakan perubahan tahap keselamatan semenjak konfigurasi 1990, termasuk chicane baru (lengkung Senna) di sudut yang menyaksikan kecelakaan dahsyat Martin Donnelly. Jerez juga mengadakan Grand Prix Eropah 1997, yang menjadi penentu kejuaraan antara Michael Schumacher dan Jacques Villeneuve yang saling berlanggar dalam perlumbaan.

Keraian podium pada perlumbaan tahun 1997 itu diganggu Datuk Bandar Jerez Pedro Pacheco yang menghadiahkan piala yang sepatutnya dipersembahkan oleh seorang wakil Daimler-Benz. Insiden ini mengakibatkan litar ini dilarang dari menjadi tempat acara Grand Prix.[1] Walaupun begitu, litar Jerez masih selalu digunakan sebagai tempat ujian.

Pada tahun 2005, balapan litar disaluti lapisan baru. Pernah dijangka bahawa Champ Car World Series akan diadakan di sana untuk musim 2008 tetapi siri tersebut dibatalkan pada awal tahun setelah bergabung dengan Siri IndyCar.[1]

Isi kandungan

[sunting] Sejarah

[sunting] Formula Satu

Perlumbaan Grand Prix Eropah bertandakan warna biru.

Musim Tarikh Pemandu Pasukan Laporan
1997 26 Oktober Bendera Finland Mika Häkkinen McLaren-Mercedes Laporan
1994 16 Oktober Bendera Jerman Michael Schumacher Benetton-Ford Laporan
1990 30 September Bendera Perancis Alain Prost Ferrari Laporan
1989 1 Oktober Bendera Brazil Ayrton Senna McLaren-Honda Laporan
1988 2 Oktober Bendera Perancis Alain Prost McLaren-Honda Report
1987 27 September Bendera United Kingdom Nigel Mansell Williams-Honda Laporan
1986 13 April Bendera Brazil Ayrton Senna Lotus-Renault Laporan

[sunting] MotoGP

Musim Tarikh 125 cc 250 cc MotoGP Laporan
2008 30 Mac Bendera Itali Simone Corsi Bendera Finland Mika Kallio Bendera Sepanyol Dani Pedrosa Report
2007 25 Mac Bendera Hungary Gábor Talmácsi Bendera Sepanyol Jorge Lorenzo Bendera Itali Valentino Rossi Report
2006 26 Mac Bendera Sepanyol Alvaro Bautista Bendera Sepanyol Jorge Lorenzo Bendera Itali Loris Capirossi Report
2005 10 April Bendera Itali Marco Simoncelli Bendera Sepanyol Dani Pedrosa Bendera Itali Valentino Rossi Report
2004 2 Mei Bendera Itali Marco Simoncelli Bendera Itali Roberto Rolfo Bendera Sepanyol Sete Gibernau Report
2003 11 Mei Bendera Itali Lucio Cecchinello Bendera Sepanyol Toni Elías Bendera Itali Valentino Rossi Report
2002 5 Mei Bendera Itali Lucio Cecchinello Bendera Sepanyol Fonsi Nieto Bendera Itali Valentino Rossi Report
2001 6 Mei Bendera Jepun Masao Azuma Bendera Jepun Daijiro Kato Bendera Itali Valentino Rossi Report
2000 30 April Bendera Sepanyol Emilio Alzamora Bendera Jerman Ralf Waldmann Bendera Amerika Syarikat Kenny Roberts, Jr. Report
1999 9 Mei Bendera Jepun Masao Azuma Bendera Itali Valentino Rossi Bendera Sepanyol Àlex Crivillé Report
1998 3 Mei Bendera Jepun Kazuto Sakata Bendera Itali Loris Capirossi Bendera Sepanyol Àlex Crivillé Report
1997 4 Mei Bendera Itali Valentino Rossi Bendera Jerman Ralf Waldmann Bendera Sepanyol Àlex Crivillé Report
1996 12 Mei Bendera Jepun Haruchika Aoki Bendera Itali Max Biaggi Bendera Australia Michael Doohan Report
1995 7 Mei Bendera Jepun Haruchika Aoki Bendera Jepun Tetsuya Harada Bendera Sepanyol Alberto Puig Report
1994 8 Mei Bendera Jepun Kazuto Sakata Bendera Perancis Jean-Philippe Ruggia Bendera Australia Michael Doohan Report
1993 2 Mei Bendera Jepun Kazuto Sakata Bendera Jepun Tetsuya Harada Bendera Amerika Syarikat Kevin Schwantz Report
1992 10 Mei Bendera Jerman Ralf Waldmann Bendera Itali Loris Reggiani Bendera Australia Michael Doohan Report
1991 12 Mei Bendera Jepun Noboru Ueda Bendera Jerman Helmut Bradl Bendera Australia Michael Doohan Report
1990 6 Mei Bendera Sepanyol Jorge Martínez Bendera Amerika Syarikat John Kocinski Bendera Australia Wayne Gardner Report
1989 30 April Bendera Sepanyol Àlex Crivillé Bendera Itali Luca Cadalora Bendera Amerika Syarikat Eddie Lawson Report
1987 26 April Bendera Itali Fausto Gresini Bendera Jerman Martin Wimmer Bendera Australia Wayne Gardner Report

[sunting] Rujukan

  1. "Chaves y Pacheco irrumpieron en el podio", Diario El País. Dicapai pada 2008-07-02. 

[sunting] Pautan luar

Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain