Circuito de Jerez

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Koordinat: 36°42′30″N 6°2′3″W / 36.70833°U 6.03417°B / 36.70833; -6.03417

Circuito de Jerez
Jerez.svg
Lokasi 4 batu ke timur laut Jerez de la Frontera, Sepanyol
Zon masa GMT +1
Acara utama Formula Satu; Formula Ford; MotoGP
Jarak litar 4.428 km (2.751 mi)
Selekoh 13
Rekod pusingan 1:23.135 (Jerman Heinz-Harald Frentzen, Williams, 1997)

Circuito de Jerez ('Circuit of Jerez) dahulu dikenali sebagai Circuito Permanente de Jerez, ialah sebuah litar berukuran 4,428 m (2.752-batu) yang terletak di bandar Jerez de la Frontera, di selatan Sepanyol. Litar ini dibina oleh Alessandro Rocci yang juga terlibat dalam projek Circuito Permanente del Jarama.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Litar pada tahun 2010

Litar ini dibuka pada 8 Disember 1985. Pada tahun 1986, litar ini mengadakan acara motosikal antarabangsa pertama di Sepanyol pada bulan Mac dan Grand Prix Sepanyol Formula Satu pertama pada bulan April. Lokasi litar yang agak terpencil menjejaskan kehadiran penonton walaupun boleh menampung sebanyak 125,000 orang. Oleh yang demikian, acara F1 Sepanyol beralih ke Barcelona selepas perlumbaan tahun 1990.

Sempena mengacarakan Grand Prix Eropah pada tahun 1994, litar ini melaksanakan perubahan tahap keselamatan semenjak konfigurasi 1990, termasuk chicane baru (lengkung Senna) di sudut yang menyaksikan kecelakaan dahsyat Martin Donnelly. Jerez juga mengadakan Grand Prix Eropah 1997, yang menjadi penentu kejuaraan antara Michael Schumacher dan Jacques Villeneuve yang saling berlanggar dalam perlumbaan.

Keraian podium pada perlumbaan tahun 1997 itu diganggu Datuk Bandar Jerez Pedro Pacheco yang menghadiahkan piala yang sepatutnya dipersembahkan oleh seorang wakil Daimler-Benz. Insiden ini mengakibatkan litar ini dilarang dari menjadi tempat acara Grand Prix.[1] Walaupun begitu, litar Jerez masih selalu digunakan sebagai tempat ujian.

Pada tahun 2005, balapan litar disaluti lapisan baru. Pernah dijangka bahawa Champ Car World Series akan diadakan di sana untuk musim 2008 tetapi siri tersebut dibatalkan pada awal tahun setelah bergabung dengan Siri IndyCar.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "Chaves y Pacheco irrumpieron en el podio". Diario El País. Diperoleh pada 2008-07-02. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]