Claude Joseph Rouget de Lisle

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Rouget de Lisle, penggubah lagu kebangsaan Perancis, Marseillaise, menyanyi lagu ini buat pertama kali.

Claude Joseph Rouget de Lisle (10 Mei 1760 - 26 Jun 1836) ialah penggubah Perancis yang mengarang La Marseillaise, lagu kebangsaan Perancis pada tahun 1792.


Biografi ringkas[sunting | sunting sumber]

Dilahirkan di Lons-le-Saunier, Jura, Rouget de Lisle menyertai angkatan tentera sebagai jurutera dan memperoleh pangkat kapten. La Marseillaise, lagu yang telah mengabadikannya, digubah ketika beliau ditempatkan di Strasbourg pada April 1792. Beliau menulis kedua-dua lirik dan muzik untuk lagu tersebut selepas menyertai sebuah majlis makan malam.

Pada mula-mulanya, lagu La Marseillaise itu dinamakan Chant de guerre de l'armée du Rhin ("Him Perang Angkatan Tentera Darat Rhine), tetapi kemudiannya ditukar menjadi Marseillaise selepas lagu ini diterimaguna oleh para sukarelawan dari Provençal yang diturunkan oleh Barbaroux ke Paris. Angkatan sukarelawan ini terkenal untuk herdikan Istana Tuileriese pada 10 Ogos semasa Revolusi Perancis.

Rouget de Lisle adalah penyokong republik yang sederhana. Beliau kemudian dipecat daripada angkatan tentera dan dipenjarakan, tetapi dibebaskan semasa revolusi balas.

Rouget de Lisle menulis beberapa lagu yang lain yang serupa dengan jenis Marseillaise. Pada tahun 1825, beliau menerbitkan Chants français (Lagu-lagu Perancis) yang merupakan gubahan untuk 50 buah lagu yang dikarang oleh berbagai-bagai pencipta lagu. Karyanya, Essais en vers et en prose (Percubaan-percubaan Puisi dan Prosa) pada 1797 mengandungi Marseillaise, Adelaide et Monville (cerita prosa jenis sentimental), dan sebilangan puisi.

Rouget de Lisle meninggal dunia di Choisy-le-Roi, Seine-et-Oise pada tahun 1836, dan abu mayatnya dipindah dari perkuburan Choisy-le-Roi ke Invalides pada 14 Julai 1915 semasa Perang Dunia I.


Rujukan[sunting | sunting sumber]

Rencana ini menggabungkan teks daripada Ensiklopedia Britannica Edisi Ke-11, sebuah terbitan yang kini di domain awam.