Claude Nougaro

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Claude Nougaro
Genre Jaz
Pekerjaan Penyanyi, Pelukis, Pemuisi
Laman web www.nougaro.com

Claude Nougaro (9 September 1929–4 Mac 2004) ialah pencipta lagu serta penyanyi Perancis. Muziknya mendapat ilham daripada banyak sumber, terutamanya daripada jaz Amerika (Charles Mingus, Louis Armstrong, Dave Brubeck, Sonny Rollins), tetapi juga daripada muzik Brazil (Antonio Carlos Jobim, Baden Powell de Aquino, Chico Buarque).

Biografi ringkas[sunting | sunting sumber]

Dilahirkan di Toulouse kepada Pierre Nougaro, penyanyi opera Perancis yang sangat dihargai, dan Liette Tellini, guru piano Itali, Nougaro dibesarkan oleh datuk nenek di tempat asalnya. Sewaktu itu, beliau mendengar lagu Glenn Miller, Édith Piaf, dan Louis Armstrong (antara lain) dalam siaran radio. Beliau gagal baccalaureat (peperiksaan sekolah menengah) pada 1947, dan memulakan kerjayanya dalam bidang kewartawanan. Nougaro menulis untuk berbagai-bagai jurnal, termasuk Le Journal des Curistes di Vichy, dan L'Echo d'Alger. Pada waktu yang sama, beliau juga mencipta lagu untuk Marcel Amont ("Le barbier de Belleville", "Le balayeur du roi") dan Philippe Clay ("Joseph", "La sentinelle"). Nougaro juga bertemu dengan Georges Brassens yang kemudian menjadi kawan dan mentornya. Beliau menghantar lirik untuk "Méphisto" dan "Le Sentier de la guerre" kepada Marguerite Monnot, pencipta lagu untuk Édith Piaf, yang membekalkan gubahan muzik.

Ketika berumur 30 tahun pada 1959, Nougaro mula bernyanyi sebagai mata pencarian di Lapin Agile, sebuah karabet di Montmartre, Paris. Beliau kemudian menyanyikan karya sendiri pada 1962. "Une petite fille" dan "Cécile ma fille" (yang didedikasikan kepada anak perempuan yang dilahirkan pada 1962 serta isterinya, Sylvie, yang ditemunya di kabaret Lapin Agile) menyebabkannya dikenali oleh khalayak yang lebih besar. Pada waktu itu, Nougaro telah mula menonjolkan diri menerusi konsert-konsert Dalida, seorang penyanyi Itali Mesir. Bagaimanapun, suatu kemalangan jalan raya pada 1963 menyebabkannya tidak dapat bergerak buat berbulan-bulan. Nougaro kemudian ke Brazil pada tahun berikut dan menyanyi di dewan-dewan Paris yang unggul: Olympia, Palais, dan Théâtre de la Ville. Selepas kematian kawannya, Jacques Audiberti, pada 1965, Nougaro mencipta lagu "Chanson pour le maçon" untuk memberikan penghormatan kepadanya.

Pada 1968, Nougaro merakam Une soirée avec Claude Nougaro, albumnya yang pertama di hadapan penonton di Olympia. Kerjayanya berlangsung secara biasa, dengan kejayaan sekali-kali: Le jazz et la java, Tu verras, Île de Ré, Armstrong, Toulouse, Petit taureau. Bagaimanapun, pada 1984, syarikat rakamannya tidak membaharui kontraknya. Justera, Nougaro ke New York untuk mencari-cari ilham. Semasa di sana, beliau mencipta dan merakam Nougayork, sebuah piring hitam swabiaya yang mencapai kejayaan hebat yang tidak dijangka.

Pada 1988, Nougaro dianugerahi oleh Victoires de la musique dengan gelaran album terbaik serta artis terbaik.. Beliau menerbitkan tiga album baharu antara 1993 dan 1997. Bagaimanapun, kesihatan Nougaro merosot selepas 1995 selepas menjalani pembedahan jantung. Antara 1998 hingga 2004, beliau menumpukan masanya pada konsert dan pesta, selain daripada sebuah album untuk membantu kanak-kanak yang menghidapi AIDS. Menjelang 2003, keadaannya telah bertambah buruk sehingga tidak berupaya menghadiri pesta du Verbe at Toulouse. Selepas menjalani pembedahan lanjut pada awal 2004, Nougaro meninggal dunia pada bulan Mac, ketika berumur 74 tahun.

Diskografi pilihan[sunting | sunting sumber]

  • Locomotive d'or (1973)
  • Au new morning (1982)
  • Nougayork (1987)
  • Une voix dix doigts (1991)
  • L'Enfant-phare (1997)

Lagu yang dicipta[sunting | sunting sumber]

  • L'ivre de mots (2002)
  • Fables de ma fontaine (2003)
Didahului oleh
Johnny Hallyday
Victoires de la Musique
Artis lelaki untuk tahun

1988
Diikuti oleh:
Francis Cabrel