Kodeks Sinai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Codex Sinaiticus)
Kodeks Sinai
كوديكس سيناي
Unsial 01
Matthew Bab 6, Ayat 6–32
Nama lainKodeks Sinaiticus
Σιναϊτικός Κώδικας
TeksPerjanjian Lama dan Baru
TarikhLebih kurang 330–360
BahasaYunani
DijumpaiDi Sinai pada 1844
Sekarang diPerpustakaan British
Universiti Leipzig
Biara Santa Katarina
Perpustakaan Negara Rusia
PetikanLake, K. (1911).Codex Sinaiticus Petropolitanus, Oxford.
JenisTeks Iskandariah
KategoriI
NotaSangat hampir dengan Papirus 66

Manuskrip Perjanjian Baru
PapirusUnsialMinuskulLeksionari

sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Kodeks Sinai (Yunani: Σιναϊτικός Κώδικας Sinaïtikós Kṓdikas) ialah manuskrip uncial Bible berbahasa Yunani kurun ke-4 yang ditulis antara tahun 330 hingga 350. Walaupun pada asalnya ia mengandungi keseluruhan kedua-dua Perjanjian (Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru), hanya bahagian-bahagian daripada Perjanjian Lama dalam bahasa Yunani atau Terjemahan Tujuh Puluh (Latin: Septuaginta) yang masih wujud bersama-sama dengan Perjanjian Baru yang lengkap, Warkah Barnabas, dan bahagian-bahagian daripada Si Pengembala Hermas. Bersama-sama dengan Kodeks Vatikan, Kodeks Sinai merupakan manuskrip paling berharga bagi kritis teks Perjanjian Baru berbahasa Yunani dan juga septuaginta. Bagi kebanyakan Perjanjian Baru, Kodeks Sinai selaras dengan Kodeks Vatikan dan Kodeks Ephraemi Rescriptus yang membuktikan Teks Iskandariah, tetapi dalam John 1:1-8:31, Kodeks Sinai lebih selaras dengan Kodeks Bezae yang menyokong jenis-teks Barat. Contoh terkenal keselarasan antara teks-teks Sinai dan Vatikan ialah kedua-duanya mengabaikan frasa "tanpa sebab" daripada Matthew 5:22.

Galeri[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]