Coklat beras
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Coklat beras adalah butiran-butiran coklat yang digunakan sebagai penghias dan penambah rasa pada kek, kuih, donat dan ais krim. Di Belanda, coklat beras disebut Hagelslag dan jenis lain disebut Muisjes.
Di Amerika Syarikat, coklat beras disebut sprinkles dan di kawasan seperti di New England, dikenali sebagai jimmies. Kek cawan dengan taburan beras gula berwarna-warni popular sebagai kuih ulang tahun hari jadi kanak-kanak di Amerika.