Coli lelaki

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kramer mengenakan coli lelaki yang digelarnya "bro", pada Frank Costanza dalam episod Seinfeld, berjudul The Doorman.. Sumber: The Daily Telegraph.

Coli lelaki (juga dkenali sebagai coli mampatan, rompi mampatan, atau rompi Ginekomastia) merujuk kepada coli yang dipakai oleh lelaki. Remaja lelaki dan lelaki pertengahan umur kekadang mengembangkan buah dada,[1][2] dengan anggaran jumlah kejadian itu diberikan dalam julat "kerana takrif ginekomastia berbeza-beza, serupa juga dengan kaedah untuk meninjaunya.[3]

Walaupun terdapat pilihan untuk merawat ginekomastia,[4] sesetengah lelaki memilih pembedahan untuk mengecilkan buah dada mereka atau memilih untuk memakai coli lelaki.[1] Coli lelaki lebih biasa bertujuan untuk meratakan buah dada daripada menyangganya.[5]

Kategori lelaki yang memakai coli[sunting | sunting sumber]

Lelaki yang memilih untuk memakai coli dapat dibahagikan kepada dua kategori yang umum:

Walaupun beberapa reka bentuk coli lelaki telah dicipta, ia seringnya tidak amat berbeza daripada coli yang dipakai oleh wanita.[8][6] Ada kalanya, tidak terdapat sebarang keperluan perubatan untuk lelaki memakai coli, sebagaimana juga halnya dengan sesetengah wanita.[9]

Istilah lain[sunting | sunting sumber]

Satu nama lain yang biasa digunakan untuk coli lelaki ialah "bro".[10] Ini kelihatan merupakan mainan kata yang berpunca daripada bahasa Romawi, asal bahasa Inggeris, dengan akhiran "a" merujuk kepada objek betina dan "o" kepada objek jantan. Adalah mungkin juga bahawa nama samaran "bro" datang daripada perkataan yang digunakan untuk merujuk kepada lelaki lain yang akrab (atau untuk merujuk kepada abang atau adik lelaki seseorang).

Coli lelaki dalam budaya pop[sunting | sunting sumber]

"The Doorman", sebuah episod dalam sitkom televisyen, Seinfeld, menonjolkan watak Kramer yang mencipta sejenis coli lelaki yang digelarnya "bro" untuk dipakai oleh Frank Costanza yang mempunyai buah dada yang amat sangat besar. Apabila Frank berhasrat untuk memasarkan rekaan itu, dia mendapati bahawa nama "bro" tidak menyenangkannya lalu menggelar coli itu sebagai "Manssiere", satu mainan kata untuk istilahnya dalam bahasa Inggerisnya, "brassiere".

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Cox, Therese Smith. (August 1, 2000) Charleston Daily Mail Men who develop breasts more numerous than people realize. Section: News; Page 1D.
  2. ^ Read, Genevieve. (July 15, 2007) Sunday Tasmanian The curves men hate. Section: 1; Page 16.
  3. ^ Tober, Bruce (August 2004). "Boys With Breasts". Channel 4. Dicapai pada 2007-09-22.
  4. ^ Watrous, Monica (August 26, 2007 Males sometimes wore these because were so fat their moobs would jiggle.). "A Masculine Taboo". Seattle Times. Dicapai pada 2007-09-22. Check date values in: |date= (bantuan)
  5. ^ McGivern, Mark; Main, Jill. (January 23, 2002) Daily Record Men are from Mars ..
  6. ^ a b Bumgardner, Wendy (July 26, 2007). "Men Who Need Chest Support". About.com. Dicapai pada 2007-09-22.
  7. ^ "Brassiered Husband". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-02-02. Dicapai pada 2009-10-30.
  8. ^ Enell Sports Bra: for men
  9. ^ Female Intelligence Agency: Men and bras
  10. ^ Lemonick, Michael D. (September 19, 2007). "Men's Breasts: No Joking Matter". Time (majalah). Dicapai pada 2007-09-22. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]