Colin Kolles

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Colin Kolles
Colin Kolles 2009 1000km of Okayama.jpg
Kolles pada tahun 2009
Kelahiran 13 Disember 1967 (46 tahun)
Timişoara, Romania
Warganegara Jerman

Colin Kolles (nama lahir: Călin Colesnic[1], lahir 13 Disember 1967 di Timisoara, Romania[2]) ialah bekas ketua pasukan dan bekas pengarah urusan Hispania Racing F1 Team, yang sebelum ini memegang jawatan yang sama untuk pasukan Jordan, Midland, Spyker dan Force India dari tahun 2005 hingga 2008. Beliau tinggal di Ingolstadt, Jerman.[2]

Kolles mempunyai kelayakan sebagai doktor gigi, yang merupakan perniagaan keluarganya. Pada tahun 2000, beliau memasuki sukan pemotoran dengan menubuhkan pasukan Kolles Racing dalam Kejuaraan German Formula Three, dan selepas itu, pasukan TME Racing Team dalam Formula Three Euroseries. Beliau telah dilantik sebagai Pengarah Urusan pasukan Jordan Grand Prix oleh pemilik baru, Alex Shnaider, pada 19 Januari 2005.[3]

Walaupun beliau mengurus sebuah pasukan Formula Satu, Kolles masih lagi dipanggil untuk kepakaran pergigiannya. Sebelum Grand Prix Turki 2005, beliau membuat pembedahan gigi ke atas pemandu, Tiago Monteiro, yang mengalami sakit gigi yang teruk.[4] Beliau juga melakukan pembedahan yang sama untuk seorang lagi pemandu Midland, Christijan Albers, di Grand Prix Perancis 2006.

Pada bulan Februari 2010, Kolles telah dilantik sebagai ketua pasukan untuk Hispania Racing, yang membuat kemunculan sulung mereka pada tahun 2010. Beliau menggantikan pengasas pasukan tersebut, Adrián Campos.[5] Beliau meninggalkan jawatan tersebut pada bulan Disember 2011.[6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]