Colubridae

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Colubridae
Julat zaman: Oligosen hingga Kini
Ular tali campuk Kaspia, Coluber caspius
Pengelasan saintifik
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Subfilum: Vertebrata
Kelas: Reptilia
Order: Squamata
Suborder: Serpentes
Famili: Colubridae
Oppel, 1811

Colubridae (dari bahasa Latin coluber, ular) merupakan sebuah famili ular. Dengan 304 genus dan 1,938 spesies, Colubridae merupakan spesies ular terbesar yang merangkumi sekitar dua pertiga daripada semua spesies ular yang ada. Spesies-spesies yang terawal dalam famili ini disusur-galurkan pada epok Oligosen. Spesies-spesies Colubridae ditemui di setiap benua kecuali Antartika.[1]

Keterangan[sunting | sunting sumber]

Biarpun kebanyakan Colubridae tidak berbisa (atau menghasilkan bisa yang tidak diketahui bahayanya kepada manusia) dan rata-rata tidak berbahaya, namun beberapa kumpulan seperti genus Boiga mampu membuat patukan yang perlu dirawat segera, sementara boomslang, ular ranting dan genus Rhabdophis dari Asia turut dilaporkan membunuh manusia.[1][2]

Sesetengah Colubridae disifatkan sebagai opistoglifus, iaitu mempunyai gigi panjang beralur yang terletak di belakang rahang atas. Kegigian opistoglifus muncul sekurang-kurangnya dua kali dalam sejarah ular.[2] Berbeza sekali bagi ahli-ahli Viperidae dan Elapidae yang siungnya terletak di hadapan.[1][2]

Pengelasan[sunting | sunting sumber]

Colubridae bukan sebuah kumpulan semula jadi, kerana kebanyakan ahlinya lebih rapat bersaudara dengan kumpulan lain seperti ahli-ahli Elapidae daripada satu sama lain.[3] Famili ini pada asalnya merupakan takson 'bakul sampah' untuk ular-ular yang tidak sesuai tergolong dalam kumpulan-kumpulan lain.[4] Adalah diharap agar penyelidikan yang berterusan akan mengaturkan hubung kait di dalam kumpulan ini.

Subfamili Boodontinae

Subfamili Calamariinae

Subfamili Colubrinae - hampir 100 genus

Subfamili Dipsadinae

Subfamili Homalopsinae - sekitar 10 genus

Subfamili Natricinae - sekitar 30 genus

  • Xenochrophis


Subfamili Pareatinae - 3 genus

Subfamili Psammophiinae

Subfamili Pseudoxenodontinae

Subfamili Pseudoxyrhophiinae - sekitar 20 genus

Subfamili Xenodermatinae

Subfamili Xenodontinae - sekitar 55-60 genus

incertae sedis

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 1.2 Bauer, Aaron M. (1998). Cogger, H.G. & Zweifel, R.G., pengarang. Encyclopedia of Reptiles and Amphibians. San Diego: Academic Press. ms. 188–195. ISBN 0-12-178560-2. 
  2. 2.0 2.1 2.2 Bruna Azara, C. 1995. Animales venenosos. Vertebrados terrestres venenosos peligrosos para el ser humano en España. Bol. SEA, 11: 32-40
  3. Lawson, R; Slowinski, J.B.; Crother, B.I.; Burbrink, F.T. (2005). "Phylogeny of the Colubroidea (Serpentes): New evidence from mitochondrial and nuclear genes". Molecular Phylogenetics and Evolution 37: 581–601. doi:10.1016/j.ympev.2005.07.016. PMID 16172004. 
  4. Fry, B.G.; Vidal, N.; van der Weerd, L.; Kochva, E.; Renjifo, C. (2009). "Evolution and diversification of the Toxicofera reptile venom system". Journal of Proteomics 72: 127–136. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]