Combined Community Codec Pack

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Combined Community Codec Pack
CCCP logo.png
Keluaran stabil 2012-12-30 / Disember 30 2012 (2012-12-30); 477 hari lepas[1]
Keluaran pratonton 2012-12-20 beta / Disember 20 2012 (2012-12-20); 487 hari lepas[2]
Sistem pengendalian Microsoft Windows
Jenis Kodek video/Kodek audio
Lesen Perisian percuma
Tapak web www.cccp-project.net

Combined Community Codec Pack, lebih lazim dirujuk sebagai CCCP, ialah satu arkib terkumpul bagi kodek (penapis mampatan video) yang dipek untuk Microsoft Windows, direka bentuk asalnya untuk main balik fansub anime.[3] CCCP dibangunkan dan diselenggara oleh ahli-ahli dari pelbagai kumpulan fansub.

Nama tersebut merupakan permainan kata bagi Kesatuan Soviet; iaitu, versi abjad Cyril bagi kependekan nama penuhnya. Sebagai sebahagian daripada permainan kata tersebut, logo projek turut menampilkan lambang tukul dan sabit serta bintang daripada bendera Kesatuan Soviet.

Tujuan[sunting | sunting sumber]

CCCP dicipta untuk memenuhi keperluan berikut:

  • Mengurangkan masalah utama yang disebabkan oleh pek-pek kodek yang berkonflik
  • Menyediakan satu piawaian main balik media video bagi komuniti anime
  • Berupaya untuk memain balik fail-fail dan format media video yang paling lazim
  • Mudah untuk dipasang dan dinyahpasang — walaupun di kalangan pengguna yang tiada pengetahuan teknikal

Pek ini kecil dan padat, mengandungi hanya yang diperlukan bagi kebanyakan video; ia sengaja melumpuhkan sokongan bagi kebanyakan kodek yang dianggap tidak perlu. Dengan itu, ia berpotensi untuk mengelakkan masalah yang berpunca daripada kombinasi penapis yang tidak wajar dengan menyediakan satu penyelesaian main balik serba inklusif. Untuk menonton video yang diperakui CCCP, secara teorinya seseorang mestilah menyahpasang kesemua pek kodek lain dan seterusnya memasang CCCP. Falsafah ini membawa kepada beberapa kelemahan; memandangkan kebanyakan format tidak diupayakan secara lazim, pengguna perlu menetapkannya secara manual jika diperlukan. Tambahan pula, tidak seperti kebanyakan pek pesaing, CCCP direka lebih kepada menyahkod daripada mengekod, maka ia tidak menyertakan kebanyakan pengekod video sebagaimana pek-pek lain.

CCCP dibuat hanya untuk sistem pengendalian Microsoft Windows dan berfungsi dengan Windows XP/Vista/7. Versi terakhir yang menyokong Windows 2000 ialah 2010-10-10; versi terakhir yang menyokong 98/Me ialah 2007-02-22.

Penerimaan[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2006, On2 mula mengesyorkan CCCP sebagai satu penyelesaian penyahkodan mudah untuk menyuap video dan audio kepada aplikasi pengekodan Flix mereka.[4] Kakitangan CCCP mengesyorkan agar tidak menggunakan perisian tampalan pendaftaran On2 yang disertakan, tetapi sekadar menghidupkan atau mematikan kodek yang diperlukan melalui menu tetapan CCCP.[petikan diperlukan] Pada tahun 2009, Majalah C't Jerman mengesyorkan CCCP sebagai satu-satunya pek kodek yang boleh dipercayai hari ini.[5]

Butir-butir teknikal[sunting | sunting sumber]

Kandungan[sunting | sunting sumber]

Nota: Memasang kesemuanya berasingan tidak akan memberikan kesan yang sama seperti memasang CCCP kerana binaan ffdshow (perisian pengekodan video/audio teras) sudah tersuai, begitu juga dengan kesemua tetapan komponen-komponennya.[6]

Format yang disokong[sunting | sunting sumber]

Format terkenal yang tidak disokong secara asli[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]