Context MBA

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Context MBA merupakan penggunaan perisian bersepadu pertama bagi komputer peribadi, memberikan lima fungsi dalam satu atur cara: hamparan kerja, pangkalan data, pelukis carta, pemproses perkataan, dan atur cara komunikasi.[1] Context MBA pertama kali dibebaskan pada tahun 1981 oleh Context Management Systems bagi komputer Apple III,[2] tetapi kemudiannya dialih juga ke pelantar IBM PC.

Oleh kerana atur cara ini ditulis dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan UCSD Pascal, ia mudah dipindahkan ke pelantar berlainan, tetapi ini dilakukan dengan mengabaikan prestasi, sesuatu yang kritikal pada masa ia dibebaskan, disebabkan jumlah ingatan terhad, kuasa pemproses, dan I/O cakera yang ada pada komputer atas meja. Jualan Context MBA dengan pantas diatasi oleh Lotus 1-2-3, pakej perisian bersepadu yang lebih terhad, tetapi ditulis dalam bahasa himpunan, yang menghasilkan prestasi yang jauh lebih baik.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Whatever Happened to Context MBA?". Dvorak Uncensored. Dicapai pada 2007-12-24.
  2. ^ Tracy Robnett Licklider (1989). "Ten Years of Rows and Columns". Byte Magazine. Dicapai pada 2007-12-24.