Cordon bleu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
A Schnitzel Cordon Bleu, as served in Switzerland

Cordon bleu [kor-don blu] ialah sejenis hidangan yang dibuat dengan daging diketuk dinipis (lazimnya daripada daging anak lembu, lembu dewasa mahupun babi), dibalut dengan sekeping prosciutto dan sekeping keju (seperti keju Swiss), disalut serbuk roti dan digoreng atas kuali atau dibakar.[1]

Nama masakan ini datang daripada istilah bahasa Perancis yang bermaksud "reben biru" (cf. blue ribbon)[2] di mana ia merujuk kepada reben pingat darjah tertinggi kurniaan Kerajaan Perancis iaitu L'Ordre des chevaliers du Saint-Esprit, ia kemudiannya dikaitkan sebagai suatu simbol keunggulan dan mutu tinggi dalam seni masakan[3][4] lalu ia diberi sebagai nama rasmi masakan ini.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Asal usul cordon bleu ialah schnitzel yang diisi di dalamnya keju dan berasal dari Switzerland, barangkali sekitar 1940-an, mula-mula sekali muncul dalam buku masakan ialah pada 1949. Rujukan terawal bagi "cordon bleu ayam" ialah dalam The New York Times bertarikh 1967, sementara resepi daging anak lembu pula dijumpai sekurang-kurangnya pada tahun 1955.[5] Istilah Cordon Bleu berasal dari perkataan Perancis yang bermaksud "Reben Biru".[6]

Pengubahsuaian[sunting | sunting sumber]

Terdapat resipi halal cordon bleu yang ada di negara yang banyak penduduk menganut agama Islam di mana daging ayam menjadi bahan pengganti membalut daging lembu atau kambing.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Charles Anderson, Derek Blakemore -Modern food service – Page 51 1991 Cordon Bleu – Sliced ham and gruyere cheese in an escalope of veal
  2. ^ "The Phrase Finder"
  3. ^ Larousse Gastronomique. New York: Clarkson Potter. 2001. m/s. 340.
  4. ^ "The Food Timeline"
  5. ^ "The Food Timeline"
  6. ^ "The Phrase Finder"

Lihat juga[sunting | sunting sumber]