Costa Concordia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Costa Concordia
Sejarah
Nama: Costa Concordia
Pemilik: Carnival Corporation & plc
Pengguna: Costa Cruises
Pendaftaran pelabuhan: Itali Genoa, Itali
Dipesan: 19 Januari 2004
Pembina: Fincantieri Sestri Ponente, Itali
Nombor limbungan: 6122
Dilancarkan: 02 September 2005 (2005-09-02)
Disucikan: 7 Julai 2006[1]
Diperolehi: 30 Jun 2006
Pelayaran sulung: 14 Julai 2006
Dalam perkhidmatan: Julai 2006
Ditarik keluar dari perkhidmatan: 13 Januari 2012
Pengenalan:
Status: Terbalik di lepas pantai Isola del Giglio, Itali
Nota: [2][3]
Ciri-ciri umum
Kelas dan jenis: Kapal persiaran kelas Concordia
Berat (tan): 114,500 GT
Panjang: 290.20 m (952 ka 1 in)
Lunas: 35.50 m (116 ka 6 in)
Draught: 8.50 m (27 ka 11 in)
Draft: 7.8 m (25 ka 7 in)
Dek: 17
Installed power: 6 × enjin diesel Wärtsilä, 75600 kW
Halaju:
  • perkhidmatan: 21.5 knot (39.8 km/j; 24.7 mph)
  • maksimum: 23 knot (43 km/j; 26 mph)
Kapasiti: 3,780 penumpang
Krew: 1,100
Nota: [3][4]

Costa Concordia merupakan sebuah kapal pesiaran kelas Concordia yang dimiliki dan dioperasikan oleh Costa Cruises. Kapal ini dibangun di limbungan kapal Sestri Ponente milik Fincantieri di Itali. Nama Concordia berhasrat untuk melahirkan harapan bagi "harmoni, kesatuan, dan perdamaian yang berlanjutan di antara negara-negara Eropah".[5]

Kapal ini adalah kapal pertama dalam kelas Concordia, bersama kapal sepemunya, Costa Serena, Costa Pacifica, Costa Favolosa, Costa Fascinosa dan Carnival Splendor yang dibangun untuk Carnival Cruise Lines. Costa Concordia mulai berlayar pada Julai 2006 dan merupakan antara kapal terbesar yang dibangun di Itali, dengan tanan kasar seberat 114,500 GT.

Kapal ini mendapat perhatian antarabangsa pada bulan Januari 2012 setelah kandas dan telingkup separa di lepas pantai Isola del Giglio, Itali. Daripada 4,200 orang di atas kapal, sekurang-kurangnya 11 orang maut[6], 42 cedera, dan 15 masih hilang.[7][8][9]

Konsep dan pembangunan[sunting | sunting sumber]

Kapal yang belum dinamakan dipesan pada 19 Januari 2004 oleh Fincantieri dan dibina di bandar Sestri Ponente di Genoa,[2] dengan nombor galangan 6122.[10] Kapal ini dilancarkan di Sestri Ponente pada 2 September 2005,[11] dan pada waktu pembinaannya merupakan kapal pesiar Itali terbesar yang pernah dibangun. Kapal ini ditukar ke Costa pada 30 Jun 2006.[12]

Penjelasan[sunting | sunting sumber]

Costa Concordia memiliki panjang 2,902.0 meter (9,521 ka 0 in), dengan lebar 35.50 meter (116 ka 6 in) dan daya muat 8.20 meter (26 ka 11 in). Kapal ini dilengkapi enam enjin diesel Wärtsilä berkekuatan 75600 kW, yang dapat mendorongnya dengan kecepatan 19.6 knot (36.3 km/j).[10]

Perlengkapan[sunting | sunting sumber]

Costa Concordia memiliki 1.500 kabin; 505 kabin memiliki balkon peribadi dan 55 di antaranya memiliki akses langsung ke Samsara Spa; 58 suite memiliki balkoni peribadi dan 12 di antaranya memiliki akses langsung ke spa. Costa Concordia mempunyai salah satu area fasiliti olahraga tengah laut terbesar di dunia, iaitu Samsara Spa, sebuah pusat spa dua tingkat seluas 6,000 m (20,000 ka) yang dilengkapi gimnasium, kolam thalassoterapi, sauna, pemandian Turki dan solarium.[3] Kapal ini mempunyai empat kolam renang, dua di antaranya dilengkapi penutup mekanik, lima spa, dan kaca tepi kolam di dek kolam.[3] Terdapat lima restoran di dalam kapal, termasuk Club Concordia dan Samsara yang hanya melayani pemesanan makanan. Ada 13 bar, termasuk sebuah bar rokok dan cognac dan bar kopi dan coklat.

Pilihan hiburannya meliputi sebuah teater tiga tingkat, kasino, dan diskotik. Selain itu, terdapat juga kawasan permainan kanak-kanak yang dilengkapi produk-produk PlayStation. Kapal ini mempunyai sebuah tempat permainan simulasi perlumbaan motor Grand Prix dan kafe Internet.[13]

Peristiwa dan kemalangan[sunting | sunting sumber]

2008: Melanggar dermaga[sunting | sunting sumber]

Pada tanggal 22 November 2008, Costa Concordia mengalami kerosakan pada haluannya ketika angin kencang di bandar Palermo, Sicily, menyebabkan kapal ini melanggar dermaga. Tiada mangsa yang terkorban dan kerja-kerja pembaikan kapal sedang dilaksanakan.[13][14]

2012: Terkandas dan tenggelam[sunting | sunting sumber]

Pada 13 Januari 2012, sekitar pukul 21:00 waktu tempatan (UTC+1), Costa Concordia tenggelam di perairan berbatu-batu di Isola del Giglio dan terbalik, sehingga mengakibatkan 11 orang maut dari jumlah 4,229 orang.[15] Pada 15 Januari, sebanyak 17 orang masih dilaporkan hilang. Tiga penumpang diselamatkan dari kapal pada hari itu, 24 jam setelah kemalangan. Mereka adalah dua penumpang Korea Selatan dan satu anak kapal Itali.[16]

Siasatan telah dibuka terhadap kejadian ini. Pakar dari Belanda telah dipanggil untuk menyelamatkan kapal, dengan 2,380 tan bahan api perlu dikeluarkan terlebih dahulu, bagi mengelakkan berlakunya tumpahan minyak.[17].Ini adalah tragedi terburuk maritim Itali sejak berkurun yang lalu dan ianya merupakan peristiwa yang mengejutkan dunia. Dalam tragedi tersebut, 32 penumpang telah terkorban.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Catatan kaki[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Eva Herzigova to be the Godmother of the Costa Concordia". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-01-17. Dicapai pada 2012-01-19.
  2. ^ a b "Costa Crociere Orders A New Ship From Fincantieri With An Investment Of Around 450 Million Euros" (Siaran akhbar). Fincantieri. 19 Januari 2004. Dicapai pada 2 September 2011.
  3. ^ a b c d "Company Profile". Costa Cruises. 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-08. Dicapai pada 2 September 2011. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "Costa" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  4. ^ "Advanced Masterdata for the Vessel Carnival Concordia". VesselTracker. 2011. Dicapai pada 1 September 2011.
  5. ^ "Malta on new liner's itinerary". The Times of Malta. 19 September 2005. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-01-15. Dicapai pada 15 Januari 2012. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  6. ^ Artikel:"Tim SAR Temukan 5 Mayat, Total Korban 'Titanic Itali' Jadi 11 Orang" Detik.com
  7. ^ Artikel:"Kapten kapal Costa Concordia lakukan kesalahan" BBC Indonesia
  8. ^ Nikkhah, Roya (14 Januari 2012). "Cruise disaster: captain arrested as three confirmed dead and 69 passengers still missing". The Daily Telegraph. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-01-14. Dicapai pada 14 Januari 2012. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  9. ^ "40 passengers still unaccounted for" (14 Januari 2012) FOCUS News Agency
  10. ^ a b "M/S COSTA CONCORDIA" (dalam bahasa Swedish). Fakta om Fartyg. Dicapai pada 14 January 2012.CS1 maint: unrecognized language (link)
  11. ^ "Costa Concordia, The Largest Italin Cruise Ship, is Launched in Genoa" (Siaran akhbar). Fincantieri. 2 September 2005. Dicapai pada 2 September 2011.
  12. ^ "Costa Crociere Takes Delivery From Fincantieri Of The New Flagship Costa Concordia" (Siaran akhbar). Fincantieri. 30 June 2006. Dicapai pada 2 September 2011.
  13. ^ a b Associated Press. "3 bodies recovered, many people missing after luxury boat runs aground in Italy". New York Post. Dicapai pada 14 January 2012.
  14. ^ "Cruise liner damaged after leaving Malta". Times of Malta. 23 November 2008. Dicapai pada 12 Januari 2012. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  15. ^ Akwagyiram, Alexis (14 Januari 2012). "Italy cruise ship Costa Concordia: Search for missing". BBC News. Dicapai pada 14 Januari 2012.
  16. ^ "Costa Concordia: Cruise ship survivors found". BBC News Online. Dicapai pada 15 Januari 2012.
  17. ^ Gavin Jones; Antonio Denti (15 Januari 2012). "Two more bodies found on ship, three people rescued". Reuters. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-01-16. Dicapai pada 16 Januari 2012.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Costa Cruises Templat:Kelas Concordia