Counter-Strike: Condition Zero

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Counter-Strike: Condition Zero
CZbox.jpg

Pembangun Valve Corporation
Gearbox Software
Ritual Entertainment
Turtle Rock Studios
Penerbit Valve Corporation
Pengedar Vivendi Universal (runcit)
Steam (talian)
Enjin GoldSrc
Pelantar Microsoft Windows
Tarikh keluaran 23 Mac 2004
Genre Penembak diri-pertama
Mod Pemain-tunggal
Pemain berganda
Penilaian ESRB: Mature (M)
PEGI: 16+
USK: 18
Bahantara CD-ROM (2) muat turun
Keperluan sistem
Windows

Counter-Strike: Condition Zero (CZ atau CS: CZ) merupakan sebuah permainan video berganda dan sebuah siri dari Counter-Strike. Permainan ini telah dikeluarkan pada tahun 2004 dengan menggunakan enjin GoldSrc Half-Life. CS: CZ menampilkan mod pemain berganda, yang mempunyai model watak, tekstur, peta dan lain-lain tweak grafik yang sentiasa terkemaskini. Tidak seperti permainan Counter-Strike yang lain, Condition Zero mengandungi pek misi tunggal dengan pemain bermain sebagai ahli kumpulan anti-pengganas bersama bot. Pemain juga dapat membuka peta dan mendapat rakan sepasukan bot baru yang lebih hebat jika menyelesaikan sesuatu misi bagi setiap peta semasa bermain sebagai ahli kumpulan anti-pengganas. Keperluan bagi menyelesaikan sesuatu misi termasuk seperti "membunuh 3 musuh dengan senjata Bullpup" atau "menang pusingan dalam tempoh 60 saat". Bot Counter-Strike juga merupakan asas penting dalam permainan Condition Zero.

Seperti tahun 2008, permainan ini merupakan salah satu daripada sepuluh permainan yang paling kerap dimainkan, menurut GameSpy.[1] 2.9 juta salinan telah dijual.[2]

Penerimaan
Markah agregat
Pengagregat Markah
GameRankings 66.70%"Counter-Strike: Condition Zero for PC". GameRankings. 23 Mac 2004. Diperolehi pada 20 November 2011. 
Metacritic 65/100"Counter-Strike: Condition Zero for PC Reviews, Ratings, Credits, and More at Metacritic". Metacritic.com. Diperolehi pada 20 November 2011. 

Watak[sunting | sunting sumber]

Kumpulan pengganas[sunting | sunting sumber]

Gambar Nama
PHOENIX CONNEXION
Phoenix Connexion
L337 KREW
L337 Krew
ARCTIC AVENGERS
Arctic Avengers
GUERILLA WARFARE
Guerilla Warfare

Kumpulan anti-pengganas[sunting | sunting sumber]

Gambar Nama
SEAL TEAM 6
Seal Team 6
GSG-9
Gsg-9
SAS
Sas
GIGN
Gign

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "Top Mods For Half Life By Players". GameSpy. Diperolehi pada 9 Julai 2008. 
  2. Chris Remo (3 Disember 2008). "Analysis: Valve's Lifetime Retail Sales For Half-Life, Counter-Strike Franchises". Gamasutra. Diperolehi pada 8 Februari 2013. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]