Coxsackie

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Coxsackievirus
Pengelasan virus
Kumpulan: Group IV ((+)ssRNA)
Keluarga: Picornaviridae
Genus: Enterovirus
Spesies: Enterovirus manusia A, B dan C

Virus Coxsackie adalah sejenis virus yang boleh menjangkit sesiapa sahaja, terutamanya kanak-kanak berumur 2 minggu hingga 5 tahun. Virus ini mudah tersebar di dalam keadaan panas dan kering. Virus ini stabil untuk tempoh masa yang panjang dalam bahan organik yang lembab dan air yang tercemar.Jangkitan virus ini berlaku di kerongkong,anak tekak(tonsil),tangan,kaki dan kawasan lampin bentuk ruam dengan lepuh (blister).

Tanda dan gejala[sunting | sunting sumber]

Penyakit ini menyerupai selsema dengan ruam. Tanda-tanda jangkitan ini ialah :

  • Demam
  • Sakit kerongkong
  • Sakit kepala
  • Hilang selera makan
  • Ulser di tekak dan mulut
  • Ruam dengan lepuh di tangan, kaki, dan lampin

Komplikasi[sunting | sunting sumber]

Seseorang yang dijangkiti virus Coxsackie akan merasai kesakitan selepas 3 hingga 5 hari setelah terdedah kepada kuman ini. Dalam kebanyakan kes, pesakit akan sembuh sepenuhnya dalam masa beberapa hari. Tetapi di kalangan segelintir pesakit, penyakit ini boleh membawa maut setelah keadaan menjadi teruk di mana pesakit menjadi lemah, susah bernafas dan sentiasa kesejukan. Ini adakah komplikasi.

Jangkitan ini mungkin menyebabkan komplikasi seperti sakit otot (miositis), bengkak hati dan inflamasi jantung (myocarditis) yang boleh menyebabkan maut terutamanya di kalangan kanak-kanak.

Bagaimana virus ini merebak?[sunting | sunting sumber]

Cara utama penyebaran virus ini ialah melalui pengambilan makanan dan minuman yang dicemar oleh najis pesakit (fecal-oral route). Pencemaran ini boleh terjadi melalui sentuhan tangan, lalat, lipas atau tikus yang memindahkan virus dari najis kepada makanan dan minuman. Virus ini juga boleh disebarkan melalui titisan udara/lelehan yang dikeluarkan dari mulut atau hidung pesakit apabila mereka batuk, bersin atau bercakap. Jangkitan boleh berlaku jika titisan udara yang mengandungi virus disedut oleh orang lain. Selain daripada itu, virus ini boleh tersebar melalui air liur pesakit dan sentuhan pada lepuh kulit pesakit.

Bagaimana mencegah Coxsackie?[sunting | sunting sumber]

Setakat ini, tiada rawatan khusus untuk merawat jangkitan virus ini. Oleh itu, pencegahan adalah amat penting. Jangkitan ini boleh dicegah dengan cara berikut :

  • Selalu mengamalkan kebersihan diri seperti mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas,sebelum menyediakan makanan, selepas menukar lampin dan selepas mencuci najis kanak- kanak.
  • Menutup mulut dan hidung semasa batuk atau bersin.
  • Mencuci alat mainan kanak-kanak dan permukaan (surface) meja/kerusi/lantai dan sebagainya yang telah dicemari air liur dengan ubat antiseptik.
  • Kanak-kanak yang mempunyai tanda-tanda jangkitan ini harus ditegah dari menghadiri tadika,tabika,sekolah, dan rumah pengasuh dan perlu dibawa ke hospital/klinik dengan segera.
  • Ibu bapa dinasihatkan supaya jangan membawa anak-anak kecil mereka ke tempat awam yang sesak seperti pusat membeli- belah, pawagam, kolam renang, pasar, stesyen bas dan sebagainya.
  • Ibu bapa juga dinasihatkan supaya mandi dan menukarkan pakaian sebaik saja balik dari luar/kerja sebelum bermesra dengan bayi dan anak-anak mereka.
  • Bawa anak-anak ke hospital/klinik berhampiran dengan segera jika terdapat tanda-tanda jangkitan virus Coxsackie.
  • Jaga kebersihan rumah dan persekitarannya untuk mengelak jangkitan virus melalui lalat, lipas dan tikus.