Cristina Suzanne Stockstill

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Cristina Suzanne
Cristina Suzanne sebagai Nina dalam filem CEO (2014).
Kelahiran
Cristina Suzanne Stockstill

(1985-01-22) 22 Januari 1985 (umur 39)
Warganegara
Nama lainKris Cempaka, Crissie
PekerjaanPelakon, model
Tahun aktif2003–kini
PasanganM Faiz Zakaria (k. 2018)

Cristina Suzanne Stockstill (juga dikenali sebagai Cristina atau Crissie; lahir 22 Januari 1985) ialah seorang model dan pelakon wanita Malaysia. Dilahirkan kepada ibu Melayu dan bapa Jerman, Cristina Suzzanne memulakan kerjaya penerbangannya sebagai pramugari di Penerbangan Malaysia dan Qatar Airways, seterusnya memulakan kerjaya lakonannya pada 2006 menerusi filem My Indie Rock Darling. Beliau telah berjaya mendapat pengiktirafan Pelakon Wanita Terbaik Filem menerusi penglibatannya dalam filem KIL bersempena majlis Anugerah Skrin 2013. Selepas memenangi anugerah tersebut, beliau menyertai 19 delegasi Malaysia ke Festival Filem Asia Pasifik ke-56 yang berlangsung di Makau dan The ASEAN International Film Festival And Awards (AIFFA) 2015 .Pada acara Festival Filem Malaysia ke-26, beliau mendapat pengiktirafan Pelakon Harapan Wanita Terbaik.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan pada 22 Januari 1985 di Johor Bahru, Johor dan merupakan berdarah kacukan Melayu (ibu) dan Jerman (bapa). Di awal persekolahanya iaitu Convent Johor Bahru. Namun begitu, di penghujung alam persekolahan beliau berpindah, Methodist Girls' School Kuantan Pahang.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Sejak berusia 18 tahun, beliau mengamalkan sikap berdikari dan hidup bersederhana dengan melakukan pelbagai pekerjaan termasuklah bertugas sebagai penyambut tetamu hotel, pelayan restoran sebelum berkhidmat sebagai seorang pramugari.

Beliau terpilih untuk bekerja sebagai seorang pramugari untuk syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) dan Qatar Airways. Kerjayanya dalam bidang penerbangan ini telah membuka mata dan fikirannya terhadap banyak perkara seperti menghormati semua orang tanpa mengira pangkat atau darjat.

Babak dalam filem KIL.

Beliau memulakan kariernya sewaktu berlakon untuk telefilem Cermin Pada Bulan hasil arahan Erma Fatima. Sewaktu itu, beliau berumur 19 tahun. Beliau memegang watak sebagai Jay untuk telefilem tersebut. Beliau melibatkan diri dalam program Pilih Kasih 2 kerana didorong oleh ibunya sendiri. Beliau menggunakan nama Cristina Suzanne dalam program realiti tersebut. Beberapa tahun kemudian, beliau ditawarkan oleh pengarah, Osman Ali untuk membintangi drama Bicara Hati. Drama ini adalah cetusan daripada novel hasil nukilan Damya Hanna. Untuk memahami watak Zahlia, beliau sendiri membaca novel tersebut untuk mendapatkan personaliti Zahlia.

Di samping itu, beliau telah berlakon dalam satu pementasan teater bersama Beto Kusyairy yang bertajuk Ramlee Festasi. Pementasan ini diadakan di Stor Dewan Bahasa dan Pustaka pada 14 hingga 16 Disember 2012 dan pada tahun 2013 teater itu dipentaskan sekali lagi. Beliau telah banyak belajar daripada penuntut jurusan lakonan untuk menambahkan keyakinan diri serta penghayatan ketika berlakon.

Cristina bersama-sama dengan Aeril Zafrel, Pekin Ibrahim, Riz Amin, Johan As'ari, Siti Saleha dan Dee Dee Nash telah menjayakan filem 7ujuh yang ditayangkan pada 8 November 2018. Yang mana beliau memegang watak sebagai Yasmin.[1]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Crissie mempunyai banyak hobi, lebih gemar menghabiskan masa dirumah dan di Studio melukis miliknya. Sekiranya tidak terikat dengan pengambaran mahupun sesi fotografi. Antara aktiviti yang sering dilakukan adalah mendengar lagu, bermain guitar, melukis, membaca dan bersenam.[2][3][4]

Beliau menamatkan zaman bujangnya dengan lelaki pilihannya, M Faiz Zakaria pada 31 Mac 2018. Cristina berkongsi berita perkahwinnya dengan memuat naik gambar hitam putih bersama suaminya, dengan keterangan gambar ringkas, '310318'. Perkahwinan beliau mengejutkan ramai pihak kerana Cristina tidak pernah berkongsi kisah peribadinya sejak putus tunang dengan seorang ahli perniagaan pada 2013.[5][6][7][8]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
2007 My Indie Rock Darling Hilda Filem pertama
2013 KIL Zara
2014 CEO Nina
Sejoli: Misi Cantas Cinta Penampilan khas
2015 Jwanita Julaika
2017 Rempit Sampai Langit Yati
2018 Surf This Love: Gelora Juara[9] Mia
7ujuh Yasmin
2020 Daulat Nadiya Hassan

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2011 Dia Bukan Maryam TV9
Kasih Najihah Umairah
2012 Bicara Hati Zahlia Astro Prima
Projek Pop The Series Alis 8TV
Memberku Hawa Nora TV3
2014 Baby Ana Milik Siapa? Raihana
2015 Puteri Bukan Nama Sebenar Laila / Puteri
Cinta Nasi Ambeng Hani TV1
Silir Kasih Bella TV2
Oh My English! Class of 2015 Miss Nurul Astro TVIQ
Kifarah Mistik TV3
2016 Cinta 100kg Siti Syuhada
Suami Tanpa Cinta Aleesya Astro Ria
2018 Nafas Fazilah ntv7
2021 Dear Cinta Nabila TV3
Budak Intern Hanna TV9
Mr. Millennium Mastora / Qistina
2023 That Cover Girl Malikha Prime Video

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2006 Cermin Pada Bulan Jay TV3
2012 Sentuhan Isabella Munirah TV2
Kopi dan Dia Liyana TV9
2014 Nostalgila Kid Astro First
Mr. Istikharah Mastura TV3
2015 Pelangi Kita TV AlHijrah
Ally Akashah Kamila TV9
2016 Choral Speaking Shima TV3
Chalie Chalie Astro Citra
2017 Segalanya Dia Nurain TV1

Teater[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak
2012 Ramlee Festasi Iman Yusof

Filem web[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak
2014 Khalilah Khalilah
2015 Road To Ramlee Deanna
Finding SANDRA Sandra
Suku Laila

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Lagu Artis Komposer OST
2014 "Istiqarah Cinta" Cristina Suzanne dan Amyra Rosli Aidil AF3 Mr. Istikharah
"Denganmu" Cristina Suzanne dan Farouk Farouk Roman dan Amylea Baby Ana Milik Siapa

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Catatan Keputusan
2011 Pilih Kasih Tempat keempat
2013 Best On-Screen Chemistry Award Beliau telah menerima pencalonan ini bersama Redza Minhat hasil daripada peranan mereka berdua sebagai pelakon utama dalam filem KIL. Anugerah ini dicalonkan oleh pihak Shout! Awards 2013.[10] Tercalon
Hot Chick Award Anugerah ini diterimanya buat pertama kali pada acara Shout! Awards 2013 tetapi tewas kepada lima pesaing yang lain.[10] Tercalon
Pelakon Wanita Terbaik Filem Beliau berjaya mengalahkan empat pesaing yang lain dalam kategori yang sama. Beliau telah menerima penganugerahan ini melalui Anugerah Skrin 2013 yang berlangsung pada 29 November 2013 di Stadium Malawati, Shah Alam. Menang
2014 Pelakon Harapan Wanita Terbaik Beliau menerima anugerah ini melalui acara Festival Filem Malaysia ke-26 yang berlangsung di Auditorium Tunku Puan Chik, Seremban.[11] Menang
2016 Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Festival Filem Malaysia ke-28) Jwanita Tercalon
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Filem) (Anugerah Skrin 2016) Tercalon

Catatan[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Dennis Chua (2 November 2018). #Showbiz: Seven deadly sinners New Straits Times. Dicapai pada 11 November 2018.
  2. ^ Feride Hikmet Atak (16 Oktober 2013). "Cristina Suzanne Kahwin 22 Januari 2014". The Star. Dicapai pada 27 November 2013.
  3. ^ Roni Hidayat Ridwan (17 Oktober 2013). "Jodoh Facebook Cristina Suzanne". Kosmo!. Dicapai pada 27 November 2013.
  4. ^ Amirah Amaly Syafaat (12 Januari 2014). "Drama cinta Cristina Suzanne". Mingguan Malaysia. m/s. 2–3. Dicapai pada 12 Januari 2014.
  5. ^ Feride Hikmet Atak (1 April 2018). "Cristina Suzanne selamat bernikah". Berita Harian. Dicapai pada 12 Julai 2018. Cite has empty unknown parameter: |1= (bantuan)
  6. ^ "Cristina Suzanne sudah nikah?". Sinar Harian. 1 April 2018. Dicapai pada 12 Julai 2018. Cite has empty unknown parameter: |1= (bantuan)
  7. ^ Dennis Chua (1 April 2018). "#Showbiz: Actress Cristina Suzanne Stockstill weds". New Straits Times. Dicapai pada 12 Julai 2018. Cite has empty unknown parameter: |1= (bantuan)
  8. ^ Nurfarhana Mohamed (1 April 2018). "Cristina Suzanne kini bergelar isteri". Utusan Malaysia. Dicapai pada 12 Julai 2018. Cite has empty unknown parameter: |1= (bantuan)
  9. ^ Surf This Love filem peluncur pertama Malaysia -Hiburan- SinarHarian
  10. ^ a b Mohd Al Qayum Azizi (19 Oktober 2013). "Shout Awards 2013: Johan & Zizan Ungguli Empat Pencalonan". The Star. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-12-03. Dicapai pada 30 November 2013.
  11. ^ Kemalia Othman (4 November 2014). "Usah Pandang Rendah Bakat Cristina Suzanne". The Star. Dicapai pada 2 Disember 2014.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]