Croatia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Republika Hrvatska
Republik Croatia
Flag of Croatia.svg Coat of arms of Croatia.svg
Bendera Jata
Lagu kebangsaan: "Lijepa naša domovino"
"Tanah indah kita"
LocationCroatia.svg
Ibu negara
(Demografi Croatia|dan bandar terbesar)
Zagreb
Bahasa rasmi Croatia
Kerajaan
 –Presiden
 –Perdana Menteri
Republik
Ivo Josipović
Zoran Milanović
Kemerdekaan
 – Dari PRS Yugoslavia
 – Dari Beraja Habsburg
 –Kerajaan Medieval
 –Duke Medieval
 – Diasaskan


25 Jun, 1991
29 Oktober, 1918
1838
4 Mac, 852
abad ke-7 (separuh pertama)
Kawasan
 – Jumlah

 – Air (%)

 56,542 km² (ke-126)
21,831 b psg
 0.01
Populasi
 – anggaran Julai 2005
 – banci 2001
 – Kepadatan
 

 4,551,000 (ke-115)
 4,437,460
81/km² (ke-109)
 210/b psg
GDP (PPP)
 – Jumlah
 – Per kapita
anggaran 2006
$59,334 billion (ke-71)
$14,285 (ke-52)
HDI (2006) 0.846 (tinggi) (ke-44)
Matawang Kuna (kn) (HRK)
Zon waktu
 – Musim panas (DST)
CET (UTC+1)
CEST (UTC+2)
Kod panggilan
TLD Internet
+385
.hr

Croatia (bahasa Croatia: Hrvatska), secara rasmi dipanggil Republik Croatia (bahasa Croatia: Republika Hrvatska), ialah sebuah negara Eropah yang terletak di persimpangan Mediterranean, Eropah Tengah, dan Balkan. Ibu negaranya Zagreb. Croatia berkongsi sempadan daratan dengan Slovenia dan Hungary di utara, Serbia di timur, Bosnia dan Herzegovina dan Montenegro di selatan, serta sempadan laut dengan Itali di barat. Ia adalah calon untuk NATO.

Stjepan Mesić merupakan Presiden Republik Croatia pada tahun 2002 . Beliau pernah datang ke Malaysia selaku ketua negara Croatia pada 18 Februari 2002.

Malaysia antara negara terawal yang mengiktiraf Croatia selepas ia mengisytiharkan kemerdekaan daripada bekas Yugoslavia pada 1991.

Kerjasama ekonomi , kebudayaan dan sukan antara Malaysia dan Crotia dapat dipertingkatkan.Bidang yang boleh diberi tumpuan ialah pertanian, industri farmaseutikal, sektor pemprosesan dan beberapa industri lain. Setakat ini tidak ada isu politik yang tertangguh antara Malaysia dan Croatia.

Malaysia dan Croatia menandatangani perjanjian mengelakkan cukai dua kali di Kuala Lumpur.

Croatia merupakan sebuah negara yang muda tetapi mempunyai banyak sejarah dan berminat untuk mencontohi kejayaan Malaysia terutama dalam bidang ekonomi dan kestabilan politik.Malaysia sentiasa menjadi contoh kepada Croatia mengenai bagaimana untuk mencapai kejayaan.

Perjanjian Dayton atas tajaan Amerika Syarikat telah ditandatangani pada 21 Nov 1995 bagi menyelesaikan masalah negara Yugoslavia yang retak selepas regim USSR dan Jerman Timur runtuh pada tahun 1989. Sistem komunis / sosialis tidak lagi mendapat tempat di kalangan negara-negara Blok Komunis.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Sejarah Croatia

Puak Croatia datang ke provinsi-provinsi Rom di Dalmatia dan Pannonia pada abad ke-7 dan akhirnya diserap ke dalam kaum Illyria-Rom asli yang lebih besar dan puak Slav yang baru tiba. Diperintah oleh berbagai-bagai raja Croatia, duchy-duchy ini sekali-sekala dikuasai oleh Empayar Byzantin dan Empayar Frank. Akhirnya, Croatia menjadi sebuah kemaharajaan yang merdeka pada tahun 925 Masihi, apabila Raja Tomislav dimahkotai sebagai raja Croatia yang pertama melalui sebuah dekri Paus.

Croatia mengekalkan kemerdekaannya sehingga tahun 1102 apabila selepas pergelutan dalaman berdekad-dekad, negara itu menyertai penyatuan dinasti dengan Kemaharajaan Hungary di bawah nama "Tanah-tanah Kerajaan Silara St. Stephen". Kenegaraan Croatia dikekalkan melalui sebilangan institusi, khususnya Sabor yang merupakan perhimpunan golongan bangsawan Croatia, dan ban atau wazurai. Tambahan pula, orang-orang bangsawan Croatia mengekalkan tanah-tanah dan gelaran-gelaran mereka.

Menjelang pertengahan dekad 1400-an, kemaharajaan Hungary dilemahkan oleh peluasan Empayar Otoman ketika kebanyakan kawasan gunung-ganang yang kini dikenali sebagai Bosnia dan Herzegovina jatuh kepada tentera Turki. Pada waktu yang sama, hampir kesemua Dalmatia menjadi kepunyaan Venice. Dubrovnik merupakan sebuah negara kota yang pada mulanya dikuasai oleh Empayar Byzantin dan Venice tetapi kemudian, berbeza dengan negara-negara kota Dalmatia yang lain, mencapai kemerdekaan sebagai Republik Ragusa, walaupun ia sering di bawah kedaulatan kuasa-kuasa berjiran.

Perang Mohács pada tahun 1526 menyebabkan Parlimen Croatia memilih keluarga kerabat Habsburg untuk naik takhta Croatia. Pemerintahan Habsburg akhirnya menghalang peluasan Otoman dan menjelang abad ke-18, banyak wilayah Croatia yang dahulu dikuasai oleh Empayar Otoman dipindahkan ke bawah kuasa Austria. Bentuk sabit tanah-tanah Croatia dikekalkan sebagai tanda sempadan untuk kemaraan Otoman ke dalam Eropah. Di selatan, Istria, Dalmatia, dan Dubrovnik dipindahkan kepada Pemerintahan beraja Habsburg antara tahun 1797 dan tahun 1815.

Ndh 1941.png

Selepas Perang Dunia I, Croatia menyertai Negara Orang-orang Slovenia, Croatia dan Serbia. Tidak lama kemudian, negara bersama ini bersatu dengan Serbia untuk membentuk Kemaharajaan Serbia, Croatia, dan Slovenia, yang akhirnya menjadi Kemaharajaan Yugoslavia pada tahun 1929. Selepas Jerman dan sekutu-sekutu Paksinya menyerang Yugoslavia pada April 1941, pihak Nazi membenarkan Ustaše, pertubuhan sayap kanan terlampau yang disokong dan dianjur oleh penyokong-penyokong fasisme Itali, untuk mengasaskan "Negara Merdeka Croatia". Rejim baru ini amat bergantung kepada sokongan Jerman untuk kewujudannya. Banyak kem tumpuan telah diasaskan di Croatia antara tahun 1941 dan tahun 1945, apabila banyak orang Serbia, Yahudi, Gipsi, penyokong anti-fasisme Croatia, dan orang-orang lain dibunuh atas alasan-alasan ras, agama, atau politik. Apabila kuasa-kuasa Paksi ditewaskan di Croatia oleh para penyokong anti-fasisme, Majlis Anti-Fasisme Negara untuk Pembebasan Rakyat Croatia (ZAVNOH) mengisytiharkan Republik Rakyat Croatia yang menjadi salah satu daripada enam republik sosialis di dalam persekutuan Yugoslavia.

Bersama-sama dengan Slovenia, Croatia mengisytiharkan kemerdekaan daripada Yugoslavia pada 25 Jun 1991 dan dengan itu, mencetuskan Perang Kemerdekaan Croatia. Penduduk-penduduk Serbia yang tinggal di Croatia memberontak dan disokong oleh angkatan-angkatan tentera Yugoslavia dan kumpulan-kumpulan pelampau separa tentera dari Serbia. Bulan-bulan yang menyusul melihat pertempuran antara Tentera Croatia yang baru ditubuhkan dengan angkatan tentera Yugoslavia/Serbia bersama. Selepas peringkat perang ini, kemerdekaan Croatia diakui secara antarabangsa. Semasa perang, penduduk-penduduk Serbia Croatia mengisytiharkan negara sendiri di kawasan-kawasan yang mereka merupakan etnik majoriti, baik secara mutlak atau relatif. Mereka menggelar negara mereka sebagai "Republik Krajina Serbia". Bagaimanapun, negara itu tidak menerima pengakuan antarabangsa dan tidak kekal lama. Perang itu akhir pada tahun 1995, selepas tentera darat Croatia berjaya melancarkan dua operasi ketenteraan yang utama untuk mengambil alih kawasan-kawasan yang diduduki. Perang itu mengakibatkan beratus-ratus ribu pelarian daripada kedua-dua pihak, dan beribu-ribu orang dibunuh, baik dalam perang mahupun oleh penghapusan bangsa.

Ketika kematian Franjo Tuđman, presiden Croatia moden yang pertama, pada Disember 1999, negara ini berada di dalam keadaan yang sangat teruk. Kesatuan Demokratik Croatia (HDZ) hilang kuasanya selepas pilihan raya presiden dan parlimen pada permulaan tahun 2000 yang membawa ahli-ahli politik era baru yang berjanji untuk membaharui politik dan ekonomi serta mengintegrasikan Croatia ke dalam aliran utama Eropah. Kerajaan campuran tengah-kiri diketuai oleh Parti Demokratik Sosial (SDP) sehingga November 2003, apabila HDZ yang dibaharui membentuk kerajaan minoriti. Presiden Stjepan Mesić yang berasal daripada Parti Rakyat Croatia-Demokrat Liberal (HNS) dua kali dipilih pada tahun 2000 dan 2005. Perlembagaan telah diubah untuk memindahkan kuasa daripada presiden kepada parlimen. Croatia menyertai Pertubuhan Perdagangan Dunia dan membuka ekonominya supaya dapat mengembangkannya sementara mengawal inflasi. Croatia menyertai rancangan Perkongsian untuk Keamanan di bawah NATO dan menjadi calon rasmi untuk keahlian dalam perikatan itu. Menjelang awal tahun 2003, Croatia telah mencapai kemajuan yang mencukupi untuk memohon keahlian Kesatuan Eropah dan menjadi negara calon Kesatuan Eropah yang kedua daripada bekas Yugoslavia (selepas Slovenia yang menyertai Kesatuan Eropah pada 1 Mei 2004). Perundingan-perunding penerimaan dibuka pada 3 Oktober 2005, dan negara ini dijangka akan menjadi sebuah negara ahli Kesatuan Eropah pada tahun 2009 atau 2010.

Demografi[sunting | sunting sumber]

Croatia mempunyai penduduk sebanyak 4,493,312 (anggaran Julai 2007) [1]

Kumpulan-Kumpulan Etnik di Croatia[sunting | sunting sumber]

Berikut adalah etnik-etnik di Croatia:-

<

Etnik Jumlah Etnik
Albania 15,000
Amerika 200
Austria 300
Bosnia 21,000
British 900
Bulgaria 300
Croat 4,026,008
Czech 11,000
Friulia 11,000
Greek 500
Hungary 17,000
Gipsi Balkan 4,600
Gipsi Sinte 8,100
Gipsi Vlach 92,000
Istro-Romania 600
Itali 8,800
Jerman 3,000
Macedonia 3,600
Montenegro 5,100
Perancis 80
Poland 600
Romania 500
Rusia 900
Ruthenia 2,400
Serb 265,105
Slovak 5,000
Slovenia 14,000
Turki 300
Ukraine 2,000
Yahudi 500

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Bahasa-Bahasa di Croatia[sunting | sunting sumber]

Berikut adalah bahasa-bahasa yang digunakan di Croatia:-

Bahasa Jumlah Penutur
Bahasa Albania 15,000
Bahasa Croatia 4,318,073
Bahasa Inggeris 1,200
Bahasa Jerman 3,300
Bahasa Serbia 212,600

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Agama-Agama di Croatia[sunting | sunting sumber]

Berikut adalah agama-agama utama di Croatia:-

Agama Jumlah Penganut
Gereja Roman Katolik 3,945,128 (2001) [6]
Gereja Ortodoks Serbia 197,706 (2001) [7]
Islam 58,413 (2001) [8]
Tiada Agama 233,652 (2001) [9]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Templat:Hr icon Agičić et al., Povijest i zemljopis Hrvatske, priručnik za hrvatske manjinske škole (Sejarah dan Geografi Croatia, sebuah buku panduan untuk sekolah-sekolah minoriti Croatia), Biblioteka Geographica Croatica, 292 halaman, Zagreb:2000 (ISBN 953-6235-40-4)

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. CIA Factbook
  2. CIA Factbook
  3. Joshua Project
  4. CIA Factbook
  5. Joshua Project
  6. CIA Factbook
  7. CIA Factbook
  8. CIA Factbook
  9. CIA Factbook

Pautan luar[sunting | sunting sumber]