Cryogen

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kalau sebut nama Icesoul, hanya kawan-kawannya di pergh.com sahaja yang mengenalinya. Mohd Faisal Nordin, adalah seorang jurutera muda dan mempunyai minat yang amat mendalam dalam komik dan kartun Malaysia. Beliau mula mengasah bakatnya dalam kedua bidang ini ketika berada di universiti dan karya-karya dimuatkan dalam forum-forum pelukis PERGH.com dan Alwancomics.com

Beliau mendapat kepercayaan penulis novel remaja Sahabat Kole Kacang dan PTS One sebagai ilustrator. Dan sehingga kini Sahabat Kole Kacang dan Sahabat Kole Kacang 2 merupakan novel remaja yang laris jualannya. Mohd Faisal kini sedang mengusahakan komiK SKK. Cryogen pula adalah zine peribadi beliau dan sudah 4 keluaran yang berjaya dihasilkannya.