Crystal Palace F.C.

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Crystal Palace
Nama penuhCrystal Palace Football Club
GelaranEagles
Nama pendekCPFC
Diasaskan10 September 1905; 118 tahun yang lalu (1905-09-10)
StadiumSelhurst Park
(Kapasiti: 26,255[1])
PemilikJeremy Hosking (25%)
Martin Long (25%)
Steve Parish (25%)
Stephen Browett (25%)
Pengerusi bersamaSteve Parish
Joshua Harris
David S. Blitzer
PengurusRoy Hodgson
LigaLiga Perdana Inggeris
2018–19Liga Perdana, ke-12
Tapak sesawangLaman kelab
Warna tuan rumah
Warna tempat lawan
Warna ketiga
Musim semasa

Crystal Palace Football Club ialah sebuah kelab bola sepak profesional England yang berpangkalan di Norwood Selatan, London. Mereka sekarang ini bermain dalam peringkat tertinggi bola sepak Inggeris iaitu Liga Perdana Inggeris. Kelab ini ditubuhkan pada tahun 1905 di tapak bangunan pertunjukan Crystal Palace oleh pemilik stadium perlawanan akhir Piala FA, yang mahukan pasukan mereka sendiri bermain di venua bersejarah itu.

Palace menjadi ahli pengasas Liga Perdana pada tahun 1992 tetapi tersingkir daripada liga pada musim yang sama walaupun mengumpul 49 mata. Kelab itu kemudiannya meraih promosi kembali ke Liga Perdana tiga kali pada tahun 1994, 1997 dan 2004 tetapi setiap kali tersingkir daripada liga pada akhir musim berikutnya. Kelab itu kembali ke Liga Perdana selepas kemenangan 1–0 ke atas Watford dalam play-off Football League pada bulan Mei 2013 dan sejak itu berjaya mengekalkan tempat mereka di liga utama.

Crystal Palace pada awalnya bermain perlawanan mereka di The Crystal Palace, tetapi Perang Dunia Pertama memaksa mereka untuk berpindah dan mereka beraksi beberapa musim di Herne Hill Velodrome dan The Nest. Sejak tahun 1924, Palace bermain perlawanan mereka di Selhurst Park. Warna tuan rumah mereka adalah jalur merah dan biru.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Seawal tahun 1861, ia dipercayai bahawa pekerja di bangunan pertunjukan terkenal itu membentuk pasukan awal Crystal Palace sebagai sebuah kelab amatur. Mereka menjadi ahli pengasas Football Association dan beraksi dalam Piala FA pertama dan layak ke separuh akhir sebelum disingkirkan Royal Engineers. Pasukan itu hilang daripada rekod sejarah selepas kekalahan 3–0 kepada Wanderers dalam pusingan kedua Piala FA 1875–76, walaupun rekod pada tahun 1883 menunjukkan pasukan yang dikenali sebagai Crystal Palace Rovers,[2] yang dianggap diangotai beberapa pemain yang muncul dalam perlawanan-perlawanan Piala FA dahulu. Hubungan antara Crystal Palace dan Piala FA bersambung pada tahun 1895, apabila FA menetapkan tempat baru untuk perlawanan akhir di The Crystal Palace.

Kelab bola sepak baru itu, asalnya digelar sebagai "The Glaziers" ditubuhkan pada 10 September 1905 dibawah bimbingan penolong setiausaha Aston Villa, Edmund Goodman.[3] Kelab itu memohon untuk memasuki Football League tetapi gagal. Kelab itu sebaliknya memasuki Divisyen Kedua Southern League untuk musim 1905–06. Kelab itu mencapai kejayaan dalam musim sulung mereka dan naik ke Divisyen Pertama selepas dinobatkan sebagai juara.[3] Dalam musim pertama mereka, Crystal Palace juga bermain dalam mid-week United Counties League berada di tempat kedua di belakang Watford dan ia adalah dalam pertandingan ini dimana mereka bermain perlawanan pertama mereka iaitu ketika kemenangan 3–0 ke atas New Brompton.[3][4]

Palace kekal di dalam Southern League sehingga tahun 1914. Selepas Perang Dunia I meletus, kelab itu terpaksa berpindah ke stadium West Norwood F.C., Herne Hill.[3] Tiga tahun kemudian, kelab itu berpindah ke The Nest selepas Croydon Common F.C. dibubarkan. Kelab itu menyertai Divisyen ketiga Football League pada musim 1920–21, berjaya muncul juara dan meraih promosi ke Divisyen Kedua. Semasa tempoh ini, Palace juga memenangi Piala Cabaran London tiga kali pada tahun 1913, 1914 dan 1921. Palace berpindah ke Selhurst Park pada tahun 1924 dan bermain di situ sehingga ke hari ini.[3][5]

Perlawanan pembukaan di Selhurst Park adalah menentang Sheffield Wednesday, Palace kalah 0–1 dihadapan 25,000 penonton. Menduduki tempat ke-21 musim itu, kelab itu disingkirkan ke Divisyen Ketiga Selatan. Sebelum Perang Dunia Kedua, Palace melakukan usaha yang baik untuk mendapat promosi, tidak pernah menduduki diluar bahagian teratas liga dan menduduki tempat kedua tiga kali. Mereka kurang berjaya selepas perang dengan kedudukan tertinggi mereka adalah di tempat ketujuh, dan sebaliknya dalam tiga masa kelab itu terpaksa memohon untuk dilantik semula. Kelab itu kekal dalam Divisyen Tiga Selatan sehingga musim 1957–58. Penyusunan semula liga akan menyaksikan kelab di separuh bahagian bawah liga bergabung dengan separuh bahagian bawah Divisyen Tiga Utara untuk membentuk Divisyen Keempat. Palace menduduki tempat ke-14 . Dengan Arthur Rowe dilantik sebagai pengurus, musim 1960–61 menyaksikan Palace mendapat promis. Palace juga mencapai keunggulan pada tahun 1962 apabila mereka bermain menentang Real Madrid dalam perlawanan persahabatan. Ini merupakan kali pertama kelab gergasi Sepanyol itu bermain di London. Walaupun Rowe meletak jawatan kerana masalah kesihatan menjelang akhir tahun 1962, promosi itu membuktikan titik perubahan dalam sejarah kelab itu. Dick Graham dan kemudiannya Bert Head membimbing kelab itu untuk promosi berturut-turut pada musim 1963–64 dan 1968–69 membawa kelab itu ke Divisyen Kedua dan Divisyen Utama.[6]

Palace kekal dalam liga utama dari tahun 1969 sehingga 1973 tetapi kemudiannya mengalami kekecewaan besar. Di bawah pengurusan Malcolm Allison, kelab itu disingkiran untuk musim berturut-turut dan kembali ke Divisyen Tiga pada musim 1974–75. Ia adalah ketika di bawah Allison kelab itu mendapat gelaran "The Eagles" dan kemudiannya layak ke separuh akhir Piala FA 1975-76 mengalahkan Leeds dan Chelsea. Allison dipecat pada akhir musim 1975–76, dan dibawah pengurusan Terry Venables, Palace mendapat promosi pada musim 1976–77 dan sekali lagi pada musim 1978–79 yang kemudiannya sebagai juara Divisyen Dua. Pasukan dari tahun 1979 itu telah digelar "Pasukan daripada Eighties". Mereka disingkirkan daripada Divisyen Pertama pada musim 1980–81. Steve Coppell tiba sebagai pengurus pada 4 Jun 1984 dan dibawah bimbingannya mereka meraih promosi melalui play-off kembali ke Divisyen Pertam pada musim 1988–89. Kelab itu layak ke perlawanan akhir Piala FA 1990, seri 3–3 dengan Manchester United dalam perlawanan pertama tetapi tewas dalam perlawanan ulangan 1–0. Pada musim 1990–91, mereka menduduki tempat ketiga liga dan kembali ke Wembley untuk memenangi Full Members Cup. Mereka mengalahkan Everton 4–1 selepas masa tambahan dalam perlawanan akhir.[3] Palace menduduki tempat kesepuluh membenarkan mereka untuk menjadi ahli pengasas Liga Perdana Inggeris pada musim 1992–93.[7]

Photograph of a stand adjacent to a road.
The Holmesdale Road stand di Selhurst Park, dibina pada tahun 1994–95.

Pada musim berikutnya, Palace bergelut untuk menjaringkan gol sepanjang musim. Kelab itu diturunkan liga dengan mengutip 49 mata. Steve Coppell meletak jawatan Alan Smith, pembantunya di kelab itu mengambil alih. Musim pertamanya menyaksikan kelab itu memenangi kejuaraan Divisyen Pertama dan meraih promosi ke Liga Perdana.[8] Pada musim berikutnya, Alan Smith membimbing kelab itu ke separuh akhir Piala FA dan Piala Liga tetapi Palace sekali lagi tersingkir liga.[9]

Smith meninggalkan kelab itu dan Steve Coppell kembali sebagai pengarah teknikal pada musim panas tahun 1995 dan melalui gabungan latihan pasukan utama daripada Ray Lewington dan kemudiannya Dave Bassett, Palace layak ke perlawanan play-off. Palace kalah dalam perlawanan akhir kepada Leicester City 2–1. Musim berikutnya menyaksikan Coppell mengambil alih sebagai pengurus apabila Dave Bassett menyertai Nottingham Forest pad awal tahun 1997[10] Kelab itu mencapai kejayaan dalam perlawanan play-off dengan mengalahkan Sheffield United dalam perlawanan akhir di Wembley.[11]

Tempoh dalam Liga Perdana ini seperti yang lepas, mereka diturunkan kembali ke Divisyen Pertama untuk musim 1998–99. Steve Coppell meninggalkan kelab dan digantikan oleh Alan Smith buat kali kedua. Mereka tersingkir liga pada musim 2000–01. Smith dipecat pada bulan April dan Steve Kember berjaya memenangi dua baki perlawanan untuk kekal dalam liga. Steve Bruce dilantik sebagai pengurus untuk musim 2001-02.[12] Bruce cuba meninggalkan kelab itu hanya selepas empat bulan untuk menyertai Birmingham City.[13][14] Bruce kemudiannya dibenarkan untuk menyertai join Birmingham City,[15] dan digantikan oleh Trevor Francis.[16]

Di bawah Francis, Palace menduduki pertengahan liga untuk dua musim berturut-turut. Francis meninggalkan kelab itu[17] dan digantikan oleh Steve Kember.[18] Kember dipecat pada bulan November selepas penurunan prestasi yang menyaksikan pasukan itu terjatuh ke arah zon penyingkiran.[19] Iain Dowie dilantik sebagai pengurus dan membimbing kelab itu ke perlawanan play-off dan mengesahkan promosi selepas kemenangan 1–0 ke atas West Ham. Sekali lagi, Palace gagal kekal di liga teratas dan tersingkir selepas seri dengan Charlton Athletic.

Neil Warnock meninggalkan kelab itu pada awal tahun 2010 selepas memgambil alih sebagai pengurus pada tahun 2007 menggantikan Peter Taylor. Paul Hart mengambil alih sebagai pengurus sementara. Konsortium baru kemudiannya melantik George Burley sebagai pengurus the Eagles.[20] Pada 1 Januari 2011, selepas kekalahan 3–0 kepada Millwall, Burley dipecat dan pembantunya Dougie Freedman dinamakan sebagai pengurus sementara. Freedman dilantik sebagai pengurus tetap pada 11 Januari 2011,[21]. Kelab itu terselamat daripada penyingkiran dengan hanya satu perlawanan tinggal dalam musim. Freedman menyertai Bolton pada 23 Oktober 2012,[22] dan pada bulan November 2012 Ian Holloway menjadi pengurus. Dia membawa Palace ke Liga Perdana Inggeris selepas 8 tahundengan mengalahkan Watford F.C. 1–0 dalam perlawanan akhir play-off Championship di Wembley.[23] Pada 23 Oktober 2013, Holloway meninggalkan jawatannya sebagai pengurus dengan persetujuan bersama.[24] Ini datang selepas mereka hanya mampu mencatat satu kemenangan daripada sembilan perlawanan pertama liga pada musim 2013/14. Pembantu pengurus, Keith Millen dinamakan sebagai pengurus sementara ketika Palace mencari pengurus baru. Pada 23 November 2013, Tony Pulis disahkan sebagai pengurus baru Crystal Palace.[25] Pulis meletak jawatan pada 14 Ogos 2014, dua hari sebelum bermula musim 2014–2015 dan digantikan oleh Neil Warnock. Walau bagaimanapun, Warnock dipecat oleh kelab pada Hari Krismas selepas beberapa keputusan teruk. Pada 2 Januari 2015, Alan Pardew disahkan sebagai pengurus baru menandatangani perjanjian tiga tahun setengah bersama kelab itu.[26] Pardew membimbing kelab itu ke pertengahan liga dan musim ketiga berturut-turut dalam Liga Perdana.

Pemain[sunting | sunting sumber]

Skuad utama[sunting | sunting sumber]

Sehingga 18 Ogos 2021 [27]

Nota: Bendera menunjukkan pasukan kebangsaan seperti yang ditakrifkan di bawah peraturan kelayakan FIFA. Pemain boleh memegang lebih daripada satu kewarganegaraan bukan FIFA.

No. Pos. Negara Pemain
1 GK England Jack Butland
2 DF England Joel Ward
3 DF England Tyrick Mitchell
4 MF Serbia Luka Milivojević (kapten)
5 DF England James Tomkins
6 DF England Marc Guéhi
7 MF Perancis Michael Olise
8 DF Senegal Cheikhou Kouyaté
9 FW Ghana Jordan Ayew
10 MF England Eberechi Eze
11 FW Côte d'Ivoire Wilfried Zaha
13 GK Sepanyol Vicente Guaita
14 FW Perancis Jean-Philippe Mateta (dipinjam dari Mainz 05)
15 MF Ghana Jeffrey Schlupp
No. Pos. Negara Pemain
16 DF Denmark Joachim Andersen
17 DF England Nathaniel Clyne
18 MF Scotland James McArthur (naib kapten)
20 FW Belgium Christian Benteke
23 MF England Conor Gallagher (dipinjam dari Chelsea)
34 DF England Martin Kelly
36 DF England Nathan Ferguson
40 MF Scotland Scott Banks
43 DF England Reece Hannam
44 MF Belanda Jaïro Riedewald
46 FW England Robert Street
49 MF England Jesurun Rak-Sakyi
GK England Remi Matthews

Keluar secara pinjaman[sunting | sunting sumber]

Nota: Bendera menunjukkan pasukan kebangsaan seperti yang ditakrifkan di bawah peraturan kelayakan FIFA. Pemain boleh memegang lebih daripada satu kewarganegaraan bukan FIFA.

No. Pos. Negara Pemain
MF Wales Sion Spence (di Bristol Rovers sehingga akhir musim 2021-22)
MF Amerika Syarikat Jacob Montes (di Waasland-Beveren sehingga akhir musim 2021-22)

Staf kelab[sunting | sunting sumber]

Jawatan Nama
Pengerusi Bersama Steve Parish
Pengerusi Bersama Stephen Browett
Ketua Eksekutif Phil Alexander
Pengurus Alan Pardew
Pembantu Pengurus Keith Millen
Jurulatih Pasukan Utama N/A
Jurulatih Penjaga Gol N/A
Jurulatih Kecergasan Scott Guyett

Kejayaan[sunting | sunting sumber]

Liga[sunting | sunting sumber]

  • Divisyen Pertama
    • Tempat ketiga :1990–91
  • Divisyen Kedua/Divisyen Pertama/Championship
    • Juara (2): 1978–79, 1993–94
    • Naib juara (1): 1968–69
    • Pemenag Play Off (4): 1988–89, 1996–97, 2003–04, 2012–13
    • Naib juara (1): 1995–96
  • Divisyen Ketiga
    • Juara (1): 1920–21
    • Naib juara (1): 1963–64
  • Divisyen Ketiga Selatan
    • Naib juara (3):1928–29, 1930–31, 1938–39
  • Divisyen Keempat
    • Naib juara (1): 1960–61
  • South Regional League
    • Juara (1): 1940–41
  • South 'D' Wartime League
    • Juara (1): 1939–40]
  • Southern Football League Division One
    • Naib juara (1): 1913–14
  • Southern Football League Division Two
    • Juara (1): 1905–06

Piala[sunting | sunting sumber]

Wanita Crystal Palace[sunting | sunting sumber]

Wanita Crystal Palace ialah kelab bola sepak wanita Crystal Palace, ditubuhkan pada tahun 1992. Crystal Palace LFC beraksi dalam Liga Kombinasi Tenggara Wanita, divisyen ketiga bola sepak wanita.[28] They play their home games at the Crystal Palace National Sports Centre, Crystal Palace, London.[28]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Premier League Handbook Season 2013/14" (PDF). Premier League. Dicapai pada 17 August 2013.
  2. ^ McSteen, Neil (2009). Crystal Palace Miscellany: Eagles Trivia, History, Facts and Figures. Pitch Publishing (Brighton). m/s. 132. ISBN 9781905411559.
  3. ^ a b c d e f History, CPFC, dicapai pada 14 October 2013
  4. ^ King, p. 10
  5. ^ King, pp. 15–19
  6. ^ King, pp. 19–20, 32–7
  7. ^ King, p. 39–48
  8. ^ King, p. 48
  9. ^ King, p. 50
  10. ^ "Bassett quits Palace and joins Forest". The Nation. Bangkok: Nation Multimedia Group. Reuters. 1 March 1997. Dicapai pada 1 August 2012.
  11. ^ King, pp. 51–2
  12. ^ Rookwood, Dan (31 May 2001). "Bruce confirmed as Palace manager". The Guardian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-06-03. Dicapai pada 31 May 2013.
  13. ^ Fifield, Dominic (3 November 2001). "Palace farce as Bruce awaits escape to Blues". The Guardian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-06-03. Dicapai pada 31 May 2013.
  14. ^ Stewart, Colin. "Bruce Left in Limbo as Palace Turn Down Resignation." The Scotsman: 3. 3 November 2001. ProQuest. Web. 31 May 2013. on 3 June 2013.
  15. ^ "Bruce finally joins the Blues". The Guardian. 12 December 2001. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-06-03. Dicapai pada 31 May 2013.
  16. ^ Rookwood, Dan (30 November 2001). "Palace name Francis as manager". The Guardian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-06-03. Dicapai pada 31 May 2013.
  17. ^ Fifield, Dominic (19 April 2003). "Francis sacked for failing to decorate Jordan's Palace". The Guardian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-06-03. Dicapai pada 31 May 2013.
  18. ^ Bright, Richard. "Palace Turn to Kember as Manager." The Daily Telegraph: 05. 24 May 2003. ProQuest. Web. 31 May 2013
  19. ^ Ley, John (4 November 2003). "Kember sacked by Palace". The Telegraph. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-06-03. Dicapai pada 31 May 2013.
  20. ^ "Crystal Palace appoint George Burley as new boss". BBC Sport. 17 June 2010.
  21. ^ "Crystal Palace appoint Dougie Freedman as their new manager". The Guardian. London. 11 January 2011. Dicapai pada 1 August 2012.
  22. ^ "Dougie Freedman confirmed as Bolton boss by Crystal Palace". BBC Sport. British Broadcasting Corporation. 23 October 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-11-08. Dicapai pada 8 November 2012.
  23. ^ "Holloway enters his new Palace". FFO. Dicapai pada 4 November 2012. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  24. ^ [1]
  25. ^ [2]
  26. ^ Burt, Jason (3 January 2015). "Alan Pardew confirmed as Crystal Palace manager after Newcastle receive £3.5m compensation". The Telegraph. Dicapai pada 3 January 2015.
  27. ^ "First-Team Squad". Crystal Palace Football Club.
  28. ^ a b "Crystal Palace Ladies FC". Dicapai pada 27 June 2013.
Bibliografi
Petikan

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Crystal Palace F.C. Templat:Musim Crystal Palace F.C.