Cyberjaya
Cyberjaya merupakan tulang belakang Koridor Raya Multimedia (MSC) di Malaysia. Bandar yang dibangunkan daripada ladang kelapa sawit ini mempunyai keluasan 2,890 hektar dan terletak di daerah Sepang, Selangor. Cyberjaya berada kira-kira 50 km di selatan Kuala Lumpur, iaitu bersebelahan dengan Putrajaya. Bandar ini diasaskan sebagai bandar pintar mengikut konsep Lembah Silikon di Amerika Syarikat.
Upacara perasmian Cyberjaya telah diadakan pada bulan Mei 1997 oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad.Setia Haruman Sdn Bhd merupakan pemaju utama Cyberjaya.Cyberjaya merupakan hasil buah fikiran Tun Dr Mahathir.
Isi kandungan |
Ekonomi [sunting]
Cyberjaya merupakan satu daripada bandar siber MSC Malaysia yang diharap dapat memacu negara Malaysia ke arah ekonomi berasaskan pengetahuan. Antara syarikat multinasional yang beroperasi di Cyberjaya adalah BMW, HSBC, DHL, Shell, Nokia, Ericsson dan Motorola.
Pendidikan [sunting]
Cyberjaya menempatkan beberapa institusi pendidikan, antaranya:
- Universiti Multimedia
- Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing
- Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya
- Sekolah Seri Puteri yang merupakan sekolah berasrama penuh elit perempuan
Kritikan [sunting]
Walaupun bermula dengan konsep yang baik, kritik mengatakan bandar Cyberjaya tidak banyak berubah sejak ia mula dibuka pada tahun 1997. Visi asal Cyberjaya untuk menjadi bandar pintar yang moden dan unik dikatakan gagal kerana bandarnya yang masih kelihatan kosong tanpa perancangan yang baik, kereta yang diletakkan bersepah-sepah dan penguatkuasaan yang lemah.[1]
Tun Dr Mahathir menggesa agar memberikan status Penduduk Tetap kepada pekerja asing yang layak selain mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi mereka.Orang asing digalakkan tinggal di sini dalam satu persekitaran yang diwujudkan untuk mereka. Antaranya mewujudkan kelab, tempat untuk beristirehat, kawasan sukan , lebih banyak rumah dan berjalan kaki sahaja ke pejabat.[2]
Nota kaki [sunting]
- ↑ Cyberjaya no longer a dream city., The Star Online, 8 Oktober 2008
- ↑ Pembangunan Cyberjaya Tidak Memuaskan, Mahathir
Pautan luar [sunting]
- Kelebihan Cyberjaya Part1
- Kelebihan Cyberjaya Part2
- Setia Haruman, Pemaju Cyberjaya
- Kemudahan di Cyberjaya
- Peta-peta Cyberjaya
- Peta Cyberjaya oleh MDeC