Cyberjaya.tv

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Slogan"Menyiarkan Cyberjaya" ("Broadcasting Cyberjaya")

Cyberjaya.TV merupakan satu saluran televisyen di Malaysia yang dapat ditonton menerusi internet. Siaran sulung Cyberjaya.TV bermula pada 9 pagi pada 22 September 2003 melalui rancangan bual bicara secara langsung bertajuk Power Breakfast yang dikendalikan oleh Suhaimi Sulaiman dan Tengku Elida Bustamam.

CyberjayaTV pada awal penubuhannya dikendalikan oleh Inventure Quest Sdn Bhd (IQ) yang bertapak di Cyberjaya, Malaysia dan diterajui oleh En Noor Azman Yusof sebagai Pengarah Eksekutif. Studio CyberjayaTV yang dilengkapi dengan peralatan terkini juga terletak di Cyberjaya.

Di antara barisan pengacara yang terbabit dalam penerbitan siaran CyberjayaTv adalah seperti Yusmal Ghazali (Online with YG), Adrea Abdullah (CTV Music), Tasha (Lunch Break with Tasha), Azharin Khamis (My School is Better) serta Suhaimi Sulaiman dan Tengku Elida Bustamam Power Breakfast.

Setelah beroperasi lebih kurang selama 18 bulan, IQ telah menghentikan keseluruhan operasi dan menutup studio di Cyberjaya pada tahun 2005 berikutan perubahan pihak pengurusan.

Berikut adalah salah satu sedutan dari program (Online with YG) yang dikendalikan oleh pengacara Yusmal Ghazali. Online with YG

Pautan luar[sunting | sunting sumber]