Cyrus I

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Cyrus I (Parsi Purba Kuruš) atau Cyrus (II), adalah seorang Raja Anshan di Parsi bermula pada sekitar 600 sehingga 580 SM atau mengikut yang lain, bermula sekitar tahun 652 sehingga 600 SM. Beliau tidak harus dikelirukan dengan cucu lelaki beliau Cyrus Agung, juga dikenali dengan Cyrus II. Nama moden beliau di dalam Parsi adalah کوروش, sementara di Greek beliau dikenali sebagai Κῦρος, Kȳros.

Cyrus adalah anggota awal dinasti Achaemenid. Jelasnya beliau adalah cucu kepada pengasas Achaemenes dan anak lelaki kepada Teispes, raja Anshan. Anak lelaki Teispes dilaporkan telah membahagikan kerajaan sesama mereka setelah kematian beliau. Cyrus memerintah sebagai raja Anshan sementara abang beliau Ariaramnes adalah raja Parsa.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • A. Shapur Shahbazi: Cyrus I. In: Encyclopædia Iranica, vol. 6, p. 516 (contains only a part of the above-mentioned information).
Cyrus I
Tarikh lahir:  ?? Tarikh kemangkatan: 580
Didahului oleh
Teispes
Raja Anshan
640–580
Diikuti oleh:
Cambyses I