DVB-T

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Senarai piawaian penyiaran televisyen digital
DVB (Eropah)
DVB-S (satelit)
DVB-T (terestrial)
DVB-C (kabel)
DVB-H (mudah alih)
ATSC (Amerika Utara)
ATSC (terestrial/kabel)
ATSC-M/H (mudah alih)
ISDB (Jepun/Brazil)
ISDB-S (satelit)
ISDB-T (terestrial)
ISDB-C (kabel)
SBTVD/ISDB-Tb (Brazil)
Piawaian penyiaran video digital China
DMB-T/H (terestrial/handheld)
ADTB-T (terestrial)
CMMB (mudah alih)
DMB-T (terestrial)
DMB (Korea, mudah alih)
T-DMB (terestrial)
S-DMB (satelit)
MediaFLO
Kodek
Video
Audio
Jalur frekuensi
VHF
UHF
SHF

DVB-T ialah singkatan bagi Penyiaran Video Digital - Terestrial (Digital Video Broadcasting - Terrestrial) dan inilah piawaian konsortium Eropah DVB untuk pemancaran siaran televisyen terestrial digital. Sistem ini memancarkan sejenis strim audio/video digital yang mampat menggunakan modulasi OFDM dengan pengekodan saluran berangkaian (iaitu COFDM). Kaedah-kaedah pengekodan sumber yang diamalkan ialah MPEG-2 dan, baru-baru ini, H.264.

Huraian teknikal pemancar DVB-T[sunting | sunting sumber]

Skema sistem pemancaran DVB-T

Dengan merujuk pada gambarajah, berikut ialah huraian ringkas mengenai blok-blok pemprosesan isyarat.

  • Pengekodan sumber dan multipleksan MPEG-2 (MUX): video mampar, audio mampat, dan strim-strim data dimultiplekskan menjadi PS (Strim Program). Satu atau lebih PS dirapatkan menjadi MPEG-2 TS (Strim Pengangkutan MPEG-2); inilah strim digital asas yang dipancarkan dan diterima oleh Set Top Boxes (STB) di rumah. Kadar bit yang dibenarkan untuk data yang diangkut bergantung pada sebilangan parameter pengekodan dan modulasi: dari lebih kurang 5 hingga lebih kurang 32 Mbit/s (lihat gambarajah bawah untuk senarai penuh).
  • Pemisah: dua TS berbeza boleh dipancarkan pada satu masa yang sama, menggunakan teknik yang bergelar Pemancaran Berhierarki. Ini boleh digunakan untuk memancarkan, misalnya, satu isyarat SDTV (definisi biasa) dan satu isyarat HDTV (definisi tinggi) pada gelombang pembawa yang sama. Biasanya, isyarat SDTV lebih kaur berbanding isyarat HDTV. Pada penerimanya, tertakluk pada mutu isyarat yang diterima, STB mungkin dapat menyahkodkan strim HDTV atau, jika isyarat tidak cukup kuat, STB boleh beralih ke isyarat SDTV (begini, semua penerima yang cukup dekat dengan tapak pemancar boleh menerima isyarat HDTV, manakala yang lain, yang paling jauh pun, masih boleh menerima dan menyahkodkan isyarat SDTV).
  • Pengekod luaran: satu tahap pertama pembetulan ralat dikenakan pada data yang dipancarkan, menggunakan satu kod blok bukan binari, iaitu satu kod RS (204, 188) Reed-Solomon, membolehkan pembetulan sehingga maksimum 8 bait yang silap untuk setiap bingkisan 188 bait.
  • Pengekod dalaman: satu tahap kedua pembetulan ralat diberi oleh satu kod lingkaran bocor yang sering dipanggil dalam menu STB sebagai FEC (pembetulan ralat ke hadapan, forward error correction). Terdapat lima kadar pengekodan yang sah, iaitu: 1/2, 2/3, 3/4, 5/6, dan 7/8.
  • Pengantara lembar dalaman: urutan data disusun semula lagi, bertujuan mengurangkan pengaruh ralat ledakan (burst error). Kali ini, satu teknik pengantaralembaran blok diamalkan, dengan satu skema penetapan rambang palsu (sebenarnya ini dilakukan oleh dua proses pengantaralembaran berasingan, satu mengendali bit dan satu lagi mengendali kumpulan bit).
  • Pemeta: urutan bit digital dipetakan pada urutan simbol-simbol kompleks yang dimodulasi jalur asas. Terdapat tiga skema modulasi yang sah, iaitu: QPSK, 16-QAM, 64-QAM.
  • Penyesuaian bingkai: simbol-simbol kompleks itu dikumpulkan kepada blok-blok kepanjangan malar (1512, 3024, atau 6048 simbol seblok). Satu bingkai dijana, 68 blok panjangnya, dan satu superframe terdiri daripada 4 bingkai.
  • Isyarat pemandu dan TPS: untuk meringkaskan penerimaan isyarat yang dipancarkan melalui saluran radio terestrial, isyarat-isyarat tambahan dimasukkan dalam setiap blok. Isyarat pemandu digunakan ketika fasa penyelarasan dan penyamaan, sementara isyarat TPS (Pengisyaratan Parameter Pemancaran, Transmission Parameters Signalling) menghantar parameter-parameter isyarat yang dipancar dan untuk mengenal pasti sel pemancaran dengan tegas. Adalah diingatkan bahawa penerima mesti boleh menyelaraskan, menyamakan, dan menyahkodkan isyarat untuk mencapai maklumat yang dibawa oleh pemandu-pemandu TPS. Maka, penerima mesti tahu akan maklumat ini terlebih dahulu, dan data TPS hanya digunakan dalam kes-kes tertentu, seperti perubahan dalam parameter, penyelarasan semula, dsb.
Spektrum isyarat DVB-T dalam mod 8k.
  • Pemodulan OFDM: urutan blok-blok diubah mengikut teknik OFDM, menggunakan 2048, 4096, atau 8192 pembawa (masing-masing bermod 2k, 4k, 8k). Peningkatan bilangan pembawa tidak mengubah kadar bit muatan yang malar.
  • Pemasukan jeda kawalan: untuk mengurangkan kerumitan perumitan, setiap blok OFDM dilanjutkan, menyalin di hadapan hujung sendiri (awalan berkitar). Lebar jeda sebegini bolehlah 1/32, 1/16, 1/8, atau 1/4 daripada kepanjangan asal blok itu. Awalan berkitar diperlukan untuk mengendali rangkaian frekuensi tunggal, di mana mungkin adanya gangguan yang tidak boleh dihapuskan yang datang dari beberapa tapak yang memancarkan program yang sama pada frekeunsi pembawa yang sama.
  • DAC dan bahagian depan: isyarat digital diubah menjadi isyarat analog, dengan penukar digital ke analog (digital-to-analogue converter, DAC), kemudiannya dimodulasi menjadi frekuensi radio (VHF, UHF) oleh bahagian depan RF. Lebar jalur yang diduduki itu direka untuk menampung setiap isyarat DVB-T tunggal ke dalam saluran-saluran seluas 5, 6, 7, atau 8 MHz. Kadar sample jalur asas yang diberi pada input DAC bergantung pada lebar jalur saluran: iaitu f_s = \frac{8}{7} B sampel per saat, di mana B ialah lebar jalur saluran dalam Hz.
Kadar-kadar bit yang sedia ada (Mbit/s) untuk sistem DVB-T dalam saluran-saluran 8 MHz
Pemodulatan Kadar pengekodan Jeda kawalan
1/4 1/8 1/16 1/32
QPSK 1/2 4.976 5.529 5.855 6.032
2/3 6.635 7.373 7.806 8.043
3/4 7.465 8.294 8.782 9.048
5/6 8.294 9.216 9.758 10.053
7/8 8.709 9.676 10.246 10.556
16-QAM 1/2 9.953 11.059 11.709 12.064
2/3 13.271 14.745 15.612 16.086
3/4 14.929 16.588 17.564 18.096
5/6 16.588 18.431 19.516 20.107
7/8 17.418 19.353 20.491 21.112
64-QAM 1/2 14.929 16.588 17.564 18.096
2/3 19.906 22.118 23.419 24.128
3/4 22.394 24.882 26.346 27.144
5/6 24.882 27.647 29.273 30.160
7/8 26.126 29.029 30.737 31.668

Huraian teknikal penerima[sunting | sunting sumber]

STB penerima mengamalkan teknik-teknik yang berpasangan dengan yang digunakan dalam pemancaran.

  • Bahagian depan dan ADC: isyarat RF analog ditukar pada jalur asas dan diubah menjadi isyarat digital, menggunakan penukar analog ke digital (analog-to-digital converter, ADC).
  • Penyelarasan masa dan frekeunsi: isyarat jalur asas digital digelintar untuk mengenal pasti permulaaan bingkai-bingkai dan blok-blok. Masalah-masalah yang boleh jadi pada frekuensi komponen-komponen isyarat itu turut dibetulkan. Ciri-ciri yang terletaknya juga di permulaan jeda kawalan di hujung simbol itu digunakan untuk mencari permulaan simbol OFDM yang baru. Pemandu-pemandu berterusan pula (yang nilai dan kedudukannya ditentukan dalam piawaian dan maka itu dikenali penerima) menentukan imbangan frekuensi yang dialami isyarat. Imbangan frekuensi ini mungkin disebabkan kesan Doppler, ketidaktepatan sama ada dalam jam pemancar atau penerima, dan sebagainya.
  • Pelupusan jeda kawalan: awalan kitaran ditanggalkan
  • Pengenyahmodulan OFDM
  • Penyamaan frekuensi: isyarat-isyarat pemandu menyamakan isyarat yang diterima
  • Penyahpetaan
  • Penyahantaralembaran dalaman
  • Penyahkodan dalaman: menggunakan algoritma Viterbi.
  • Penyahantaralembaran luaran
  • Penyahkodan luaran
  • Penyesuaian MUX
  • Penyahmultipleksan MPEG-2 dan penyahkodan sumber

Negara-negara dan wilayah-wilayah yang menggunakan DVB-T [1][sunting | sunting sumber]

DVB-T2[sunting | sunting sumber]

Pada buan Jun 2006, sekumpulan kajian yang bernama TM-T2 (Modul Teknikal pada DVB-T Generasi Akan Datang) diasaskan oleh Kumpulan DVB Group untuk memajukan sebuah skema modulasi lebih maju yang boleh diamalkan oleh satu piawaian televisyen terestrial digital generasi kedua, iaitu DVB-T2.[2]

Menurut keperluan komersial dan keperluan teknologi[3] yang dikeluarkan pada April 2007, fasa pertama DVB-T2 akan diuntukkan untuk memberikan penerimaan optimum untuk penerima-penerima pegun (tidak bergerak) dan mudah alih (iaitu, unit-unit yang boleh dibawa ke mana sahaja, tetapi tidak mudah alih sepenuhnya) menggunakan antena sedia ada, manakala fasa kedua dan ketiga akan mengkaji kaedah-kaedah untuk menyampaikan muatan lebih tinggi (dengan antena baru) dan isu penerimaan mudah alih. Sistem baru ini dijangka memberikan sekurang-kurangnya lebih 30% muatan dalam keadaan saluran serupa yang sudah digunakan untuk DVB-T.

Teknologi-teknologi berkenaan dijangka merangkumi:

Usaha menyediakan spesifikasi DVB-T2 djangka siap dan diserahkan ke ETSI untuk pempiawaian pada tahun 2008. Rangka piawaian pertama dijangka keluar pada awal tahun 2008. Pemasaran pula dijangka bermula pada tahun 2009.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]