D J Dave

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
D J Dave
Irwan Shah Abdullah
Latar belakang
Nama lahir Dhammi Jagjit Sukhdev
Juga dikenali sebagai Irwan Shah Abdullah
Kelahiran 14 Februari 1943 (71 tahun)
Berasal dari Malaysia Malaysia
Pekerjaan Penyanyi

Datuk Irwan Shah Abdullah[1] atau lebih dikenali sebagai DJ Dave (Dhammi Jagjit Sukhdev) merupakan salah seorang penyanyi Malaysia yang terkenal.

Datuk D J Dave pernah bertugas di Pejabat Pos Malaysia,[2] dan mendapat gelaran Datuk sempena kelahiran T.Y.T. Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Ahmadshah Abdullah yang ke-59, tahun 2005.

Dilahirkan Pada 14 Februari 1943.

Karier Dave mula menjulang dalam arena seni suara menerusi lagu irama Hindustan seperti Maafkanlah, Ku Tak ingin Menangis Lagi dan Harum Bunga Kembang apabila dia mula menjadi artis rakaman Life Rekod pada tahun 1972.

Pada tahun 1973, Irwan Shah telah menyertai EMI untuk merakam album Ingin Bersua, sebelum membuka syarikat sendiri Dave Enterprise untuk mengeluarkan rakaman terbaru lagu-lagu irama Hindustan tidak lama lagi.[3]

Dia menjawat jawatan pengetua program realiti Audition dan juga Timbalan Pengerusi Eksekutif Articulate. Dia juga merupakan artis pertama Malaysia yang melancarkan album Hindi berjudul Mar Gaye Oye di India, Disember 2005.

Beliau pernah berduet dengan penyanyi wanita antaranya Sarena Hashim, Datuk Sharifah Aini dan Uji Rashid. Terbaru beliau berduet dengan Dayang Nurfaizah dalam lagu Segalanya yang pernah dinyanyikan bersama Liza Aziz pada konsert Journey Through Song. Konsert mega terakhir D.J Dave itu diadakan bersempena meraikan 40 tahun pembabitannya dalam arena nyanyian. Ia bakal berlangsung pada 1 hingga 3 Jun 2012 di Panggung Sari, Istana Budaya. Konsert ini turut dijayakan oleh Uji Rashid dan Marsha, selain komposer S. Atan sebagai pengarah muzik. Konsert anjuran Shahdave Entertainment itu mendapat sokongan penaja seperti Celcom, Sogo, Hotel Concorde, AirAsia dan Hard Rock Cafe.

DJ Dave bersama 51 peserta selain sukarelawan, pakar perubatan dan petugas media telah mengikuti misi melawat pelarian masyarakat Rohingya, selaku Presiden Yayasan Artis 1Malaysia pada tahun 2012.[4]

Album[sunting | sunting sumber]

  1. Koleksi D J Dave (Kompilasi)
  2. Memori Hit II: Untuk PeminatKu - DJ Dave
  3. Album Timeless
  4. DJ Dave 1975-1988 vol 1 & 2
  5. Kenangan Manis vol. 2
  6. Kenangan Manis vol. 1
  7. DJ Dave Live - Tomorrowland 2013

Lagu[sunting | sunting sumber]

  1. Ingin Bersua
  2. Maafkanlah
  3. Rintihan Rasa
  4. Di Desa Kasihku Tertumpah
  5. Teman Setia
  6. Mengapa Aku
  7. Masa Merubah Segalanya.
  8. Hanya Mimpi
  9. Nora
  10. Cinta Abadi
  11. Cantik Molek Hai Buah Hatiku
  12. Engkau Bayangan Hidupku
  13. Mari Berdansa
  14. Anak Siapa di Jalanan
  15. Teman Setia
  16. This Is What It Feels Like (DJ Dave Remix)

Lagu Raya[sunting | sunting sumber]

  1. Menjelang Hari Raya (Original Mix)
  2. Suara Takbir
  3. Senandung Hari Raya - Bersama Gaya Zakry dan Rosemaria

Pautan luar[sunting | sunting sumber]