Dadah rogol janji temu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Undang-undang jenayah
Sebahagian daripada siri common law
Unsur-unsur jenayah
Actus reus  · Penyebaban  · Persetujuan
Mens rea  · Niat (jenayah)
Niat dlm undang² Inggeris  · Kesemberonoan
Kebutaan sengaja  · Kecuaian jenayah
Ignorantia juris non excusat
Liabiliti vikarius  · Liabiliti korporat
Liabiliti ketat
Kelas jenayah
Feloni/Kesalahan boleh dakwa  · Hibrid
Misdemeanur/Kesalahan perbicaraan terus
Pelanggaran
Kesalahan terangkum yang lebih ringan
Jenayah terhadap orang
Serangan  · Serangan sentuh  · Rompakan
Penculikan  · Rogol
Kacau-bilau  · Pematian orang  · Pembunuhan
Jenayah terhadap harta
Kecurian  · Larseni  · Jenayah kebakaran
Penggelapan  · Dakwaan palsu
Pemerasan  · Pemalsuan  · Jenayah komputer
Jenayah terhadap keadilan
Halangan terhadap keadilan  · Sogokan
Sumpah bohong  · Kegagalan pelaporan feloni
Jenayah inkoat
Pendorongan  · Cubaan
Konspirasi  · Peserta
Subset
Prosedur jenayah
Kategori:Pembelaan jenayah
Bidang common law yang lain
Undang-undang: Kontrak · Tort  · Harta
Wasiat dan amanah  · Bukti

Dadah rogol janji temu ("date rape drug") atau juga dikenali sebagai dadah pemangsa, merujuk pada sebarang dadah yang boleh digunakan bagi melakukan serangan seksual bantuan dadah "(drug facilitated sexual assault - DFSA)".

Jenis serangan seksual bantuan dadah adalah di mana mangsa menelan dadah secara sukarela bagi tujuan rekreasi, akau diberikan secara senyap-senyap:[1] ia adalah perkara yang kedua jenis serangan di mana istilah "Dadah rogol janji temu" pali kerap dirujuk. Dadah rogol janji temusering kali memiliki kesan sedatif, memukau, terpisah, dan/atau kesan amneasima amnesiac kesan, dan boleh ditambah kepada makanan atau minuman tanpa pengetahuan mangsa.Date rape drugs often have sedative, hypnotic, terpisah, dan/atau amnesia anterograd (hilang ingatan mengundur"), dan boleh ditambah pada makanan atau minuman tanpa pengetahuan mangsa.

Overview and history[sunting | sunting sumber]

Serangan seksual ke atas orang yang berada di bawah pengaruh alkohol atau dadah bukanlah sesuatu perkara yang baru, dan serangan seksual ke atas orang yang mengambil alkohol atau dadah secara sukarela adalah perkara biasa. Ia juga bukan perkara baru untuk tidak baru untuk memasukkan sesuatu ke dalam minuman seseorang itu untuk melumpuhkan mereka. Walau bagaimanapun, ia hanya sehingga pertengahan tahun 1990-an bahawa agen penguatkuasaan undang-undang mula melihat corak wanita yang diberikan dadah secara bersembunyi untuk tujuan merogol, terutamanya melalui penggunaan ubat-ubatan melumpuhkan yang tidak berbau, tiada rasa yang menyebabkan amnesia anterograd (hilang ingatan mengundur").[2]

Biasanya, mangsa telah mengambil minuman beralkohol dalam suasana yang tidak mengancam secara sosial atau persekitaran pertemuan dengan orang lain yang melakukan perkara yang sama. Apabila dia sedar, beberapa jam kemudian, dia sering di lokasi yang berbeza, terdapat tanda-tanda yang dia telah diserang secara seksual (seperti pakaian kusut masai, kehadiran air mani, atau kesakitan pada bahagian faraj atau dubur), dia turut merasakan kesan-selepas penggunaan bahan seperti sembab atau kekeliruan, dan dia hanya ingat sedikit atau langsung terlupa apa yang telah berlaku kepada dirinya.[3][4]

Kekerapan berlaku[sunting | sunting sumber]

Tidak terdapat cara bagi mengetahui berapa kerap serangan seksual bantuan dadah berlaku, kerana ramai mangsa tidak melaporkan serangan ke atas mereka kerana ia mustahil bagi membuktikan bahawa mangsa rogol diberikan dadah, samaada kerana dia tidak pernah diuji baginya, dia diuji bagi jenis yang salah atau ujian diberikan selepas dadah telah terurai dalam badan dan keluar dari tubuhnya. Satu kajian ke atas 1,179 spesimen air kencing dari yang disyak mangsa serangan seksual bantuan dadah di 49 negeri Amerika Syarikat mendapati enam (0.5%) positif bagi Rohypnol, 97 (8%) positif bagi benzodiazepines yang lain, 451 (38%) positif bagi alkohol dan 468 (40%) negatif bagi sebarang dadah yang dicari. Kajian yang sama ke atas 2,003 contoh air kencing yang disyaki mangsa serangan seksual bantuan dadah mendapati kurang dari 2% diuji positif bagi Rohypnol atau GHB.[5] Kajian tiga tahun di UK mendapati dua peratus dari 1,014 mangsa rogol memiliki ukesan ubat penenang dalam air kencing mereka 12 jam selepas serangan.[6][7] A 2009 Australian study found that of 97 instances of patients admitted to hospital believing their drinks might have been spiked, tests were able to detect drugs in none.[8]

Jenis[sunting | sunting sumber]

Tiga jenis dadah yang paling biasa digunakan bagi serangan seksual bantuan dadah adalah alkohol[9][10] dan dua ubat bantuan tidur dos-preskripsi. Dua ubat preskripsi adalah GHB, juga dikenali sebagai asid gamma-hydroxybutyric, dan benzodiazepine (seperti flunitrazepam, juga dikenali sebagai Rohypnol atau "roofies").

Isu perundangan[sunting | sunting sumber]

Dikebanyakan tempat di dunia, samaada dadah digunakan tidak berkait dengan isu samaada sesuatu kejadian tertentu merupakan rogol. Istilah perundangan bagi rogol di negara seperti Amerika Syarikat turut merangkumi ketiadaan kebenaran apabila mangsa tidak mampu mengatakan "tidak" pada hubungan kelamin, samaada kesan adalah disebabkan diberi dadahm atau meminum alkohol.[11]

Bagaimanapun seringkali adalah sukar bagi mangsa untuk datang kehadapan dan bagi pendakwaraya untuk membawa kes keperbicaraan. Bagi mangsa adalah amat sukar untuk mereka mengetahui samaada mereka bersetuju atau tidak atau diberi dadah secara sengaja atau secara sukarela. Bagi pendakwaraya terdapat kesukaran membuktikan niat atau ketiadaan kerelaan sekiranya rogol atau serangan berlaku tanpa saksi (terutama di rumah persendirian) dan di mana kedua pihak mengambil dadah atau alkohol disebabkan kedua-duanya tidak mampu memberikan kebenaran secara perundangan. Tuduhan jarang dibawa ke mahkamah kecuali terdapat bukti bebas bagi pengambilan dadah secara paksa atau aktiviti seksual secara paksaan.

Keseluruhan konsep rogol dadah dipenuhi masalaah perundangan, dan terdapat kemungkinan tinggi berlakunya salah bawa keadilan. Perogol boleh dibebaskan kerana mangsa dilihat sebagai tidak boleh diharap atau kerana mangsa minum terlalu banyak atau mengambil dadah secara sukarela. Pada mangsa yang sama, tuduhan rogol atau serangan seksual secara teori boleh dikenakan kepada sesiapa yang mengadakan hubungan seksual ketika berada dibawah pengaruh alkohol atau dadah.

Sekiranya dadah atau serangan boleh dibuktikan, penggunaan dadah kemungkinannya meningkatkan tahap serius kes. Sebagai contoh, di Indiana, Amerika Syarikat kesalah ini meningkatkan tahap kes dari kesalahan Kelas B pada Kelas A apabila pelaku memberi dadah pada mangsa atau mengetahui bahawa minuman mangsa ditambah dadah.[12]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Lyman, Michael D. (2006). Practical drug enforcement (ed. 3rd ed.). Boca Raton, Fla.: CRC. m/s. 70. ISBN 0849398088. |edition= has extra text (bantuan)
  2. ^ Drug-facilitated sexual assault: a forensic handbook. San Diego, Calif. [u.a.]: Acad. Press. 2001. m/s. 21. ISBN 0124402615. |first= missing |last= (bantuan)CS1 maint: extra text: authors list (link)
  3. ^ Pyrek, Kelly (2006). Forensic nursing. Boca Raton: Taylor & Francis. m/s. 173. ISBN 084933540X.
  4. ^ Brown, edited by Jennifer M. (2010). The Cambridge handbook of forensic psychology (ed. 1st published.). Cambridge: Cambridge University Press. m/s. 548. ISBN 0521878098. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)CS1 maint: extra text: authors list (link)
  5. ^ Miller, Richard Lawrence (2002). Drugs of abuse: a reference guide to their history and use. Westport, Conn.: Greenwood Press. m/s. 168. ISBN 0313318077.
  6. ^ Alkohol, bukannya dadah, memberikan risiko dirogol paling besar – health – January 7, 2006. New Scientist (2006-01-07). Retrieved on June 1, 2011.
  7. ^ Toxicological findings in cases of alleged drug-facilitated sexual assault in the United Kingdom over a 3-year period – Journal of Clinical Forensic Medicine, Volume 12, Issue 4, August 2005, Pages 175–186
  8. ^ doi:10.1111/j.1742-6723.2009.01185.x
    Petikan ini akan disiapkan secara automatik dalam beberapa minit. Anda boleh memotong barisan atau mengembangkannya sendiri
  9. ^ ...alcohol is the drug most commonly used to help commit sexual assault US Gov't Diarkibkan 2014-02-23 di Wayback Machine
  10. ^ "Rohypnol: The date rape drug". BBC News. February 4, 1999. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-03-19. Dicapai pada March 22, 2009.
  11. ^ Rape. Criminal.findlaw.com. Retrieved on June 1, 2011.
  12. ^ USLegal – Date Rape Law & Legal Definition. Definitions.uslegal.com. Retrieved on June 1, 2011.


Pautan luar[sunting | sunting sumber]