Dadih

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Dadiah1.jpg
Dadiah2.jpg

Dadih atau Dadiah merupakan makanan tradisional Minangkabau. Dadih dibuat daripada susu sapi seperti yoghurt yang diperam dalam bekas buluh (atau sebarang bekas) yang tertutup (atau ditutup dengan daun pisang). Dadih sering kali dimakan untuk sarapan pagi, kadangkala dimakan dengan emping (beras krispies traditional) dan gula jawa. Dadih juga sedap dimakan dengan nasi panas dan sambal.

Lazimnya, dadih dibuat dengan berperisa buah-buahan. Antara perisanya, ialah keladi, jagung, strawberi, kelapa, dan lain-lain. Terdapat juga dadih yang dibuat daripada vanila, milo, dan coklat. Kadang-kala, terdapat juga sos buah-buahan yang dihidang bersama dadih untuk memberi rasa yang sedap.

Terdapat banyak cara untuk menyediakan dadih. Sila rujuk rujukan.

Ramuan[sunting | sunting sumber]

Antara ramuan-ramuan yang penting untuk membuat dadih ialah:

  • Air
  • Susu segar (susu sapi)
  • Gula
  • Garam
  • Serbuk agar-agar

Manakala, perisa dadih adalah pelbagai, bergantung kepada kemahuan dan kehendak. Contoh-contoh perisa dadih ialah:

  1. Perisa buah-buahan
    • Jagung
    • Kelapa
  2. Perisa yang sudah diproses
    • Milo
    • Coklat

D tempat lain[sunting | sunting sumber]

Susu yang diperam di dalam buluh juga merupakan makanan tradisional di Terengganu. Buluh yang digunakan adalah lebih kecil (ukur lilit 4-5 inci) dan dipanggil susu masam. Ia biasanya berbentuk agak keras (seperti agar-agar) dan di makan begitu sahaja atau dicampur sedikit gula.


Rujukan[sunting | sunting sumber]