Daeng Chelak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Daeng Chelak ialah Yang Dipertuan Muda Riau II yang memegang jawatan itu sejak 1728 hingga 1745 menggantikan saudaranya Sultan Alauddin Shah ibni Daeng Marewah, Yang Dipertuan Muda Riau I (Marhum Sungai Baru). Beliu berkahwin dengan Tengku Mandak, saudara Sultan Sulaiman.[1]memiliki dua orang anak:-

  1. Raja Lumut
  2. Raja Muhammad

Baginda ialah orang yang menjadikan Riau sebagai sebuah pelabuhan yang maju dan memerintahkan penduduk Riau menanam lada hitam dan gambir. Baginda seorang panglima perang yang berani dan ahli siasah yang bijaksana sehingga Riau ketika itu mahsyur ke segenap Alam Melayu sebagai negeri yang disegani. Keturunannya menjadi pewaris kepada jawatan Yang Dipertuan Muda sehingga keturunan terakhirnya yang menjadi Yang Dipertuan Muda, Raja Muhammad Yusuf, Yang Dipertuan Muda XI.

Kematiannya[sunting | sunting sumber]

Baginda mangkat di Ulu Riau pada tahun 1745 dan dimakamkan di sana dan baginda digelar Marhum Mangkat di Kota oleh orang-orang Riau.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • R.O. Winstedt (1992). A History of Johore. The Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society (MBRAS). ISBN 9839961462. 
  • Abu Hassan Mohamad Sham (1993). Puisi-puisi Raja Ali Haji. Dewan Bahasa Pustaka(DBP). ISBN 9836239715. 
  • Virginia Matheson Hooker (1998). Tuhfat Al-Nafis. Yayasan Karyawan dan Dewan Bahasa Pustaka(DBP). ISBN 9839510029. 

Lihat juga[sunting | sunting sumber]


Penyandang Terdahulu Yang Dipertuan Muda ke-2
1728 – 1745
Penyandang Kemudian
Daeng Marewah Daeng Kemboja

Rujukan[sunting | sunting sumber]