Daeng Selili

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Orang Kaya-Kaya Maharaja Lela Tan Lela Putera Panchong Tak Bertanya merupakan seorang putera Raja dari Bugis Melangkae, Sulawesi yang datang ke negeri Perak pada zaman pemerintahan Sultan Mudzaffar Shah III (1728–1752).

Nama Daeng Selili bermakna saudara di daerah Gunung Selili[sumber tak boleh dipercayai?], Samarinda, Kalimantan Timur. Maka dari situlah gelaran Daeng Selili diperolehi, ini beerti itu bukanlah nama sebenar beliau, Ia ialah panggilan mesra di kalangan anak-anak kapal beliau. Identiti yang sebenar amat dirahsiakan kerana beliau merupakan musuh yang paling dikehendaki dan menjadi buruan utama Belanda kerana kerosakan maksimum yang dialami oleh kapal-kapal perang dan dagang mereka hingga dilabel sebagai lanun.

Beliau adalah daripada suku Buqis Jong (Bugis Kapal), yang mewarisi kerja-kerja berdagang dan pelayaran jauh daripada keturunan Saiyiti/Sittik Melangkae, cucu cucit kepada Ratu Balqis dan Raja Sulaiman menurut Tuhfat An Nafis. Manakala ayahnya La Mata Esso Arung Peneki (Sultan Muhyiddin di Aceh) bin Sangkuru Mulajajie Arung Peneki Mula Sellengnge Arung Matoa Wajo XII (1607–1610). Ibunya ialah Tenri Angka Arung Singkang atau lebih dikenali sebagai Ratu Sedinding binti La Pettawareq Matindro ri Luwuk (Sultan Muhammad Wali Muzahir Ad-din) bin La Madusila Matinro ri Soppeng. Mereka telah menjalankan aktiviti perdagangan tradisi diraja secara besar-besaran khususnya untuk komoditi rempah-ratus, kamian, alat ketukangan besi dan lain-lain. Hubungan perdagangan tradisi dan purba ini adalah di antara Hadramaut di Yaman sehingga ke Melangkae, Sulawesi.

Rekod perdagangan melayu di Yaman ini ada dihuraikan lebih lanjut dalam buku "Maritime Southeast Asia 300 BC to AD 1528" oleh Lynda Norene Shaffer.

Maka disebabkan itu, tidak hairanlah Daeng Selili dan bangsanya mempunyai kemahiran navigasi maritim yang tinggi berbanding dengan suku tana Ugi yang lain. Malahan, angkatan armada laut beliau turut mendapat kepercayaan atau bantuan oleh Sultan Kerajaan Turki Uthmaniyyah bagi mengawal ancaman lanun-lanun Belanda, Portugis dan Inggeris khususnya di laluan perdagangan laut India, Nusantara dan Laut Champa atau dikenali sekarang sebagai Laut China Selatan.

Keluarga di Perak[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1743, beliau yang juga bergelar Haji Besar oleh kerana serbannya putih dan besar yang mengikut gaya Panglima perang Uthmaniyah Turki, berjaya menghapuskan lanun di Pulau Sembilan dan menyerahkannya kepada Sultan Mudzaffar Shah III (1728–1952). Beliau diiringi bersama dengan anaknya yang bernama Petta Torawi dan Petta Tosiangka bersama armada jong-jong yang banyak dan besar.

Beliau kemudiannya dikahwinkan dengan adinda baginda yang bernama Raja Tengah (Raja Su binti Almarhum Raja Mansur) dan dikurniakan 4 orang anak.

  1. Habib Muhammad Abdullah digelar juga Tok Senggang atau Tok Anggang. Pembuka Kampung Senggang, Kuala Kangsar.
  2. Muhammad Utsman dengan gelaran Seri Maharaja, keturunan mereka inilah meneruskan pangkat Dato Sri Maharaja Lela.
  3. Muhammad Abdul Qadir dikenali juga sebagai Daeng Mat Tara dengan gelaran Tok Tongkat dua kepala naga.
  4. Nur Zurizan (perempuan) atau dikenali juga Nurjilisan atau dikenali juga sebagai Opah Bakul atau Tok Bakul.

Anak-anak hasil perkahwinan isteri keempat Daing Selili iaitu Raja Tengah (Raja Su binti Almarhum Raja Mansur) tidak ramai kerana beliau seorang pahlawan atas Jong yang kerap berlayar melawan penjajah di sekitar perairan di Nusantara. Beliau menggunakan banyak nama dan gelaran bagi mengelakkan zuriat dan keluarganya daripada dikesan dan diancam.

Beliau dilantik menjadi Mufti Perak. Kemudian, beliau dilantik menjadi orang besar Perak dengan gelaran Orang Kaya-Kaya Maharaja Lela Tan Lela Putera Panchong Tak Bertanya.

Keturunannya yang menetap lama di Perak, maka telah berlakunya asimilasi dengan masyarakat Melayu Perak sehingga budaya, bahasa dan tulisan suku Bugis Jong tidak dikenali lagi melainkan sekadar pengakuan/sejarah lisan. Namun begitu, semenjak pembunuhan residen British pertama Perak J.W.W. Birch (James Wheeler Woodford Birch) oleh keturunan beliau iaitu Dato Maharaja Lela. Semua rekod bertulis tulisan Bugis dan segala peralatan kebesaran dihapuskan begitu sahaja.

Makam beliau telah digazet pada 21 Februari 1980 dengan nombor gazet P.U. (A) 45 Daerah Kuala Kangsar, Mukim Sayong, Lot No. 1803.

Rujukan[sunting | sunting sumber]