Batu Pahat
- Rencana ini mengenai daerah. Untuk rencana tentang bandar sahaja, sila lihat Batu Pahat (bandar).
Batu Pahat باتو ڤاهت |
|
| — Daerah di Malaysia — | |
| Koordinat: 1°5′U 102°56′T / 1.083°U 102.933°TKoordinat: 1°5′U 102°56′T / 1.083°U 102.933°T | |
| Negara | |
|---|---|
| Negeri | |
| Pusat | Bandar Batu Pahat (Bandar Penggaram) |
| Kerajaan | |
| - Pegawai daerah | Norizan Kulop |
| Luas | |
| - Jumlah | 723 batu persegi (1,872.56 km²) |
| Penduduk (2009) | |
| - Jumlah | 419,800 |
| - Kepadatan | 580.6/batu persegi (224.2/km²) |
Batu Pahat (dikenali sebagai Bandar Penggaram) merupakan sebuah daerah di pantai barat Semenanjung Malaysia, di negeri Johor. Daerah ini terletak di tenggara Muar, barat daya Kluang, timur laut Pontian dan selatan Segamat. Daerah Batu Pahat adalah salah satu daripada lapan daerah di Johor. Pada tahun 2008, Batu Pahat di tangga ke-12 di Malaysia sebagai bandar besar yang berkepadatan tinggi.
Batu Pahat terletak pada koordinat . Ia adalah sejauh 239 kilometer dari Kuala Lumpur. Bandar terdekat dengan Batu Pahat ialah Muar yang terletak 50 kilometer ke utaranya. Bandar Kluang pula berada 52 kilometer di timur. Johor Bahru terletak lebih kurang 70 hingga 100 kilometer ke arah tenggara. Batu Pahat juga menghadap ke Selat Melaka.
Isi kandungan |
[sunting] Sejarah
"Aku disusahkan oleh dua Penghulu Rahmat dan Kitam. Dua tiga kali berjumpa dengan aku minta engkau membuka Batu Pahat. Aku jawab dengan Rahmat dan Kitam, jangan engkau semuanya sumpah dan tidak ikut apa-apa perintah dia kelak. Dia jawab pada aku, tidak sekali-kali. Aku fikir bolehlah engkau buka Batu Pahat itu, mana-mana tempat anggaran engkau hendak jadikan Bandar..."
Asal usul nama Batu Pahat disusur kembali melalui legenda abad ke-15 apabila tentera Siam menyerang tempat batu yang dipahat di kampung Minyak Beku bagi mendapatkan bekalan air bersih semasa pengunduran mereka. Ketika itu, mereka sedang dikejar oleh tentera Melaka pimpinan Tun Perak, bendahara dari kerajaan Kesultanan Melayu Melaka. Pada tahun 1456, tentera Siam yang dipimpin oleh Laksamana Awi Di Chu telah menduduki Batu Pahat dahulu sebelum menyerang Melaka. Menurut kisah lain, selepa[1]s Portugis menduduki Melaka, dipercayai bahawa batu-batu granit yang digunakan untuk membina Kota A Famosa diperoleh daripada muara Sungai Batu Pahat. Maka bandar Batu Pahat mendapat namanya daripada "batu yang dipahat" di muara itu.[2]
Terkenal kerana ikan masin pada suatu ketika dahulu, Batu Pahat sebelum ini dikenali sebagai "Bandar Penggaram" yang bermaksud "bandar pembuat garam".[3] Bandar Penggaram dibuka pada 1 Januari 1894 oleh Dato' Muhamad Salleh bin Perang, Dato' Bentara Luar Johor atas titah sultan Abu Bakar, sultan Johor ketika itu.
Kini Batu Pahat terus membangun dan muncul sebagai salah satu daerah yang termaju di negeri Johor Darul Takzim dan mempunyai potensi yang besar untuk terus maju pada masa hadapan.
[sunting] Pembahagian pentadbiran dan kawasan
[sunting] Mukim di Batu Pahat
Daerah Batu Pahat terbahagi kepada 14 buah mukim iaitu :
- Mukim Lubok (Mukim I)
- Mukim Bagan (Mukim II)
- Mukim Peserai (Mukim III)
- Mukim Simpang Kiri (Mukim IV)
- Mukim Simpang Kanan (Mukim V)
- Mukim Linau (Mukim VI)
- Mukim Tanjung Semberong (Mukim VII)
- Mukim Sri Gading (Mukim VIII)
- Mukim Minyak Beku (Mukim IX)
- Mukim Kampung Bahru (Mukim X)
- Mukim Sungai Punggor (Mukim XI)
- Mukim Sungai Kluang (Mukim XII)
- Mukim Chaah Bahru (Mukim XVII)
- Mukim Sri Medan (Mukim XVIII)
[sunting] Kerajaan tempatan
Semua mukim dan kampung ditadbir oleh Majlis Perbandaran Batu Pahat dan Majlis Daerah Yong Peng. Sebelum itu dikenali sebagai Majlis Daerah Batu Pahat dan Majilis Daerah Batu Pahat Timur msing-masing. Terdapat 525 buah kampung telah digazetkan.
Pada tahun 2008 kerajaan masih belum ada sebarang perancangan untuk menaik taraf Batu Pahat kepada sebuah Bandaraya walaupun pembangunan dan kemajuan di Batu Pahat sudah jauh meninggalkan Alor Star dan Kuala Terengganu yang mana kedua-dua sudah diiktiraf bandaraya.
Penduduknya seramai 335,368 orang terutama Melayu, Cina dan India. Lelaki seramai 169,087 dan perempuan 166,281 orang.
[sunting] Bahagian Utara Batu Pahat
[sunting] Bahagian Selatan Batu Pahat
[sunting] Bahagian Tengah Batu Pahat |
[sunting] Bahagian Timur Batu Pahat
[sunting] Bahagian Barat Batu Pahat |
[sunting] Kebudayaan
[sunting] Kesenian
[sunting] Lagu Joget Batu Pahat
- Tanah Yang Indah Di Negeri Johor
- Batu Pahat Daerah Makmur
- Sungai Mengalir Ke Kuala
- Dari Simpang Kanan Dan Kiri
- DiHulu Sungai Kampunglah Medan
- Parit Sulong, Pekan Nan Indah
- Bukit Pasir dan Tongkang Pecah
- Semerah Letak Di Utara
Chorus
- Bandar Penggaram Tempat Berniaga
- Ramai Yang Membeli Belah Disana
- Pisang Salai Di Parit Raja
- Air Hitam, Tempat Pelancong
- Gunung Banang Tinggi Mengawan
- Nampaklah Dari Bukit Soga
- Istana Hinggap Sultan Johor
- Raja Adil Daerah Makmur
- Sri Gading Utuh Terbina
- Rengit, Senggarang Tak Kurangnya
- Minyak Beku Batu Di Pahat
- Nama Diberi Sempenanya
- Dahulu Kala Ia Dibuka
- Oleh Dato' Bentara Luar
- Satu Haribulan Januari
- Satu Lapan Sembilan Empat
Penggubah lagu : Encik Zaidin Bin Hj. Noor (Batu Pahat)
[sunting] Sekolah-sekolah Luar Bandar
Terdapat juga sekolah-sekolah luar bandar seperti Sekolah Kebangsaan Seri Separap.Sekolah ini telah dianugerahkan sebagai sekolah bestari.Sekolah ini juga merupakan antara sekolah-sekolah luar bandar terbaik yang telah mencapai kegemilangan pada tahun 2009 iaitu 8 orang telah mendapat 5A dalam UPSR (melebihi pencapaian yang telah ditetapkan iaitu 5 orang).
[sunting] Makanan
[sunting] "Mee Bandung"
Mee Bandung Muar yang terletak berhadapan dengan Hotel Garden Batu Pahat. Untuk ke sana dari Bandar Muar, sebelum Jambatan Batu Pahat, "Benteng" terletak di sebelah kiri. Antara makanan yang popular di sini ialah "mi racun". Batu Pahat juga terkenal dengan pelbagai jenis sup yang boleh didapati di gerai yang terkenal di BP Walk.
[sunting] Mee rebus dan nasi lemak
Ingin merasai kenikmatan mee rebus asli dan nasi lemak terbaik di Batu Pahat singgah ke sebuah warung kecil di Jalan Zabedah berdekatan Wisma Sing Long pisang goreng juga terdapat di situ.
[sunting] Hentian Selera Parit Sulong-Simpang Lima
Kepenatan dari Muar,Melaka dan bandar-bandar boleh dipulihkan melalui Hentian Selera Parit Sulong-Simpang Lima berhampiran dengan MRSM.Dibuka pada waktu pagi sehingga petang (nasi campur dan sarapan) manakala pada waktu malam (Warong Cikgu Samad).Set karaoke boleh disewa untuk majlis-majlis khas mahupun majlis kahwin,hari jadi dan lain-lain boleh dirujuk di "Hentian Selera Parit Sulong-Simpang Lima".
[sunting] Pendidikan
[sunting] Tokoh
Berikut tokoh yang dilahirkan atau dikaitkan dengan Batu Pahat.
- Dato Onn Jaafar - pengasas UMNO pada 1946.
- Tun Hussein Onn - Perdana Menteri ketiga Malaysia, anak lelaki Dato' Onn Jaafar
- Dr Chua Soi Lek - Menteri Kesihatan Malaysia
- Lim Kit Siang - pengasas / pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP)
- Dr Syed Husin Ali - Timbalan Presiden Parti Keadlian Rakyat
- Tan Sri Vincent Tan - Bilioner, pengerusi Berjaya Group
- Lee Kim Yew - Pengerusi Country Heights Group
- Kiyai Salleh - Pemimpin Tentera Selempang Merah yg menghalang kekejaman askar PKM di Batu Pahat
- Lim Guan Eng - Ketua Menteri Pulau Pinang
- Tony Phua - Ahli Parlimen Petaling Utara
- Teo Nie Ching - Ahli Parlimen Serdang
[sunting] Perkhidmatan
[sunting] Pengangkutan
Batu Pahat tidak mempunyai jaringan kereta api. Namun demikian pengunjung boleh menggunakan perkhidmatan kereta api melalui stesen KTM terdekat, iaitu Kluang, kira-kira 50 kilometer dari Bandar Batu Pahat. Terdapat syarikat-syarikat bas yang beroperasi di Perhentian Bas Jalan Rugayah dari awal pagi sehinggalah lewat malam. Bas-bas tersebut menghubungkan pekan-pekan dalam Batu Pahat dan juga daerah-daerah lain yang menjadi jiran Batu Pahat serta ke bandaraya-bandaraya utama seperti Johor Bahru, Melaka, Kuala Lumpur, dan lain-lain bandar di semenanjung.
[sunting] Syarikat Bas Antarabandar
- Johore Motor Bus Co, Sdn Bhd
- Costal Omnibus Co, Sdn Bhd
- Syarikat Mayang Sari, Sdn Bhd
- Syarikat Pengangkutan Maju, Bhd http://www.majujc.com.my/
- Syarikat Tanjau Jaya Bus, Sdn Bhd
- Syarikat Causeway Link, Sdn Bhd http://handalindah.com.my/latest.php
- Syarikat Intra Desa, Sdn Bhd
[sunting] Syarikat Bas Ekspres
- KKKL Ekspres Sdn Bhd
- Transnasional Ekspres
- Hasry Ekspres Sdn Bhd
- Causeway Link Ekspres Sdn Bhd
- S&S Internasional Express
- Orchid Ekspres Sdn Bhd
- SP Bumi Ekspres
- 707 Travel Group Express
- Cepat Ekspres
- SE Super Ekspres
- KPB Ekspres
Terminal feri yang baru terletak di Minyak Beku menyediakan perkhidmatan pelabuhan Indonesia, seperti Tanjung Balai, Bengkalis, dan Batam.[4]
[sunting] Hospital dan pusat penjagaan kesihatan utama
- Hospital Batu Pahat
- Putra Specialist Hospital
- Pantai Specialist Hospital
- Klinik Kesihatan Batu Pahat
[sunting] Tempat menarik
[sunting] Benteng
"Benteng" merupakan suatu tempat makan yang terkenal di Batu Pahat dan terletak berdekatan dengan tebing Sungai Batu Pahat. Antara makanan yang popular adalah Nasi Beriyani Gam Mat Syah yang terletak di Benteng berhadapan dengan Hospital Pakar Putra (Putra Specialist Hospital).
[sunting] BP Walk
Pada waktu malam pula, Batu Pahat terkenal dengan "BP walk" iaitu sebuah kawasan sepanjang Jalan Rahmat yang penuh dengan bermacam-macam jenis gerai makanan termasuklah citarasa tempatan dan barat. BP walk dibuka sehingga 3 atau 4 pagi setiap hari. BP Walk ini juga telah menjadi tumpuan pengunjung dari Kluang, Muar, Pontian dan Air Hitam pada waktu malam.
[sunting] Lain-lain
Terdapat juga berberapa tempat untuk membeli belah yang terkenal di sini seperti The Summit, Carrefour, The Store (Jalan Rugayah,The summit BP Mall (ke-4 terbesar di Johor) Squre One Mall, Farson Supermarket, Pacific Hypermarket, McDonald Drive Thru, dan Parkson. Terdapat juga tempat beriadah bersama keluarga iaitu BP Water Park yang terletak 2 km dari bandar Batu Pahat di sebelah kiri jalan menghala ke Tongkang Pecah.Terdapat lebih kurang 3 Pusat Bowling dengan lebih 30 lane setiap satu, terdapat 3 Panggung seperti MBO Cinaplex, Big Cinemaplex,dan GSC Cinema. Selain itu terdapat juga pusat-pusat hiburan seperti 2000 dan banyak lagi.
[sunting] Industri
Batu Pahat turut terkenal sebagai pusat pembuatan barangan elektronik, pemprosesan makanan, pembalakkan kayu, pembuatan porselin, dan industri plastik, selain sebagai pengeksportan utama tekstil di Malaysia ke luar negara. Jeti Batu Pahat juga terkenal dengan sebagai salah satu jeti dalam "segi tiga emas" antara Indonesia dan Malaysia dalam pergerakan bahan rempah dan bahan mentah. Sebuah pelabuhan baru juga telah direncanakan untuk Batu Pahat bagi menangani permintaan pergerakan bahan mentah tersebut. Sebuah pelan yang bernilai lebih kurang RM 500.000.000 telah pun disediakan siap dengan prasarana yang sempurna. Begitu juga dengan perusahaan dalam pembuatan makanan seperti kilang membuat biskut. Antaranya Munchy's, Hup Seng, dan Hwa Tai. Terdapat juga pelaburan asing di Batu Pahat seperti Sharp Roxy, Sony, Fujitsu, Hitachi, and Mitsumi. Dan terdapat 20 syarikat tersenarai dalam Bursa Malaysia: Harta Packaging, PCCS, Baneng Holdings, S&P, Sharp Roxy, Ramatex, Southex, Prolexus, Fujitsu, Hitachi, Yong Tai, Hwa Tai, AE, Kia Lim, Kayu Wangi, Hup Seng, Xiang Leng, Magnum, SKP, SPI Plastics, BP Plastics, Cheng Yap Sdn Bhd. dan Fast Track Solutions Bhd.
[sunting] Rujukan
[sunting] Pautan luar
- Peta berkaitan dengan Batu Pahat
- Sejarah Batu Pahat
- Laman rasmi Majlis Perbandaran Batu Pahat
- Laman rasmi Majlis Daerah Yong Peng
|
||||||||||||||||||
|
|||||
