Kerian

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Daerah Kerian)
Daerah Kerian
Lokasi Daerah Kerian di Perak
Lokasi Daerah Kerian di Perak
Map
Kerian is located in Bumi
Kerian
Kerian (Bumi)
Koordinat: 5°0′N 100°30′E / 5.000°N 100.500°E / 5.000; 100.500Koordinat: 5°0′N 100°30′E / 5.000°N 100.500°E / 5.000; 100.500
Negara Malaysia
Negeri Perak
PusatParit Buntar
Pihak berkuasa tempatanMajlis Daerah Kerian
Majlis Perbandaran Taiping
(bahagian tenggara)
Pentadbiran
 • Pegawai daerahSabli Bakri[1]
Keluasan
 • Jumlah921.47 km2 (355.78 batu persegi)
Penduduk
 (2020)[3]
 • Jumlah166,352
 • Kepadatan180/km2 (470/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (MST)
 • Musim panas (DST)UTC+8 (Tidak dinilai)
Poskod
34200-34400
Kod panggilan+6-05
Awalan plat kenderaanA

Kerian merupakan sebuah daerah pentadbiran di utara negeri Perak, Malaysia. Daerah ini bersempadan dengan Negeri Pulau Pinang dan negeri Kedah di utara. Di sebelah timur dan selatan, daerah ini bersempadan dengan daerah Larut, Matang dan Selama, dan Selat Melaka di barat.

Kerian dianggap sebagai sebuah daerah yang unik kerana terletaknya titik sempadan antara tiga buah negeri iaitu Perak, Kedah dan Pulau Pinang di daerah ini.

Etimologi[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1800, Pegawai Residen British yang bertugas di Parit Buntar pada ketika itu telah menghadiri perbicaraan satu kes jenayah di Parit Buntar. Sewaktu pulang, beliau dan rombongannya telah menaiki kapal menyusuri sungai untuk ke Pulau Pangkor. Dalam perjalanan tersebut, beliau telah menyebut "kirian" (perkataan kiri) iaitu merujuk kepada tanah di sebelah kiri di bawah pemerintahan Sultan Perak. Perkataan "kirian" telah menjadi popular dan menjadi bahan ejekan orang ramai pada ketika itu. Akhirnya ketika pihak pemerintah ingin menamakan daerah ini, perkataan "kirian" telah dipilih dan diubah kepada "Kerian".[4]

Geografi[sunting | sunting sumber]

Daerah Kerian dianggarkan berkeluasan 918.83 kilometer persegi dan berketinggian kurang dari 50 meter dari aras laut. Garis pantai daerah ini pula sepanjang 32 kilometer.

Kawasan berhampiran pantai di daerah ini bertanah rata dan bergambut manakala kawasan berhampiran Gunung Semanggol dan Beriah berbukit-bukit. Gunung Semanggol berketinggian lebih kurang 150 m dari aras laut. Terdapat juga kawasan berpaya di sekitar Sungai Kurau, Kuala Kurau, Tanjung Piandang, Bagan Tiang dan Kampung Gula. Terdapat beberapa kawasan paya bakau yang telah diwartakan sebagai kawasan di mana terdapat burung-burung yang berhijrah.

Terdapat dua batang sungai penting dalam daerah ini iaitu Sungai Kerian dan Sungai Kurau. Sungai Kerian yang berukuran 90 kilometer menjadi sempadan semula jadi antara tiga buah negeri iaitu Perak, Kedah dan Pulau Pinang.[4]

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Peta Daerah Kerian

Daerah Kerian ditadbir oleh Majlis Daerah Kerian yang berpusat di Parit Buntar. Daerah ini terbahagi kepada lapan buah mukim, tiga bandar dan enam pekan. Terdapat sebanyak 246 buah kampung yang ditadbir dalam daerah ini.

Kod Nama Populasi
01 Mukim Bagan Serai 40,009
02 Mukim Bagan Tiang 14,439
03 Mukim Beriah 11,808
04 Mukim Gunong Semanggol 14,912
05 Mukim Kuala Kurau 25,318
06 Mukim Parit Buntar 37,132
07 Mukim Selinsing 8,825
08 Mukim Tanjong Piandang 12,448
40 Bandar Bagan Serai 327
41 Bandar Kuala Kurau 133
42 Bandar Parit Buntar 117
70 Pekan Bukit Merah 130
71 Pekan Jalan Baru 128
72 Pekan Simpang Empat 5
73 Pekan Simpang Lima 51
74 Pekan Sungai Gedong 29
75 Pekan Tanjong Piandang 541

Ekonomi[sunting | sunting sumber]

Daerah ini dikenali sebagai Jelapang Padi Negeri Perak kerana terdapat kawasan - kawasan penanaman padi yang luas. Skim pengairan telah dibina di kawasan ini bagi tebusguna tanah. Terusan atau tali air dibina bagi memudahkan kawalan air masuk dan keluar dari sawah. Beberapa bahagian mengalami masalah banjir pada musim-musim tertentu.

Selain itu ramai penduduk bekerja sebagai nelayan terutama di Sungai Acheh, Bagan Tiang, Tanjung Piandang dan Kuala Kurau.

Penduduk[sunting | sunting sumber]

Sejarah kependudukan
TahunPend.±%
1980155,765—    
1991148,720−4.5%
2000152,911+2.8%
2010176,975+15.7%
2020166,352−6.0%
Sumber: [3]

Mengikut laporan Banci Penduduk dan Perumahan 2020, jumlah penduduk di daerah Kerian ialah 166,352 orang dengan kepadatan penduduk 177 orang perkilometer persegi. Kawasan yang menjadi tumpuan penduduk termasuklah Parit Buntar, Bagan Serai, Kuala Kurau dan Tanjung Piandang. Mukim Selinsing merupakan kawasan yang paling kurang penduduk. Purata kadar pertumbuhan penduduk daerah Kerian menurun 0.6 peratus pada tahun 2020.

Kewarganegaraan Kaum Jumlah penduduk
1980 1991 2000 2010 2020
Warganegara Malaysia Bumiputera 104,268 101,735 108,957 130,204 124,465
Cina 35,017 31,477 28,899 29,808 25,322
India 16,370 14,683 12,936 13,701 10,246
Lain-lain 110 133 220 276 680
Bukan warganegara - 0 692 1,899 2,986 5,639
Jumlah 155,765 148,720 152,911 176,975 166,352

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Laman Web Pejabat Daerah Dan Tanah Kerian - Perutusan Pegawai Daerah". pdtkerian.perak.gov.my.
  2. ^ "Rancangan Struktur Negeri Perak 2040" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2018-03-28. Dicapai pada 2018-03-28.
  3. ^ a b "Key Findings of Population and Housing Census of Malaysia 2020" (pdf) (dalam bahasa Bahasa Melayu dan Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. ISBN 978-967-2000-85-3.
  4. ^ a b "Info Kerian". Majlis Daerah Kerian. Dicapai pada 17 November 2022.