Daerah Kuantan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Daerah Kuantan
Lokasi Daerah Kuantan di Pahang
Lokasi Daerah Kuantan di Pahang
Map
Daerah Kuantan is located in Bumi
Daerah Kuantan
Daerah Kuantan (Bumi)
Koordinat: 3°55′N 103°5′E / 3.917°N 103.083°E / 3.917; 103.083Koordinat: 3°55′N 103°5′E / 3.917°N 103.083°E / 3.917; 103.083
Negara Malaysia
Negeri Pahang
PusatKuantan
Pihak berkuasa tempatanMajlis Bandaraya Kuantan
Pentadbiran
 • Pegawai daerahAida Munira Abdul Rafar[1]
Keluasan
 • Jumlah2,960 km2 (1,140 batu persegi)
Penduduk
 (2020)[2]
 • Jumlah548,014
 • Kepadatan190/km2 (480/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (WPM)
 • Musim panas (DST)UTC+8 (Tidak dinilai)
Poskod
25xxx
Kod panggilan+6-09
Nombor plat kenderaanC

Daerah Kuantan merupakan sebuah daerah di negeri Pahang, Malaysia. Daerah ini terletak di timur negeri Pahang dan meliputi kawasan seluas 2,960 kilometer persegi yang merangkumi enam buah mukim. Pusat pentadbiran daerah ini terletak di Bandar Kuantan yang juga merupakan ibu negeri Pahang.

Etimologi[sunting | sunting sumber]

Nama Kuantan dipercayai berasal daripada nama sebuah tempat di Sumatera iaitu Kuantan yang merupakan tempat asal pembuka awal daerah ini. Pada mulanya kawasan di daerah ini dinamakan "Kampung Orang Kuantan" lalu dipendekkan ke "Kuantan".[3]

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Peta daerah Kuantan

Daerah Kuantan ditadbir satu pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Bandaraya Kuantan yang berpusat di Bandar Kuantan. Daerah ini terbahagi kepada enam buah mukim, dua buah bandar dan dua buah pekan. Sebanyak 68 buah kampung termasuk tiga kampung baru terletak di dalam daerah ini.

Mukim, bandar dan pekan[sunting | sunting sumber]

  1. Mukim Beserah
  2. Mukim Hulu Kuantan
  3. Mukim Hulu Lepar
  4. Mukim Kuala Kuantan
  5. Mukim Penor
  6. Mukim Sungai Karang
  7. Bandar Gambang
  8. Bandar Kuantan
  9. Pekan Beserah
  10. Pekan Tanjung Lumpur

Geografi[sunting | sunting sumber]

Daerah Kuantan terletak di timur negeri Pahang, bersempadan dengan daerah Pekan di selatan, Maran di barat daya, Jerantut di barat, negeri Terengganu di utara dan Laut China Selatan di timur.

Rupa bentuk muka bumi daerah Kuantan terdiri daripada daratan tinggi yang lebih tertumpu di kawasan barat laut daerah ini yang mencapai ketinggian maksimum 1,494 meter[2] dan dataran rendah dan rata yang tertumpu di kawasan selatan dan pesisir pantai daerah. Daerah ini juga mempunyai garis pantai sepanjang 56 kilometer.[4]

Antara sungai utama di daerah ini termasuklah Sungai Kuantan, Sungai Belat, Sungai Balok dan Sungai Cherating.

Demografi[sunting | sunting sumber]

Sejarah kependudukan
TahunPend.±%
1991255,974—    
2000344,319+34.5%
2010443,796+28.9%
2020548,014+23.5%
Pecahan etnik di Kuantan - Bancian 2020
Agama Peratus
Bumiputera
  
82.7%
Cina
  
14.2%
India
  
2.7%
Lain-lain
  
0.5%

Berdasarkan bancian Malaysia 2020 jumlah penduduk di Daerah Kuantan ialah seramai 548,014 orang dengan kepadatan penduduk 185 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk padat. Majoriti penduduk di daerah ini merupakan Bumiputera, membentuk lebih 82 peratus penduduk. Kaum kedua terbesar merupakan kaum Cina diikuti India. Lebih tiga peratus penduduk merupakan bukan warganegara.[2][5]

Nisbah penduduk lelaki kepada penduduk wanita ialah 0.9. Terdapat 154,355 tempat kediaman dengan sebanyak 145,270 isi rumah. Purata saiz isi rumah pula dicatatkan seramai empat orang dalam sebuah rumah. Lebih 373 ribu penduduk dalam kalangan umur bekerja, 154 ribu dalam golongan muda dan selebihnya 20 ribu orang merupakan warga tua.[2]

Kewarganegaraan Kaum Jumlah
Warganegara Malaysia Bumiputera 439,144
Cina 75,183
India 14,264
Lain-lain 2,693
Bukan warganegara N/A 16,730
Agama di Kuantan - Bancian 2020
Agama Peratus
Islam
  
82.1%
Buddha
  
12.9%
Hinduisme
  
2.5%
Kristian
  
1.5%
Tidak beragama
  
0.8%
Lain-lain
  
0.3%

Agama[sunting | sunting sumber]

Majoriti penduduk di daerah Kuantan beragama Islam yang terdiri daripada penduduk berbangsa Melayu dan beberapa etnik lain. Agama kedua terbesar merupakan agama Buddha yang kebanyakannya dianuti penduduk berbangsa Cina. Agama ketiga terbesar merupakan agama Hindu yang majoritinya terdiri daripada penduduk berbangsa India. Kebanyakan penduduk bumiputera selain Melayu menganut agama Kristian atau tidak beragama.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Portal Rasmi PDT Kuantan". Dicapai pada 2023-06-01.
  2. ^ a b c d e f "Kawasanku • Kuantan - OpenDOSM". Jabatan Perangkaan Malaysia. Dicapai pada 2023-01-31.
  3. ^ "Pahang Darul Makmur". Portal Rasmi Kementerian Komunikasi Dan Digital. Dicapai pada 2023-06-01.
  4. ^ "Portal Rasmi Majlis Bandaraya Kuantan". Dicapai pada 2023-06-01.
  5. ^ "Map ~ Stats Geoportal". Stats GeoPortal. Jabatan Perangkaan Malaysia. Dicapai pada 2023-05-31.