Pokok Sena, Kedah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Daerah Pokok Sena)
Lompat ke: pandu arah, cari
Bandar Pokok Sena
Coat of arms of Kedah.jpg
Geografi
Status Bandar / Daerah
Negara  Malaysia
Negeri  Kedah
Keluasan 242km²

Kedah Flag.jpg

Daerah
Kedah Darul Aman
Daerah Pokok Sena
Pejabat daerah Pokok Sena
Pegawai daerah N/A
Kawasan
 - Jumlah 242 km²
Populasi
 - Anggaran 2010 50,000
 - Kepadatan 50,000/km²

Pokok Sena terletak di negeri Kedah Darul Aman, negara Malaysia. Pokok Sena merupakan daerah ke-12 yang diisytiharkan oleh Sultan Kedah pada 2009.[1]

Dalam peta, Pokok Sena terletak di 6.2' Utara , 100.4' Timur. Pekan Pokok Sena terletak di simpang tiga jalan ke Naka, ke Kuala Nerang dan ke Langgar, Kedah. Ia berkeluasan 24,240 hektar. Pokok Sena kini secara rasmi menjadi daerah ke-12 dalam pentadbiran kerajaan Kedah.

Secara umumnya, Pokok Sena merupakan daerah pertanian dengan melibatkan aktiviti utama iaitu penanaman padi dengan keluasan 2,816 hektar, getah (9,883 hektar), dusun (416 hektar) dan koko (2.5 hektar). Terdapat kira-kira 12 premis pelbagai jenis perusahaan ringan atau industri kecil khususnya yang berasaskan kayu dan memproses padi di daerah yang mendapat nama sempena nama tumbuhan 'Pokok Sena' itu.

Pokok Sena akan dijadikan bandar satelit bagi Bandaraya Alor Setar agar dapat menampung pembangunan dan pertambahan penduduk yang begitu pesat di sana.

Pokok Sena : Sejarah Bandar dan Daerah serta Grafik[sunting | sunting sumber]

Asal-Usul Nama[sunting | sunting sumber]

Pokok Sena ialah sejenis pokok yang dikenali juga sebagai angsana (Pterocarpus indicus) banyak terdapat di tepi sungai. Nama Pokok Sena adalah hasil interaksi penduduk di sini dengan pokok sena.

Sejarah Pembukaan Daerah Pokok Sena[sunting | sunting sumber]

Dahulunya Pokok Sena ini terletak dalam daerah Kota Setar namun telah dijadikan daerah baru iaitu Daerah Pokok Sena dan masih ladi ditadbir oleh Majlis Bandaraya Alor Setar. Keputusan mewujudkan daerah berkenaan bertujuan mengurangkan sedikit keluasan daerah Kota Setar yang terlalu besar merangkumi tiga kawasan Parlimen iaitu Kuala Kedah, Kota Setar dan Pokok Sena.

Justeru, pengisytiharan sebagai daerah baru akan membantu melicinkan lagi pengurusan berkaitan pihak berkuasa tempatan selain memberi kesan mendalam terhadap gerak kehidupan harian masyarakat setempat. Pembinaan projek-projek infrastruktur yang merentasi daerah berkenaan dijangka merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi di situ.

Bagaimanapun, sebagai sebuah daerah baru, Pokok Sena masih berdepan banyak cabaran sebelum dapat mengecapi pembangunan yang seimbang dengan daerah-daerah lain di negeri ini. Projek menaik taraf jalan raya Persekutuan dari Alor Setar ke Durian Burung yang sedang dilaksanakan merupakan antara pemangkin pembangunan daerah Pokok Sena. Daerah ini akan mencapai kemajuan dan kesejahteraannya setanding dengan daerah-daerah lain.

Secara umumnya, Pokok Sena merupakan daerah pertanian dengan melibatkan aktiviti utama iaitu penanaman padi dengan keluasan 2,816 hektar, getah (9,883 hektar), dusun (416 hektar) dan koko (2.5 hektar). Terdapat kira-kira 12 premis pelbagai jenis perusahaan ringan atau industri kecil khususnya yang berasaskan kayu dan memproses padi di daerah yang mendapat nama sempena nama tumbuhan 'Pokok Sena' itu.

Daerah Pokok Sena sebagai sebuah daerah terbaru Negeri Kedah, kini sedang mengalami fasa pembangunan yang mencabar. Peningkatan drastik penduduk dan pertumbuhan perbandaran yang pesat, bakal merobah senario pembangunan daerah serta mampu mencipta permasalahan sosio, ekonomi dan politik yang mencabar. Justeru, Pejabat Daerah dan Tanah Pokok Sena yang berfungsi sebagai back-bone mekanisma pentadbiran peringkat daerah, harus bersedia dan mampu menangani cabaran perubahan yang sedang dan akan berlaku.

Grafik[sunting | sunting sumber]

Daerah Pokok Sena berada di sebelah utaranya ialah daerah Kubang Pasu, di sebelah barat daerah Kota Star, di sebelah selatan Daerah Pendang dan di sebelah timurnya ialah daerah Padang Terap.

Pekan Pokok Sena adalah pusat bandar bagi daerah Pokok Sena terletak kira-kira 19 KM di timur laut Alor Star. Lokasinya adalah dipersimpangan jalan yang menghala Ke Kuala Nerang di sebelah utara dan ke Naka di timur. Pekan Pokok Sena terletak di luar rancangan MADA.

Pokok Sena : Pentadbiran Daerah PS[sunting | sunting sumber]

Pentadbiran dan pengurusan daerah baru Pokok Sena yang mendorong kelicinan pentadbiran di daerah ini.

Bandar-bandar Baharu di Pokok Sena[sunting | sunting sumber]

Bandar baru atau bandar terancang dibina untuk pembangunan penduduk yang kian bertambah dan bandar yang pesat membangun di Alor Setar. Bandar baru dibina untuk mengurangkan tumpuan penduduk dan juga dibina di kawasan belum membangun tidak jauh dari bandar Alor Setar. Tambahan itu, sebuah bandar baru dibina di Bandar Satelit Pokok Sena yang dijadikan bandar satelit bagi Bandaraya Alor Setar. Bandar ini dapat mengurangkan masalah kesesakan jalanraya dan populasi yang kian meningkat di Alor Setar sekali gus dijadikan bandar satelit.

Mukim/Kawasan Pentadbiran Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS)[sunting | sunting sumber]

Kawasan-kawasan ini juga dibawah pentadbiran dan kelolaan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) di Daerah Pokok Sena walaupun sudah menjadi daerah baru.

  • Pekan Pokok Sena (Pusat bandar daerah Pokok Sena)
  • Mukim Bukit Lada
  • Mukim Derang
  • Mukim Gajah Mati
  • Mukim Jabi
  • Mukim Lesong
  • Mukim Tualang
  • Pekan Kampong Bukit (Mk. Bukit Lada)
  • Pekan Bukit Payung (Mk. Gajah Mati)
  • Pekan Kebun 500 (Mk.Jabi)
  • Pekan Simpang Kebun 500 (kawasan Taman Indah)

Pembangunan[sunting | sunting sumber]

Daerah di Kedah
Metropolitan Pokok Sena

Pokok Sena dibangunkan bagi membina perangkaan penduduk dari Alor Setar ke Pokok Sena.

Bandar di Pokok Sena[sunting | sunting sumber]

Banyak bandar baru akan dibina bagi memenuhi pertambahan penduduk di Pokok Sena.

  1. Bandar Pokok Sena
  2. Pekan Kebun 500

Mukim di Pokok Sena[sunting | sunting sumber]

Perbandaran[sunting | sunting sumber]

Metropolitan Alor Setar[sunting | sunting sumber]

Dalam tempoh 10 tahun akan datang, kawasan metropolitan ini akan diduduki oleh seramai 1,000,000 lebih penduduk di kawasan sekitar di Alor Setar - Kubang Pasu (Jitra) - Pokok Sena - Pendang dan mungkin juga Padang Terap (Kuala Nerang, Padang Sanai dan Durian Burung).

Zon metropolitan Alor Setar atau Greater Alor Setar merangkumi bandar-bandar utama disekitar Bandaraya Alor Setar. Pokok Sena dan Pendang yang mempunyai penduduk melebihi 700,000 orang. Bandar-bandar membentuk sebuah kawasan metropolis, menjadikan kawasan metropolis kelima terbesar di Malaysia selepas Kuala Lumpur-Lembah Klang, Johor Bahru- Singapura, Lembah Kinta, dan Zon Metropolitan Georgetown.

Pengangkutan[sunting | sunting sumber]

Jalan Raya[sunting | sunting sumber]

Kerajaan Negeri Kedah telah merancang untuk membina jalan di sini. Antaranya ialah

Wakil Rakyat[sunting | sunting sumber]

Politik[sunting | sunting sumber]

Merujuk kepada Pilihan Raya Umum Ke 13 (PRU13)

Dewan Rakyat

Parlimen Nama Kerusi Ahli Parlimen Parti
P008 Pokok Sena Mahfuz Omar Pakatan Rakyat

Dewan Undangan Negeri

Dun Kedudukan Nama Ahli Negeri Parti
N09 Bukit Lada Ahmad Sudin Barisan Nasional
N10 Bukit Pinang Romani Wan Salin Pakatan Rakyat

Tempat penting di Pokok Sena[sunting | sunting sumber]

Berdekatan dengan Pekan Pokok Sena ada beberapa tempat penting iaitu Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Gajah Mati, Pejabat Pertanian Daerah Kota Setar & Pusat Pertanian Gajah Mati, Stesen Pembangunan Komoditi Gajah Mati, Pusat Haiwan Gajah Mati dan Penjara Pokok Sena.

Taman Kekal Pengeluaran Makanan Gajah Mati[sunting | sunting sumber]

Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Gajah Mati ialah satu kawasan yang dikhususkan oleh kerajaan bagi tujuan meningkat pengeluaran makanan negara di bawah Dasar Pertanian Negara. Kawasan seluas 55.2 hektar ini dilengkap dengan infrastrukur asas seperti jalan ladang dan sistem pengairan dan bekalan air bagi memudahkan usahawan tani bercucuk tanaman. Pada masa ini kawasan ini menampung 24 perserta yang mengusahakan tanaman kontan seperti nenas, jagung dan sayuran seperti cili, petola serta juga buahan mas melon yang diusahakan secara fertigasi.

Semasa ini tanaman sedang mengeluarkan hasil secara berterusan adalah:

  • Nenas jenis morris
  • Jagung
  • Sayuran dari jenis tertentu (semasa: sawi, bayam, kangkong, terung, serai, bendi, petola dan cili)
  • Buah buahan: mangga (mengikut musim - Mac April Mei)
  • Tebu

Pembelian runcit dan juga borong boleh dibuat pada Gerai Jualan Terus atau di Pusat Pengumpulan TKPM di Gajah Mati, Pokok Sena.

TKPM Gajah Mati juga telah mempunyai blog sendiri.

SALM ZONE- Pusat Jualan Terus dari Ladang TKPM[sunting | sunting sumber]

TKPM Gajah Mati telah menyiapkan premis SALM ZONE bagi melaksanakan Jualan Terus Dari Ladang TKPM.Ia akan mula beroperasi pada Tahun 2011.

Pejabat Pertanian Kota Setar & Pusat Pertanian Gajah Mati[sunting | sunting sumber]

Pejabat Pertanian Kota Setar ialah pejabat pertanian bagi Daerah Kota Setar. Tugas utama ialam memberi khidmat pengembangan kepada petani petani di Daerah tersebut. Pusat Pertanian pula adalah tempat penyimpanan benih benih sebelum diedar kepada petani dan perserta projek seluruh Daerah.

Stesyen Pembangunan Komoditi Gajah Mati[sunting | sunting sumber]

Pusat Pertanian yang dikelola oleh Jabatan Pertanian ini terletak bersebelahan TKPM dan telah di buka sejak tahun 1920 bagi tujuan mengkaji tanah berkerikil dan bermasaalah Siri Gajah Mati. Pada masa ini pusat ini di jadikan lokasi pengeluaran benih tanaman bagi keperluan petani.

Projek terkini yang sedang pesat dibangunkan ialah Program Pembangunan Ladang Organik menggunakan kaedah natural farming. Di dalam program ini Jabatan Pertanian menyediakan indegenous microorgism (IMO-mikroorgisma asli) sebagai agen pemulihan struktur tanah. Jabatan juga menyediakan baja larutan natural farming menggunakan bahan bahan sisa ladang. Jenis-jenis tanaman yang terlibat dalam program ini 2 hektar ladang mangga Chok Anan, 1 hektar longan, 0.25 pitaya dan 1 hektar limau madu serta sayur daun seluas 0.25 hektar.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Pokok Sena Dinaik Taraf Daerah Ke-12 Di Kedah, Bernama.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]