Daerah Raisen

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Raisen daerah
रायसेन जिला
Madhya Pradesh district location map Raisen.svg
Lokasi daerah Raisen di Madhya Pradesh
Negeri Madhya Pradesh, Bendera India India
Bahagian Pentadbiran Bhopal
Pusat Raisen
Keluasan 8,395 km2 (3,241 batu²)
Jumlah penduduk 1,120,159 (2001)
Kawasan Pilihan Raya Lok Sabha Hoshangabad
Laman rasmi

Daerah Raisen ialah salah satu daerah di negeri Madhya Pradesh di India. Daerah itu ialah sebahagian Divisi Bhopal. Daerah Raisen mempunyai 1,120,159 penduduk yang terdiri daripada 595,730 orang lelaki dan 524,429 orang perempuan.[1] Bandar Raisen ialah pusat daerah.

Nama "Raisen" berasal daripada kubu yang amat besar di kawasan ini. Kubu itu dibina di atas sebuah bukit batu pasir, dengan bandar Raisen ditempatkan di kaki bukit. Bagaimanapun, nama "Raisen" mungkin juga merupakan penyelewengan perkataan "Rajavasini" atau "Rajasayan, tempat kediaman diraja.

Geografi[sunting | sunting sumber]

Daerah Raisen terletak di antara latitud 22 47' dan 23 33' utara serta longitud 7721' dan 78 49' timur. Ia dikelilingi oleh:

Luasnya Daerah Raisen 8,395 kilometer persegi (3,241 batu persegi).[1]

Daerah Raisen mempunyai tujuh (7) tehsil – Raisen, Goharganj, Begamganj, Gairatganj, Silwani, Bareli, dan Udaipura.[1]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Daerah Raisen wujud pada 5 Mei 1950.[1] Pada suatu ketika, ia merupakan sebahagian negeri berdaulat Bhopal.[2]

Tugu-tugu agama Buddha di Sanchi yang merupakan tapak warisan dunia UNESCO terletak di daerah Raisen.[3] Satu lagi tapak warisan dunia UNESCO, iaitu pelindung batuan Bhimbetka, juga terletak di daerah ini. [4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 1.2 1.3 "Raisen". Raisen district administration. Diperoleh pada 2010-08-14. 
  2. "Raisen". Encyclopaedia Brittanica. Diperoleh pada 2010-08-14. 
  3. "An Historical and Artistic Description of Sanchi (1918)". Diperoleh pada 2010-08-14. 
  4. "Rock Shelters of bhimbhetka". UNESCO. Diperoleh pada 2010-08-14.