Daerah Sipitang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Daerah Sipitang
Peta daerah Sipitang
Peta daerah Sipitang
Lokasi Daerah Sipitang
Negara Malaysia
Negeri Sabah
BahagianPedalaman
Pusat pentadbiranSipitang
Pentadbiran
 • BadanMajlis Daerah Sipitang
 • Pegawai daerahAwangku Raimy Pengiran Haji Abdul Rahman
Keluasan
 • Jumlah2,743 km2 (1,059 batu persegi)
Penduduk
 (2020)[1]
 • Jumlah37,828
 • Kepadatan14/km2 (36/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (WPM)
Nombor platSB
Laman sesawang[1]

Daerah Sipitang merupakan sebuah daerah yang terletak di Bahagian Pedalaman, barat negeri Sabah, Malaysia. Pusat pentadbiran bagi daerah ini terletak di Pekan Sipitang. Antara pekan lain yang terdapat di daerah Sipitang termasuklah Sindumin dan Mesapol. Kebanyakan penduduk di daerah Sipitang merupakan masyarakat beretnik Kedayan. Long Pasia merupakan satu pusat pelancongan yang ada di Sipitang.

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Daerah Sipitang berada di bawah pentadbiran Majlis Daerah Sipitang yang berpusat di Pekan Sipitang. Daerah Sipitang juga terbahagi kepada tiga buah mukim, iaitu Malamam, Mesapol dan Sindumin. Dalam segi politik, daerah Sipitang merangkumi kawasan DUN Sindumin yang berada di bawah kawasan Parlimen Sipitang.

Geografi[sunting | sunting sumber]

Daerah Sipitang terletak di hujung timur negeri Sabah, bersempadan dengan;

Bentuk muka bumi Daerah Sipitang kebanyakannya merupakan daratan berbukit bukau di kawasan pedalaman manakala di kawasan pesisir pantai pula adalah daratan tanah rendah. Titik tertinggi di daerah Sipitang terletak di puncak Gunung Muruk Miau dengan ketinggian 2,077 meter manakala sungai terpanjang di daerah ini ialah Sungai Mengalong.

Demografi[sunting | sunting sumber]

Berdasarkan bancian Malaysia 2020, jumlah penduduk di daerah Sipitang ialah seramai 37,828 orang dengan kepadatan penduduk 14 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk jarang.[2] Majoriti penduduk di daerah Sipitang merupakan Bumiputera termasuklah etnik Kedayan, Murut, Melayu Brunei dan Lundayeh.[3][1]

Bilangan penduduk mengikut bangsa pada tahun 2020.[2]
Status Bangsa Jumlah
Warganegara Melayu 10,762
Bumiputera lain 22,189
Cina 569
India 44
Lain-lain 165
Bukan warganegara - 4,099
Jumlah 37,828

Agama[sunting | sunting sumber]

Agama di Sipitang - Bancian 2022 [4]
Agama Peratus
Islam
  
70.9%
Kristian
  
27.9%
Buddha
  
1.2%
Masjid Haji Hashim, Sipitang

Di daerah Sipitang, agama Islam merupakan agama paling ramai penganut dengan peratusan lebih 71 peratus diikuti agama Kristian sebanyak 27 peratus dan Agama Buddha sebanyak satu peratus. Agama Hindu dan lain-lain serta tidak beragama mencatatkan kurang satu peratus.[1]

Pecahan agama di Sipitang (2020)
Agama Jumlah penduduk
Islam 26,785
Kristian 10,543
Buddha 442
Hindu 18
Tidak beragama 5
Lain-lain 3

Ekonomi[sunting | sunting sumber]

Kegiatan ekonomi utama di daerah Sipitang ialah kegiatan pembalakan. Sebuah kilang kertas dan pulpa dibina pada tahun 1987 di Sipitang dan dikendalikan oleh Sabah Forest Industries bernilai Rm2.1billion. Pada amnya, kegiatan pembalakan tidak menguntungkan orang-orang tempatan secara langsung, kerana kebanyakan mereka hanyalah terlibat dalam kegiatan perladangan dan perikanan kecil-kecilan.

Taman Industri Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP)yang bernilai Rm8.1billion pada tahun 2016,2017.

Sementara itu, MoU kedua berkaitan pelaburan membangunkan kilang memproses pasir silika dan menghasilkan panel solar dengan nilai pelaburan permulaan sebanyak RM2 bilion dimeterai di antara Kementerian Pembangunan Perindustrian Sabah dengan pelabur dari China, SBH Kibing Solar New Materials (M) Sdn Bhd.

Projek pemprosesan pasir silika dan pembuatan panel solar itu yang akan dibina sama ada di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) atau Taman Industri Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP) disasar menjana lebih 2,000 peluang pekerjaan dengan 80 peratus daipadanya dikhaskan untuk pekerja tempatan dan dijangka mula beroperasi pada 2024.

Kemudahan[sunting | sunting sumber]

Sebuah sekolah Cina di Sipitang

Daerah Sipitang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan awam di sekitar daerah. Terdapat 25 buah sekolah rendah, empat buah sekolah menengah, lima buah balai polis, sebuah balai bomba, satu hospital kerajaan, lima buah klinik kesihatan dan empat klinik desa di sekitar daerah.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c "Indikator Utama Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 Pihak Berkuasa Tempatan" (pdf) (dalam bahasa Bahasa Melayu dan Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. ISBN 978-967-253-697-0. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2023-07-24. Dicapai pada 2023-07-24.
  2. ^ a b "MyCendash-Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020". dosm.gov.my. Jabatan Perangkaan Malaysia. Dicapai pada 2023-12-16.
  3. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan :0 tidak disediakan
  4. ^ "2020 Population and Housing Census of Malaysia" (PDF). Department of Statistics, Malaysia. Dicapai pada 17 June 2012. p. 13