Daerah di Malaysia
Di Malaysia wujudnya subbahagian pentadbiran yang bergelar daerah (atau jajahan di Kelantan). Daerah yang ditadbir terus oleh kerajaan persekutuan ialah Wilayah Persekutuan, iaitu Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Labuan.
Di Semenanjung Malaysia, daerah merupakan subbahagian negeri, dan juga dibahagikan lagi kepada mukim. Mukim ini tidak begitu penting dari segi pentadbiran kerajaan setempat.
Di Malaysia Timur, daerah merupakan subbahagian bahagian negeri. Contohnya, Tuaran ialah sebuah daerah di Bahagian Pantai Barat, Sabah. Daerah biasanya mendapat namanya sempena bandar utama atau pusat pentadbirannya; seperti bandar Sandakan menjadi pusat pentadbiran bagi daerah Sandakan dan juga Bahagian Sandakan (iaitu daerah Sandakan adalah subbahagian Bahagian Sandakan).
Setiap daerah ada sebuah Pejabat Daerah yang diketuai oleh seorang Pegawai Daerah yang berurusan terutamanya dengan hal-ehwal tanah. Sebuah daerah ditadbir oleh sebuah kerajaan tempatan, iaitu Majlis Daerah, Majlis Perbandaran, atau Majlis Bandaraya. Sesetengah daerah yang amat padat dengan kawasan bandar ditadbir oleh lebih daripada satu badan kerajaan tempatan. Misalnya, daerah Petaling di Selangor ditadbir oleh tiga kerajaan tempatan, iaitu Majlis Bandaraya Shah Alam, Majlis Bandaraya Petaling Jaya,Majlis Bandaraya Alor Setar dan Majlis Perbandaran Subang Jaya. Ada juga satu kerajaan tempatan yang mentadbir dua atau lebih daerah, seperti Majlis Perbandaran Seberang Perai yang mentadbir daerah-daerah Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, dan Seberang Perai Selatan. Negeri Perlis tidak dipecahkan kepada daerah kerana luas kawasannya yang terlalu kecil.
Isi kandungan |
[sunting] Semenanjung Malaysia
[sunting] Johor
[sunting] Kedah
- Baling
- Bandar Baharu
- Kota Setar
- Kuala Muda
- Kubang Pasu
- Kulim
- Pulau Langkawi
- Padang Terap
- Pendang
- Pokok Sena
- Sik
- Yan
[sunting] Kelantan
[sunting] Melaka
[sunting] Negeri Sembilan
[sunting] Pahang
[sunting] Pulau Pinang
- Pulau
- Seberang Perai
[sunting] Perak
- Batang Padang
- Hilir Perak
- Hulu Perak
- Kampar
- Kerian
- Kinta
- Kuala Kangsar
- Larut, Matang dan Selama
- Manjung
- Perak Tengah
[sunting] Perlis
[sunting] Selangor
[sunting] Terengganu
[sunting] Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan
[sunting] Putrajaya, Wilayah Persekutuan
[sunting] Malaysia Timur
[sunting] Sabah
[sunting] Sarawak
- Bahagian Betong
- Bahagian Bintulu
- Bahagian Kapit
- Bahagian Kuching
- Bahagian Limbang
- Bahagian Miri
- Bahagian Mukah
- Bahagian Samarahan
- Bahagian Sarikei
- Bahagian Sibu
- Bahagian Sri Aman
[sunting] Labuan, Wilayah Persekutuan
[sunting] Lihat juga
[sunting] Pautan luar
- (Inggeris) Daerah di Malaysia di statoids.com