Dahlan Zainuddin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Dahlan Zainuddin
Dahlan dalam filem Kisah Seorang Biduan (1979)
Kelahiran
Mohd Dahlan bin Zainuddin

(1941-06-02)2 Jun 1941
Meninggal dunia28 Mei 2019(2019-05-28) (umur 77)
PekerjaanPenyanyi, pelakon
PasanganEffa Rizan (k. 1977; m. 2019)
Kerjaya muzik
GenrePop
InstrumenVokal
Tahun aktif1970–2018
Syarikat rakaman
Jensen Records

Datuk Mohd Dahlan bin Zainuddin (2 Jun 1941–28 Mei 2019) merupakan seorang penyanyi Malaysia, terkenal dengan lagu "Kisah Seorang Biduan".

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau telah memulakan kerjayanya sebagai penyanyi selepas memenangi kategori "Persembahan Keseluruhan Terbaik" dalam pertandingan Bintang RTM pada 1975. Beliau juga telah mencipta sejarah apabila menjadi penyanyi tempatan pertama yang mendapat peluang untuk mengadakan konsert di Stadium Negara pada tahun 1978. Selain itu, beliau merupakan anak kepada pelakon bangsawan yang pernah berhijrah ke Singapura sewaktu usianya mencecah lapan tahun dan kemudiannya menetap di Kuala Lumpur pada tahun 1965.[1]

Beliau juga pernah membintangi filem Kisah Seorang Biduan bersama Gaya Zakry. Selain itu, beliau pernah menjadi pengacara Hiburan Minggu Ini (HMI) sekitar tahun 1970-an.[2] Di samping itu, beliau pernah menjadi kakitangan bagi akhbar New Straits Times.[3]

Kehidupan peribadi dan kematian[sunting | sunting sumber]

Beliau telah berkahwin dengan penyanyi Effa Rizan pada tahun 1977. Beliau sebelum ini pernah menghidap angin ahmar pada 29 Jun 2016.[3]

Dahlan meninggal dunia pada 28 Mei 2019 di Hospital Selayang pada usia 77 tahun akibat penyakit sama. Beliau meninggalkan balu, Effa dan tiga anak serta tujuh cucu. Jenazah beliau dibawa ke Masjid Bangsar untuk dimandikan dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara selepas solat Zohor pada 29 Mei 2019.[3]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

EP[sunting | sunting sumber]

  • Kisah Saorang Biduan (1977)

Album runut bunyi[sunting | sunting sumber]

Album studio[sunting | sunting sumber]

  • Wajah-Wajah Cinta (1982)

Lagu-lagu[sunting | sunting sumber]

  • "Kisah Seorang Biduan"
  • "Laguku Untukmu"
  • "Bersama Lagu Ini"
  • "Wajah-Wajah Cinta"
  • "Joget Kaki Lima"

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem
Tahun Tajuk Watak Catatan
1979 Kisah Seorang Biduan Dahlan Filem ini merupakan satu-satunya filem lakonan beliau.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Dahlan superstar era 70-an[pautan mati kekal] Utusan Malaysia (30 Jun 2012). Dicapai pada 1 Julai 2012.
  2. ^ Farihad Shalla Mahmud (17 Mei 2018). Berilah saya peluang menyanyi - Dahlan Zainuddin Berita Harian. Dicapai pada 27 Mei 2018.
  3. ^ a b c Shamshul Azree Shamshir (28 Mei 2019). Dahlan Zainuddin meninggal dunia Berita Harian. Dicapai pada 30 Mei 2019.