Dalai Lama

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Dalai Lama (bahasa Tibet: ཏཱ་ལའི་བླ་མ་)merupakan pemimpin rohani dalam agama Buddha Tibet. Penganut Buddha Tibet mempercayai bahawa Dalai Lama ialah inkarnasi (kelahiran semula) Avalokiteśvara seorang bodhisattva zaman silam. Antara abad ke-17 dan tahun 1959, Dalai Lama merupakan ketua kerajaan Tibet.

Dalai Lama terkini, Tenzin Gyatso dibuang negeri pada 1959 selepas pencerobohan China terhadap Tibet. Beliau kini mengetuai kerajaan buangan di Dharamsala, India.